Google+ Followers

Pengikut

sELamAt DatAnG






Selasa, 5 Mac 2013

Lelaki TERBAIK Layan Perempuan Dengan Baik


Malam ni aku tak mengantuk..walhal baru balik dari Johor sampai Terengganu..tapi naik bas ar..agaknyersebab tu aku belum mamai walaupun jam dah 130 pagi. Puas golek-golek, tak sampai juga sleepy ni..Baru perasan tadi pas isyak aku layan cerita sambil minum Kopi Kapal Api..aiseh..bingkas bangkit dari katil aku aku pun taip la something.

Masa nak balik ke JB hari tu..Cuma ade 4 penumpang jer. 3 perempuan dan aku sorang. But on the way 2 orang turun da masa kat kuantan. So tinggal je aku dengan sorang perempuan. Aku terfikir sebelum ni aku tak rajin lagi ade dalam bas express 2 je penumpang. Yelah timing aku balik waktu siang ke selatan, mana ramai. Kalau malam betul lah ramai. Tapi the point is aku teringat isu-isu rogol penumpang perempuan,bukan nak kata semua driver bas tapi keadaan sekarang macam-macam boleh jadi.

Kesian kaum perempuan ni kalau bergerak long distance sensorang. Sebab tu Allah perintahkan bila sorang perempuan hendak pergi ke Baitullah untuk tunai haji datang dengan mahram atau teman rapat wanita@saudara perempuan. Semua ini untuk menghindar fitnah dan menjauhkan pandangan-pandangan yang berniat jahat. Bukan bersangka buruk, tapi Islam menjangka sesuatu yang preventive. Hati manusia,nafsu,bisikan syaitan tak boleh diduga sekalipun dalam buat haji.

Dan kaum lelaki kenalah faham,peranan kita dan tanggungjawab kita. Mereka perempuan ni adalah saudara lelaki biarpun takde kena mengena darah daging.
Sabda Rasulullah SAW, “Wanita adalah saudara kandung lelaki.” (HR Abu Daud).
Pesanan buat diri sendiri sebagai  suami,ayah,dan abang kepada isteri,anak dan adik dan saudara kepada mereka kaum hawa, makhluk bidadari.

Tips menjadi lelaki sebenar, sumber asal Ustazah Fatimah Syarha

1.      Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya ,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)

2.      Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)

3.      Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.
Sabda Nabi yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)

4.      Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).

5.      Larangan menyakiti isteri
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?”

Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”


Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”


“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.

Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada melampaui batas. Nabi SAW bersabda:

عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!.(Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar dan Imam Ahmad di dalamMusnad Imam Ahmad).



[1] Hadis ini menjadi contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya dan ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan “daraba” di dalam Al-Quran tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan  “daraba” sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan TIDAK BOLEH menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.

Ahad, 30 Disember 2012

Hujung akal adalah pangkal agama



Abi! Auni Solehah, si kecil yang petah berkata-kata..memangil ayahnya dengan panggilan “abi”.
“Kenapa awan kat langit tuh tergantung abi?”, “tak jatuh pulak tuh” sambung si kecil petah berbicara…”ke tiang tiang dia kita tak nampak ye abi?” laju menyambung bicara sebelum sempat si abi menyusun kata.
Sambil tersenyum memandang keletah anak perempuan sulungnya, puteri yang bakal dididik dengan tarbiah Rasulullah s.a.w semoga menjadi srikandi agama dan wanita syurga kelak. “Solehah sayang..tahu tak siapa jadikan langit dan awan tidak bertiang?”
“Entah tak tahu” jawabnya laju.
“Sebab pencipta langit dan awan yang buat untuk kita selalu fikir tentang Dia, melihat dan mensyukuri segala nikmatnya” jawab si abi..sambil melirik ke mata anak kecil yang sedang belajar menerima apa sahaja maklumat yang diterima. Kanak-kanak sememangnya belajar dari imitation berdasarkan kajian pakar psikologi kanak-kanak. Mereka akan menerima maklumat dengan mendengar dan melihat dan merakam dalam minda luar sedar kemudian diterjemah kepada perlakuan dan perbuatan. 

“ooo macam tu ye abi, supaya kita kena selalu ingat dan syukur”..”tapi nak ingat siapa abi, nak syukur apa” Auni solehah membalas bertubi soalan, kanak-kanak memang banyak persoalan fikir si abi, sebab itu ialah salah satu fasa pembelajaran mereka dalam membesar.
“supaya kita selalu ingat Allah tuhan berkuasa yang menciptakan Solehah, menciptakan abi, ummi, matahari, langit dan seluruh alam”
“dan Dia beri Solehah mata untuk melihat kehebatan Allah menjadikan langit tidak bertiang, kalau tak Solehah tak dapat tengok semua ni” sambung abi sambil tersenyum kepada anak kecil yang penuh semangat mendengar. Dalam menjelaskan suatu perkara kita mesti memahami siapa pendengar dan tahap ilmunya supaya perkara yang hendak disampaikan tadi maksudnya mudah difahami. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak, minda mereka sedang belajar, bahasa mudah dan penerangan secara terus yang ringkas adalah teknik yang perlu dikuasai ibu bapa bila melakukan tarbiah anak kecil.
Seperti seorang motivator luar dan penulis buku 7 Habits highly effective people, Stephen R.Covey menyatakan antara rule 7 Habits ialah seek first to understand than to be understood( belajar memahami sebelum kita difahami). Memiliki empati yang tinggi adalah antara kunci untuk kita saling memahami manusia lain dalam sudut pandang yang luas bukan syok snediri. Di dalam buku Tarbiyatul Awlad karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan juga banyak mengklasifikasikan tarbiah anak secara bertahap pada kadar usia mereka tertentu, dan menekankan ibu bapa adalah murabbi(pendidik) yang perlu memiliki ciri-ciri seperti berilmu, amanah, bertakwa, berakhlak dan mengamalkan nilai-nilai Islami sebagai role model.
“ ooo..begitu, Allah yang berkuasa yang ciptakan langit,”
“Allah juga ciptakan Auni”
“Allah juga ciptakan abi dan ummi Auni yang baik kan?” jawab si kecil sambil tersengih menampakkan gigi kecilnya yang putih.
“dan kita kena bersyukur sebab dapat melihat kehebatan ciptaan Allah dengan mata yang diberi”sambung abi..
“betul!” jerit si kecil Auni Solehah. Abi ketawa kecil dengan kepetahan Solehah. Dalam hatinya berdoa semoga Allah pelihara ia menjadi seorang anak, seorang bakal isteri dan bakal ibu yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai tunjang hidupnya.
Melihat keunikan segala ciptaan alam bagi yang benar benar berfikir akan mencari-cari siapakah yang berkuasa menciptakan ini dan itu. Inilah dia fitrah kejadian manusia, kita pasti akan mencari cari suatu kuasa yang mampu melakukan luar dari kemampuan manusiawi. Lihat bagaimana anak-anak yang akan bertanya berbagai persoalan, bagaimana mereka ada didunia, siapa yang buat awan, ada air ke di langit bila hujan turun, ini semua adalah contoh pemikiran yang ada pada anak-anak ini kerana fitrah mereka masih suci, akal mereka masih jernih. Berbeza dengan kita, melihat seperti angin lalu, tiada kagum tiada berasa besarnya kuasa yang memegang alam ini. Sedangkan alam kejadian inilah ayat manzurah selain ayat maqru’ah didalam Al-Quran seperti yang dijelaskan oleh ulama.
Sebagai khalifah Allah, fikir dan zikir(ingat) suatu yang tidak boleh diasingkan. Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali: membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat maqru’ah(Al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meniliti mesej ayat manzurah(alam dan ciptaan Allah). Dengan berfikir kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam ini teratur dan pasti ada pengaturnya. Mustahil terjadi dengan sendirinya dan mesti ada yang mencipkannya. Pada tahap ini berfikir semata-semata akal tidak akan menemui jawapannya. Maka kerana itulah fikir itu mesti dirujuk kepada zikir, yakni ayat Al-Quran. Didalamnya terjawab jelas nama, sifat dan perbuatan siapa Pencipta alam yakni Allah rabbu jalil. Inilah yang dimaksudkan oleh Professor Hamka melalui kata-katanya
Hujung akal(fikir) adalah pangkal agama(zikir)

Sabtu, 8 Disember 2012

Sempurnakah Solat Kita



Saya sangat kagum dengan seorang pendakwah dan juga penulis yang bernama Ustaz Pahrol Juoi. Tiap kali terjumpa buku tulisannya yang baharu pasti saya akan cuba membeli. Kali ini saya suka untuk berkongsi dan mengingatkan pada diri bila saya menulis supaya saya kerap mengingatkan diri. Ustaz Pahrol ada menyebut ungkapan ringkas tapi penuh makna bagi saya;

Untuk baiki dunia, kita kena baiki manusia, untuk baiki manusia kita baiki hatinya, Untuk baiki hati kena baiki solat. ~Ustaz Pahrol Juoi

(penulis)memperbaiki dunia kepada kehidupan yang lebih harmoni dengan nilai-nilai agama Islam, kehidupan yang mengangkat sitem dalam Islam samada dari sudut perundangan syariat (Jinayat,Munakahat,Muamalat dan Siasah), sudut mengesakan Allah yakni tauhid dan juga kesempurnaan akhlak sangat memerlukan kepada pelaksananya berubah. Pelaksananya itu manusia sekarang yang hidup dalam keadaan dijajah. Penjajah inilah disebut Yahudi dan Nasara selari dengan sikap mereka yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dengan firman;
Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Allah taala tidak sebut zionis, tapi Yahudi...Tapi kalau lihat huraian tafsir, ulama tafsir kata Yahudi dalam ayat ni bukan maksud semua,sebahagiannya ahli kitab yakni beriman kepada Allah tapi sangat sedikit.Sahabat Nabi Abdullah bin Salam,pendeta yahudi bani Israel sebelum Islam. Bukan maknanya sesiapa lahir dari Yahudi termasuk dalam ayat ni melainkan yang menentang dan tidak beriman. Kalau dirujuk fiqh sirah sikap Yahudi memang berbolak balik.Contoh bani nadir,quraizah dan qunaiqa’..

Dan saya kurang bersetuju dengan segelintir yang bersusah susah berjela-jela explain bukan semua yahudi jahat sebab perbuatan ni sedikit pun tak menaikkan semangat jihad kita terutama zaman umat Islam mengahadapi tribulasi dikiri kanan untuk jihad material,tenaga(boikot) atau yang bersesuaian dengan kondisi seseorang. Bersangka baiklah kalau mereka kata Yahudi laknatullah maksud dituju pada Yahudi yang menyerang Israel samada dengan senjata,atau fikrah jahat mereka terhadap Islam. Senang cerita, cari awlawiyat(keutamaan) dan selalu ber-husnudzan.

Bagaimana kita di Malaysia khususnya dan lain-lain penganut Islam di luar sana amnya dijajah oleh mereka? Lahirnya kita melafazkan Islam sebagai agama anutan haikikatnya fikrah kita mengikut cara Yahudi dan Nasrani(kristian). Dari ayat 120 surah Al-Baqarah itu mengikut agama mereka bukan sekadar keluar Islam tapi mengambil cara hidup mereka dalam keluarga yang Islam.
  • Pakaian kita meniru fesyen mereka yang melampau, sehingga hiasan berlebih-lebihan samada adam atau hawa. Terutama kaum hawa, sehingga tabarruj sukar dielak sekalipun dia bertudung atau berjubah.
  • mereka mengajar makan minum sambil berjalan, tidak selari adab makan yang sebenar,mengajar adab mereka menggunakan sudu garfu dengan tangan kiri sebagai suapan.
  • mereka mengajar pelajar lelaki dan perempuan perlu bercampur(ikhtilat) untuk wujud daya saing antara gender, percampuran ini tidak dibatasi atas sekadar keperluan tapi berlanjutan hingga menerbitkan cinta yang asalnya fitrah tapi menjadi fitnah kerana tanpa ikatan yang halal.
  • Mereka membawa idea kebebasan yang bersalahan dengan syariat Islamiah sehingga menolak secara terang poligami, wujud organisasi memperjuang kebebasan murtad.
  • Kita ikut mereka mengasingkan kuasa pentadbiran dari agama. Kalau ada ikut pun sekadar bermusim. Sambut Maal Hiijrah, Maulud besar-besaran tapi melebihkan hedonism K-Pop, artist, lihat saja sajian dalam TV contohnya.
  • Di televisyen atau wayang rancangan yang tidak ada nilai Islami yang sebenar menjadi santapan rohani, kita diajar meminang perempuan tanpa melalui walinya, diajar melamar seperti barat,lelaki bertemu wanita,melutut dan sebagainya. Sehingga kisah-kisah cinta disaji menitik beratkan cinta yang tidak halal lelaki ajnabi dengan perempuan ajnabi sebagai wadah utama.
Kesannya berapa ramai orang Islam yang bercakap tentang iman, tentang nasihat agama dan berapa ramai yang berbual kosong tanpa isi bahkan tambah dosa. Umpat, sosial lelaki dan wanita, mahupun isteri dengan si bujang atau suami dengan dara semua boleh belaka. Di tempat kerja, di pasaraya bahkan di dalam rumah. Hakikatnya kita jauh dari suasana agama yang menghidupkan ingatan,mencetuskan zikir dan fikir. Implikasi akhirnya membenih satu pandangan dalam kehidupan cinta yang bukan diajar syariat yakni cinta pada Allah dan Rasul. Bukan suatu yang menghairankan bila ungkapan ‘hidup saya tidak bermakna tanpa awak’, ‘perjalanan karier saya adalah nadi hidup saya’, ‘saya nak buktikan pada masyarakat saya boleh jadi kaya’, ‘saya kena ada insurans supaya terjamin kalau apa-apa berlaku’. Semua statement pelik ni wujud, yang menggikis rasa hamba pada pencipta, yang meletak selain Allah mampu beri manfaat, dunia senagai matlamat utama dan berbagai-bagai lagi. Jadi rosak punah pandangan hidup muslim sebenar. 

Untuk baiki manusia baiki hati,untuk baiki hati baiki solat..
(penulis) baiki hati memerlukan pendekatan dakwah yang bijaksana hikmahnya bagi pendakwah, perlu azam yang tinggi bagi individu melawan nafsu dan meraih mahmudah. Ringkasnya kita harus memahami hakikat sebenar-benarnya Allah menjadikan kita sebagai khalifah. Adakah bersuka ria semata-mata, atau tunggu tua untuk berubah seolah-olah kita tahu mati itu punya masa dan ketika. Saya sangat berpesan ingatan ini untuk diri saya kerana saya sendiri hanya seorang yang lemah dan kerap lalai,perlu ingatan,perlu teguran perlu bimbingan.

Ubah solat kita menjadi solat yang sempurna dan khusyuk, sempurna yang tersurat dari segi rukunnya,perbuatannya, dan sempurna yang tersirat,kita fahami ucapan kita,kita fahami perlakuan kita. Merasa khusyuk pengabdian, sykur, takut, pengharapan(raja’), keagungan Rabbu Jalil.Kita tidak boleh sekadar tahu Allah taala melihat, tapi kita kena rasa Allah itu melihat. Tahu hanya dengan pada akal,tapi rasa mesti dengan hati. Semua ini mesti bermula dengan bab bersuci(taharah), bab solat, bab aqidah, bab akhlak. Antara yang mengelapkan hati dari sampai nur ilahi itu sendiri adalah kerana makanan yang masuk menjadi darah daging itu tidak diteliti sifat suci dan halal.
batu batu disatukan dengan semen, kayu-kayu disatukan dengan paku maka hati-hati manusia disatukan dengan iman.
Untuk berubah kita perlu pada ilmu, dan puncak bagi ilmu ialah mengamalkannya dengan optimum dan istiqomah(tidak terputus-putus). Tapi untuk kita jadi berilmu kena melalui ulama,mereka ini pewaris nabi. Untuk berubah kita perlu mujahadah hati, untuk mujahadah hati kita perlu pembimbing bukan sekadar petunjuk. Saya cuba guna analogi mudah,
1-      Seorang yang datang pertama kali ke Melaka, tidak tahu arah ke Muzium Istana Melaka. Tapi dia bertanya pada orang dan mendapat tahu dimana melalui petunjuk diberikan.(ini petunjuk, kemungkinan sesat adalah tinggi).
2-      Seorang yang datang pertama kali ke Melaka, tidak tahu arah ke Muzium Istana Melaka. Tapi dia bertanya pada orang dan mendapat tahu dimana melalui petunjuk diberikan. Dan orang itu juga kasihan lalu membawanya ke destinasi (ini petunjuk dan bimbingan, selamat dan tiba).

Maka carilah guru, carilah mursyid yang alim untuk membimbing diri kita, untuk bantu mujahadah kita menjadi umat yang baik akhlaknya sekaligus kebaikan itu tersebar pada masyarakat sekeliling dan membentuk dunia yang lebih baik. Seperti sabda Nabi SAW;
Sesunguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
"إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق"
Allahu a’lam.
1147am, 9/12/2012

Jumaat, 16 November 2012

GAZA

KITA MENGELUH TEKANAN DITEMPAT KERJA,
MASALAH KEWANGAN,
TERSEKAT KENAIKAN PANGKAT.
MEREKA MENGELUH DIMANA BANTUAN SAUDARA SEAGAMA MEREKA,
MASALAH TIADA MAKANAN,
SEKATAN KEMANUSIAAN DIKIRI KANAN.

AIRMATA KITA MENITIS BILA GAGAL DALAM PEPERIKSAAN,
TERPISAH DARI ORANG TERSAYANG,
AIRMATA MEREKA MENITIS BILA RUMAH MEREKA DIROBOH,
MARUAH MEREKA DIHINJAK-HINJAK,KANAK2 DITEMBAK MATI BERGELIMPAGAN.

