Bila selepas menjalankan akad jual beli,lazimnya kita akan membilang semula baki yang dipulangkan untuk kepastian ia tiada kurang dari yang sepatutnya. Jika ada yang pernah memohon pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, tindakan yang biasanya mereka ambil selepas menghantar permohonan ialah bersikap segera untuk mengetahui status pinjaman mereka sama ada lulus atau di tolak permohonannya. 2 situasi tadi adalah sangat biasa berlaku.
Cuba kita renung sejenak adakah kita pernah bersikap ingin tahu dengan tujuan hendak memastikan tiap amal kita itu diterima Allah atau ditolak? Pernahkah kita membilang dengan tepat wirid selepas solat berjemaah 33kali tasbih,tahmid dan takbir,atau sekadar membiar imam yang mengira kita ikut saja. Yang jauh lebih teruk tidak pernah ambil perhatian untuk melafaz wirid selepas solat dengan betul. Pelik juga,kenapa dan macammana boleh jadi begitu?? Apa tidak pentingkah Allah bagi kita?? Yakinkah amal kita itu sudah diangkat oleh malaikat ke langit?. Rata-rata kalau ditanya mereka akan menjawab lebih kurang“ oh mestilah Allah itu penting, Diakan tuhan kita semua” dan kalau ditanya yakin ke amal ibadat kita sampai? Dan jawapan mudah “tawakkal”. Tapi macam mana hendak tawakkal kalau beribadat lebih kurang atau ibadat kurang dan tidak lebih.
Konsep tawakkal pada Allah pun sudah lari dari kaedah yang sepatutnya. Islam menyuruh umatnya pertama sekali
1) usaha dengan cara yang betul dan bersungguh sunguh 2)ikthiar jika masih ada ruang yang perlu diperbaiki akan usahanya, maka akhir sekali baharu lah diangkat ditadah tangan ke langit 3)bertawakkal berdoa pada Allah kerana baik buruk,berjaya gagal adalah atas kehendakNya jua kerana tidak ada satu pun milik kita, usaha kita,jasa kita rezeki kita semuanya Milik Allah.
Di dalam terjemahan kitab Al-Azkar,antara kitab karangan Imam yang mahsyur menyatakan sebuah hadis Nabi s.a.w dari Muawwiyah R.A dia berkata:ertinya; "Rasulullah s.a.w keluar menuju majlis(mjls zikir) para sahabatnya.Baginda bertanya"apa yg mbuat kamu duduk disini?" Mrk menjawab,"Kami duduk berzikir kpd Allah s.w.t dan memujiNya di atas hidayah yg tlh Dia berikan kami berupa Islam".Baginda btanya,"Demi Allah,tidaklah kamu duduk kecuali krn itu?".Mrk mjwab,"Demi Allah,tidaklah kami duduk kecuali kerana itu."Baginda bersabda"Sesungguhnya aku meminta kamu bersumpah bukan kerana curiga kpd kamu tetapi Jibril mendatangiku dan berkata kepadaku bahawa Allah membanggakan kamu di hadapan para malaikat".
(Sahih Muslim)
Hadis ini menunjukkan betapa hebatnya ibadat zikir itu sendiri, bagaimana pula ibadat solat, zakat, puasa dan haji yang menjadi asas kepada rukun islam. Bukan susah untuk berzikir, sambil berjalan boleh,sambil memandu boleh, dan saat kita kita berbuat tiap perkara diniat kerana Allah, kerana agama Allah, itu semua adalah zikir.
Wallahualam.
Rujukan//Al-Azkar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan