Pengikut

sELamAt DatAnG






Jumaat, 11 Februari 2011

Tuan Guru Dato’ Syeikh Mohd Murtadza bin Syeikh Ahmad

Tuan Guru Dato’ Syeikh Mohd Murtadza bin Syeikh Ahmad (lahir tahun 1937)

Dato' Tuan Shaykh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Sidi Abdul Rasyid dan kemudian di sekolah agama Al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974. 

Sepanjang di Mesir beliau terlibat dengan Persatuan Melayu Mesir (PMRAB). Menjawat beberapa jawatan terpenting Persatuan tersebut dan berkawan rapat dengan ramai sahabat di Malaysia dan pelajar-pelajar Brunei, Singapura , Indonesia , Filipina dan Maldives dan terlibat bersama-sama rakan Malaysia membentuk Pakatan Mahasiswa Asia Tenggara. Tamat pengajian pada tahun 1973 dan berada di Malaysia pada tahun 1974.

Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga April 2009. Kini tuan guru lebih banyak mengajar kuliah agama di sekitar Melaka dan Rasah Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan pada masa ini khalifah Tareqat Tasawwuf kepada Tareqat Ahmadiah Idrisiah yang ada autoriti memberi ijazah(kebenaran) tareqat kepada ikhwan yang baru. Memperjuangkan dan memperkasakan aliran tassawuf sehingga kini demi memakmurkan masyarakat dengan penghayatan agama Islam. Seorang yang tegas melaksanakan maqasid juga seorang yang mudah didekati masyarakat.
نور غزنان بن مزلن