MEREKA MAKAN SEKADAR APA YG ADA,MENIKMATI HIDUP DENGAN LEDAKAN BUNYI PELURU DAN BOM.
KITA MASIH KRITIK MAKANAN INI MASIN,ITU PAHIT,
MENIKMATI HIDUP DGN BERKIRA2 BESAR MANA RUMAH,BESAR MANA KERETA,BANYAK MANA GAJI...

SENANGNYA ISLAM DISINI...MEREKA????

Selasa, 13 November 2012

Lalai


Arrhhh…memang bukan mudah nak menjaga makhluk bernama hati dari sunyi berbuat dosa. Tapi logiknya memang manusia biasa tak sunyi dengan dosa yang bukan Nabi atau Rasul semestinya tidak maksum. Tapi itu bukan alasan, bukan helah, bukan jawapan untuk terus berada dalam daerah dosa. Allahu rabbi…saya teringat pesanan tuan guru kami supaya sentiasa mohon pada Allah mintak taufiq dan hidayah. Malah saya pernah bertanya secara berdua dengan tuan guru bagaimana nak menjaga hati dari penyakit…sangkakan dapat jawapan yang panjang atau tip-tip tapi jawapannya ringkas..mintak taufiq pada Allah..

Apa dia taufiq…
Kita intai sekejap taufiq tu macammana
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA(http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16552.msg240609#msg240609)

Perbanyakkan taubat
Hati kita memang sifatnya mudah lalai mudah lupa, saat hati terputus ingatan pada Rabbu Jalil, saat ini pertahanan hati bergantung pada himmah seseorang melawan serangan, godaan syahwat. Maka kita harus bijak menguruskan hati, kita kena kenal sifat dan hal ehwal hati ini saat kita ramai bagaimana, saat bersendirian bagaimana, saat kita bersunyian, saat kita ditempat ada perempuan, saat kita tidak puas hati, saat kita hendak marah, saat kita melihat jualan diskaun dan macam –macam lagi…tapi ada jalan lain yang mudah untuk permulaan…

Banyakkan taubat…kekalkan taubat…orang yang selalu bertaubat akan kekal merasa diri tidak ada amal kebaikan, selalu merasa diri berdosa. Tapi dalam bentuk yang positif bukan sehingga tidak ada wawasan melakukan tugasan harian sebagai manusia. Bukan jadi malas belajar dan mencari rezeki..konon itu adalah dunia maka ini ternyata satu konsep pandangan yang keliru. Sedangkan dunia itu adalah tempat bercucuk tanam yang hasil tuaian di akhirat kelak.

Menurut riwayat sahih, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam beristigfar seratus kali sehari, ada riwayat menyebut 70 kali sehari…Manusia sempurna dan maksum, manusia yang namanya terpahat dalam penyaksian kalimah agung syahadah, yang kerananya maka terangkatlah terserlah keindahan penciptaan alam, tanpanya maka tiada sempurna Islam dalam diri kita,seorang kekasih Allah masih memohon ampun,mohon taubat kepada Allah rabbu jalil…

Di mana pula kedudukan kita,apakah sekadar istigfar selepas solat yang tidak sampai 10 atau lebih. Kekalkan istigfar…kerana istigfar mengilap hati dari debu dosa maksiat kita pada pemilik kita.

Ingat pada Teman kita selepas Mati
Kubur…
Banyakkan ingatan pada kubur…kita semua adalah bakal penghuni kubur..pasti..cumanya kubur itu Islam atau perkuburan bukan Islam..mati itu datang tidak kira masa..dimana-mana,bila bila masa….
  • ·         Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan tahajud
  • ·         Aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturahmi,
  • ·         Aku adalah tempat yang sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran,
  • ·         Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah,
  • ·         Aku adalah tempat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILLALLAH"
 
Selalu perhatikan amalan kita 
…kerana menurut sebuah hadis sahih riwayat Bukhari;
عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه عن النبي محمد صل الله عليه وسلّم قال: انما الأعمال بالخواتيم
Daripada Sahl bin Saad al-Sa’idi r.a, Nabi s.a.w bersabda.”sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir”.
Dalam Kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari,karangan Imam Ibnu Hajar al-asqalani, kata ibn battal: terdapat hikmah yang tinggi seseorang hamba tidak mengetahui amalan terakhirnya. Andaikata seseorang mengetahui amalan terakhirnya, jika ia ditentukan selamat, maka ia merasa takjub dan malas beramal. Jika ia ditentukan binasa maka ia menambah perbuatan jahatnya. Oleh itu dirahsiakan amalan terakhir seseorang supaya ia merasa takut dan sentiasa berharap.
Raja’(harap)+Khauf(takut)= Amal terakhir.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua
TPM
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم