Pengikut

sELamAt DatAnG






Sabtu, 18 September 2010

Berkata yang baik atau diam


Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah bersabda :
"من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت"
Bermaksud : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka katakanlah yang baik ataupun diam sahaja.(Riwayat sahihainin Bukhari & Muslim)

Hadis yang disepakati kesahihannya ini merupakan nas yang tegas bahawa tidak perlu berbicara kecuali dengan perkataan yang baik,yakni yang ada kemaslahatan(kebaikan) padanya. Bila diragui samada ada atau tidak kemaslahatan dalam memulakan bicara maka lebih baik diam.

Imam Syafie Rahimahullahuanhu mengatakan,"ketika seseorang hendak berbicara ,terlebih dahulu dia harus memikirkan apa yang akan dibicarakannya. Apabila ada kemaslahatan disana,maka dia akan berbicara dan apabila diragui adanya kemaslahatan disana,maka dia tidak berbicara sampai kemaslahatan tersebut nampak dengan jelas."
(Sumber/Al-Azkar,Almuntakhabah min Kalami Sayidil Abrar)

Dewasa ini segelintir muda mudi yang mula bangkit didalam kepayahan agama untuk subur dalam masyarakat yang parah dengan budaya hedonisme dan bermacam lagi budaya mula menampakkan kewujudan mereka. Samaada dari segi politik mahupun pandangan beragama yang mana mereka ini dikira sebagai minoriti dalam kehancuran akhlak majoriti remaja. Satu pemandangan yang positif yang boleh dikatakan jiwa-jiwa muda yang dahagakan ilmu agama dan cinta padanNya.

Walaubagaimanapun sahsiah seorang muslim atau muslimat itu tidak mungkin dapat dibentuk dengan sekadar menjadi follower atau ikut-ikut.Apa faedahnya kita mengikut@menyokong satu kebaikan tetapi melakukan kemunkaran dalam masa yang sama. Menghentam orang itu ini,mengutuk golongan tertentu dengan kata begitu dan begini dengan perkataan yang tidak sesuai.Sikap melabel atau memberi gelaran atau cacian atau menulis pendapat komentar di laman sesawang sosial dan sebagainya dengan unsur maki hamun dan kutukan yang tidak membina bukan la suatu perbuatan yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Allah s.w.t sendiri memuji akhlak baginda,dan menjadikannya sebagai qudwatun hasanah(teladan baik).

وإنك لعلى خلق عظيم
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(Al-qalam:4)

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik(Al-Ahzab:21)

Pendekatan dengan kata2 yang baik adalah lebih membawa kepada keredaan Allah dalam usaha menyampaikan kebenaran risalah agama. Disamping kita memperbanyakkan berdoa kepada golongan yang tidak mengikut landasan syariat semoga terbuka hatinya pada melaksanakan tuntutan agama. Komen-komen atau pendapat diluahkan dengan ilmu bukan dengan ayat yang tidak ada memberi impak positif. Kalau kita menghambur kata kesat mereka2 ini pun jadi benci pada golongan pencinta agama.Kebijaksanaan dalam berkata umpama mata pedang yang tajam yang mampu menghiris jiwa2 yang keras,umpama buluh perindu yang melunakkan hati,umpama silauan cahaya pada yang gelap menjadi terang.Oleh itu proses mendekati majoriti ini dalam kita masih minoriti perlukan usaha,sabar dan hikmah.Dan jika tiada kebaikan pada ucapan kita berdiam itu lebih baik.((nasihat khusus bg diri saya dan rakan2 dirahmati Allah amnya))

Secara kesimpulannya,tidak kisah samada bicara kita itu dengan teman,rakan,lawan atau sesiapa sahaja. Perkataan yang dipilih tidak mencarikkkan akhlak seorang muslim sebaliknya sebagai cermin al-hasil dari sahsiah diri yang menjadikan Muhammad sallallahu alaihi wassalam sabagai suri teladan. Sekalipun ingin meluahkan rasa marah atau membenci suatu perkara,hati-hati dalam berbicara kerana syaitan itu tidak pernah alpa......Semoga Allah memaafkan saya kerana kelemahan tulisan ini dan kedhaifan ilmu saya.

Wallahu a'lam..

نور غزنان بن مزلن

Tiada ulasan: