Pengikut

sELamAt DatAnG






Jumaat, 10 September 2010

Rancang hidup untuk mati


Dia seorang yang berjaya dalam karier, dalam usia seawal 30an sudah menjawat jawatan Pengurus Jabatan di tempat dia bekerja sebuah syarikat asing dalam bisnes minyak dan gas . Memiliki kereta mewah dan rumah banglo mewah sememangnya suatu yang jarang-jarang dikecapi rakan-rakan atau lelaki seusianya. Semasa remaja dia juga merupakan pelajar pintar dari kolej melayu terkenal MCKK. Kelayakan akademiknya yang merupakan graduan dari United Kingdom juga memudahkan tawaran pekerjaan datang bagai durian runtuh. Serba sempurna bagi mata yang memandang, tapi realiti kehidupannya pincang dalam soal agama. Jangankan hendak menjadi imam solat kepada anak dan isterinya, soal solat 5waktu pun jauh sekali. Dilaksanakan sekadar mengikut rasa. Kalau yang nampak pun, solat jumaat,solat hari raya. Acap kali bila anaknya mengajak ayahnya solat berjemaah ditolak dengan alasan penat.

Inilah satu gambaran situasi yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini. Seorang yang berjaya dan bijak tapi jiwanya pada agama Allah gersang dan kontang. Apalah nilai kehidupan ini bagi kita seorang yang mengakui Allah itu tuhan yang Satu untuk disembah dan Muhammad s.a.w itu utusan Allah yg wajib diikuti ajarannya? Mengejar dunia dengan kebijaksanaan anugerah Allah tapi akhirnya alpa dalam mensyukuri nikmatNya. Janganlah kita menjadi orang yg akalnya bijak tapi hatinya tidak celik. Terlalu ghairah merancang hal2 kehidupan tapi tidak pernah memikirkan merancang hal2 kematian. 

كل نفس ذائقة الموت
“setiap yang bernyawa pasti merasai mati”(Al-Imran:185)

الله الذي خلقكم من ضعف ثم جعل من بعد ضعف قوة ثم جعل من بعد قوة
ضعفا وشيبة يخلق ما يشاء وهو العليم القدير

“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”(Ar-Rum:54)

نور غزنان بن مزلن

Tiada ulasan: