Hari-hari yg berlalu mesti ada sepalit dosa aku kotorkan dalam hati. Atau mungkin lebih dari sepalit. Bergantang,berbakul atau selaut sekali pun yang pasti sebagai manusia yang kerdil dimata Allah,dengan iman senipis kulit bawang memang aku tidak dapat lari dari perkara itu.BAik dosa besar atau sekecil2 dosa.
اللهم اغفرلي الذونوبي يا الله YaTuhanku ampuni dosa2Ku Ya Allah.
Pernahkah kita terfikir siapa yang menjadikan kita berbuat hal2 dosa ini. Kalau yang baik datangnya dari Allah,yang tidak baik itu dari Allah s.w.t juga ke???? Jadi persoalan pulak..
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
As-safat 96. "Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!"
Difahamkan dari ayat ini,hujah mengatakan segala perbuatan manusia termasuk tutur katanya adalah daripada Allah jua. Dan lagi hujah mengatakan setiap yang berlaku itu adalah ciptaan Allah melalui surah dibawah
بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ۥ وَلَدٌ۬ وَلَمۡ تَكُن لَّهُ ۥ صَـٰحِبَةٌ۬ۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىۡءٍ۬ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Al-an'am:101. (Dia lah) Yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? ia pula Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha mengetahui akan segala-galanya.
Maka disini lah dia kita sebagai manusia kena memahami dengan baik asal perbuatan baik atau jahat itu jua adalah diatas izin Allah, sebagai menjaga adab kita ini makhluk dan hamba kepada Allah Yang Memiliki sekelian alam serta isinya JANGAN sesekali mengaitkan perbatan munkar dan maksiat kita dengan Allah. Seperti diterangkan didalam Kitab Furu’ Al-Masail Wal Usul Al-wasail
“Sesungguhnya segala perbuatan hamba itu adalah makhluk bagi Allah kerana Allah itu bersifat WUJUD iaitu ada dan DIA yang mengadakan sesuatu(yang asalnya)daripada tiada”
“adapun segala perbuatan yang munkar,walaupun dianggap sebagai makhluk bagi Allah tetapi tidak seharusnya dikaitkan dengan Allah s.w.t. Demi menjaga perADABan, jangan sekali-kali mengatakan bahawa segaka yang keji dan munkar serta setiap yang kufur itu adalah kehendak Allah s.w.t atau dengan mengatakan bahwa Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya”
“adapun segala perbuatan yang munkar,walaupun dianggap sebagai makhluk bagi Allah tetapi tidak seharusnya dikaitkan dengan Allah s.w.t. Demi menjaga perADABan, jangan sekali-kali mengatakan bahawa segaka yang keji dan munkar serta setiap yang kufur itu adalah kehendak Allah s.w.t atau dengan mengatakan bahwa Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya”
Kita ini dikurniakan tool yang tidak ternilai iaitu AKAL untuk memilih suatu yang baik atau buruk,suatu yang berguna atau tidak dalam meniti perjuangan kehidupan yang penuh dengan ujian KETAATAN kepadaNya. Gunakan akal memilih suatu yang boleh menyelamatkan dari bakaran api neraka dan yang ada kemaslahatan dari memilih suatu yang sifatnya seronok sementara sengsara dineraka.
Oleh yang demikian dalam memurnikan jiwa hamba kita dan menjadikan kita ada tempat disisi Allah s.w.t, sentiasalah meyakini amal munkar itu hasilnya dari diri kita yang enggan memilih landasan agama Allah. Kerana tertipu dengan indahnya dunia oleh nafsu yang buta dengan azab Allah.Memang benar
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1744.
“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw. berkata: '"Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu, sedangkan syurga dilingkari hal-hal yang tidak disenangi."
Wallahu’alam
نور غزنان بن مزلن
Rujukan
فروع المسأل واصول الوسأل-bahagian persoalan iman bab1
صحيح البخري
Tiada ulasan:
Catat Ulasan