Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Torikul Isti’nas(Jalan Untuk menjinakkan Diri)
1. Himpunkan anggota kamu jinakkan kepada akal kamu.
2. Jinakkan akal kamu kepada ilmu kamu.
3. Jinakkan ilmu kamu kepada ikhlas kamu.
4. Jinakkan ikhlas kamu kepada Sodiq(Benar)
5. Jinakkan Sodiq kamu kepada kehambaan kamu.
6. Jinakkan kehambaan kamu dan temui tuhan kamu.
Jinakkan anggota kita dan biar ia menurut akal berpandukan ilmu dalam menentu amal zahir dan batin kita agar tidak tunduk pada hawa nafsu jahat yang menjauhkan diri hamba dari Khaliq.
Akal dan ilmu yang digunakan mestilah terlaksana perbuatan yang sepatutnya mencari redha dan kasih Ar-Rahman, bukan dengan rasa takbur atau riya’ atau sum’ah. Maka semestinya ada keikhlasan yang sebenar benar(Sodiq) ikhlas. Ibnu Ataillah As-sakandari dalam ayat hikmah Al-Hikam menyatakan “barangsiapa yang merasakan dirinya tawaduk maka dia sebenarnya sudah menjadi takbur” contohnya tatkala kita berasa kita baik dari orang yang tidak menjaga solatnya maka sebenarnya kita adalah makhluk yang takbur dan jadi tiada nilai di sisi Allah Taala.Nauzubillah…
Apabila rasa ikhlas yang benar itu sudah terjaga maka menjadilah ia seorang hamba yang hina di depan tuhanNya dalam meraih kasih dan redha Allah yang Maha Mulia. Dengan sifat hamba inilah ia hanya bergantung harap tanpa memerlukan asbab lain untuk bertemu tuhanNya.
Berkata Rabiah Binti Ismail Al-Adawiyah dalam munajatnya “Wahai tuhanku,aku tidak menyembah Mu ketika beribadah kerana inginkan syurga Mu dan bukan kerana takut api neraka Mu,akan tetapi aku tahu kerana Engkau yang berhak aku beribadah maka aku sembah Mu”
قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا إنه هو الغفور الرحيم(Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani) Surah Az-Zumar 53
Memang sukar mendidik nafsu yang tidak pernah tahu akan azabnya siksa Allah. Terkadang rasa hampir putus asa,terkadang kecewa dengan usaha...tapi yakinlah dengan janji Allah.RahmatNya Maha luas mengatasi segalanya. Kuatkan hati,cekalkan jiwa dan tingkatkan amal. Moga-moga ada sedikit belas Allah kepada kita semua..
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولاتختم علينا بسوء الخاتمة -Ya Allah matikan kami dgn kematian yang hassan,dan jangan lah Kau matikan kami dengan mati dalam keburukan.
Wallhualam..
Rujukan//Al-Hikam//Pengajian dgn guru
Ruh kudus meronta-ronta
Meminta penawar bisa dunia
Si hina dalam kegelapan
Mencari rahsia dalam rahsia.
Jika kita masih menuntut,
Peliharalah ia darinya luput,
Jangan sampai ianya terbantut,
Menjadi rakan di alam takut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan