Pengikut

sELamAt DatAnG






Ahad, 30 Disember 2012

Hujung akal adalah pangkal agama



Abi! Auni Solehah, si kecil yang petah berkata-kata..memangil ayahnya dengan panggilan “abi”.
“Kenapa awan kat langit tuh tergantung abi?”, “tak jatuh pulak tuh” sambung si kecil petah berbicara…”ke tiang tiang dia kita tak nampak ye abi?” laju menyambung bicara sebelum sempat si abi menyusun kata.
Sambil tersenyum memandang keletah anak perempuan sulungnya, puteri yang bakal dididik dengan tarbiah Rasulullah s.a.w semoga menjadi srikandi agama dan wanita syurga kelak. “Solehah sayang..tahu tak siapa jadikan langit dan awan tidak bertiang?”
“Entah tak tahu” jawabnya laju.
“Sebab pencipta langit dan awan yang buat untuk kita selalu fikir tentang Dia, melihat dan mensyukuri segala nikmatnya” jawab si abi..sambil melirik ke mata anak kecil yang sedang belajar menerima apa sahaja maklumat yang diterima. Kanak-kanak sememangnya belajar dari imitation berdasarkan kajian pakar psikologi kanak-kanak. Mereka akan menerima maklumat dengan mendengar dan melihat dan merakam dalam minda luar sedar kemudian diterjemah kepada perlakuan dan perbuatan. 

“ooo macam tu ye abi, supaya kita kena selalu ingat dan syukur”..”tapi nak ingat siapa abi, nak syukur apa” Auni solehah membalas bertubi soalan, kanak-kanak memang banyak persoalan fikir si abi, sebab itu ialah salah satu fasa pembelajaran mereka dalam membesar.
“supaya kita selalu ingat Allah tuhan berkuasa yang menciptakan Solehah, menciptakan abi, ummi, matahari, langit dan seluruh alam”
“dan Dia beri Solehah mata untuk melihat kehebatan Allah menjadikan langit tidak bertiang, kalau tak Solehah tak dapat tengok semua ni” sambung abi sambil tersenyum kepada anak kecil yang penuh semangat mendengar. Dalam menjelaskan suatu perkara kita mesti memahami siapa pendengar dan tahap ilmunya supaya perkara yang hendak disampaikan tadi maksudnya mudah difahami. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak, minda mereka sedang belajar, bahasa mudah dan penerangan secara terus yang ringkas adalah teknik yang perlu dikuasai ibu bapa bila melakukan tarbiah anak kecil.
Seperti seorang motivator luar dan penulis buku 7 Habits highly effective people, Stephen R.Covey menyatakan antara rule 7 Habits ialah seek first to understand than to be understood( belajar memahami sebelum kita difahami). Memiliki empati yang tinggi adalah antara kunci untuk kita saling memahami manusia lain dalam sudut pandang yang luas bukan syok snediri. Di dalam buku Tarbiyatul Awlad karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan juga banyak mengklasifikasikan tarbiah anak secara bertahap pada kadar usia mereka tertentu, dan menekankan ibu bapa adalah murabbi(pendidik) yang perlu memiliki ciri-ciri seperti berilmu, amanah, bertakwa, berakhlak dan mengamalkan nilai-nilai Islami sebagai role model.
“ ooo..begitu, Allah yang berkuasa yang ciptakan langit,”
“Allah juga ciptakan Auni”
“Allah juga ciptakan abi dan ummi Auni yang baik kan?” jawab si kecil sambil tersengih menampakkan gigi kecilnya yang putih.
“dan kita kena bersyukur sebab dapat melihat kehebatan ciptaan Allah dengan mata yang diberi”sambung abi..
“betul!” jerit si kecil Auni Solehah. Abi ketawa kecil dengan kepetahan Solehah. Dalam hatinya berdoa semoga Allah pelihara ia menjadi seorang anak, seorang bakal isteri dan bakal ibu yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai tunjang hidupnya.
Melihat keunikan segala ciptaan alam bagi yang benar benar berfikir akan mencari-cari siapakah yang berkuasa menciptakan ini dan itu. Inilah dia fitrah kejadian manusia, kita pasti akan mencari cari suatu kuasa yang mampu melakukan luar dari kemampuan manusiawi. Lihat bagaimana anak-anak yang akan bertanya berbagai persoalan, bagaimana mereka ada didunia, siapa yang buat awan, ada air ke di langit bila hujan turun, ini semua adalah contoh pemikiran yang ada pada anak-anak ini kerana fitrah mereka masih suci, akal mereka masih jernih. Berbeza dengan kita, melihat seperti angin lalu, tiada kagum tiada berasa besarnya kuasa yang memegang alam ini. Sedangkan alam kejadian inilah ayat manzurah selain ayat maqru’ah didalam Al-Quran seperti yang dijelaskan oleh ulama.
Sebagai khalifah Allah, fikir dan zikir(ingat) suatu yang tidak boleh diasingkan. Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali: membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat maqru’ah(Al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meniliti mesej ayat manzurah(alam dan ciptaan Allah). Dengan berfikir kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam ini teratur dan pasti ada pengaturnya. Mustahil terjadi dengan sendirinya dan mesti ada yang mencipkannya. Pada tahap ini berfikir semata-semata akal tidak akan menemui jawapannya. Maka kerana itulah fikir itu mesti dirujuk kepada zikir, yakni ayat Al-Quran. Didalamnya terjawab jelas nama, sifat dan perbuatan siapa Pencipta alam yakni Allah rabbu jalil. Inilah yang dimaksudkan oleh Professor Hamka melalui kata-katanya
Hujung akal(fikir) adalah pangkal agama(zikir)

Tiada ulasan: