Saya sangat kagum dengan seorang pendakwah dan juga
penulis yang bernama Ustaz Pahrol Juoi. Tiap kali terjumpa buku tulisannya yang
baharu pasti saya akan cuba membeli. Kali ini saya suka untuk berkongsi dan
mengingatkan pada diri bila saya menulis supaya saya kerap mengingatkan diri.
Ustaz Pahrol ada menyebut ungkapan ringkas tapi penuh makna bagi saya;
Untuk baiki dunia, kita kena baiki manusia, untuk baiki
manusia kita baiki hatinya, Untuk baiki hati kena baiki solat. ~Ustaz Pahrol Juoi
(penulis)memperbaiki dunia kepada kehidupan yang lebih
harmoni dengan nilai-nilai agama Islam, kehidupan yang mengangkat sitem dalam
Islam samada dari sudut perundangan syariat (Jinayat,Munakahat,Muamalat dan
Siasah), sudut mengesakan Allah yakni tauhid dan juga kesempurnaan akhlak
sangat memerlukan kepada pelaksananya berubah. Pelaksananya itu manusia
sekarang yang hidup dalam keadaan dijajah. Penjajah inilah disebut Yahudi dan
Nasara selari dengan sikap mereka yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dengan
firman;
Firman
Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Allah taala tidak sebut zionis, tapi Yahudi...Tapi
kalau lihat huraian tafsir, ulama tafsir kata Yahudi dalam ayat ni bukan maksud
semua,sebahagiannya ahli kitab yakni beriman kepada Allah tapi sangat
sedikit.Sahabat Nabi Abdullah bin Salam,pendeta yahudi bani Israel sebelum
Islam. Bukan maknanya sesiapa lahir dari Yahudi termasuk dalam ayat ni
melainkan yang menentang dan tidak beriman. Kalau dirujuk fiqh sirah sikap
Yahudi memang berbolak balik.Contoh bani nadir,quraizah dan qunaiqa’..
Dan saya kurang bersetuju dengan segelintir yang
bersusah susah berjela-jela explain bukan semua yahudi jahat sebab perbuatan ni
sedikit pun tak menaikkan semangat jihad kita terutama zaman umat Islam
mengahadapi tribulasi dikiri kanan untuk jihad material,tenaga(boikot) atau
yang bersesuaian dengan kondisi seseorang. Bersangka baiklah kalau mereka kata
Yahudi laknatullah maksud dituju pada Yahudi yang menyerang Israel samada
dengan senjata,atau fikrah jahat mereka terhadap Islam. Senang cerita, cari
awlawiyat(keutamaan) dan selalu ber-husnudzan.
Bagaimana kita di Malaysia khususnya dan lain-lain
penganut Islam di luar sana amnya dijajah oleh mereka? Lahirnya kita melafazkan
Islam sebagai agama anutan haikikatnya fikrah kita mengikut cara Yahudi dan
Nasrani(kristian). Dari ayat 120 surah Al-Baqarah itu mengikut agama mereka
bukan sekadar keluar Islam tapi mengambil cara hidup mereka dalam keluarga yang
Islam.
- Pakaian kita meniru fesyen mereka yang melampau, sehingga hiasan berlebih-lebihan samada adam atau hawa. Terutama kaum hawa, sehingga tabarruj sukar dielak sekalipun dia bertudung atau berjubah.
- mereka mengajar makan minum sambil berjalan, tidak selari adab makan yang sebenar,mengajar adab mereka menggunakan sudu garfu dengan tangan kiri sebagai suapan.
- mereka mengajar pelajar lelaki dan perempuan perlu bercampur(ikhtilat) untuk wujud daya saing antara gender, percampuran ini tidak dibatasi atas sekadar keperluan tapi berlanjutan hingga menerbitkan cinta yang asalnya fitrah tapi menjadi fitnah kerana tanpa ikatan yang halal.
- Mereka membawa idea kebebasan yang bersalahan dengan syariat Islamiah sehingga menolak secara terang poligami, wujud organisasi memperjuang kebebasan murtad.
- Kita ikut mereka mengasingkan kuasa pentadbiran dari agama. Kalau ada ikut pun sekadar bermusim. Sambut Maal Hiijrah, Maulud besar-besaran tapi melebihkan hedonism K-Pop, artist, lihat saja sajian dalam TV contohnya.
- Di televisyen atau wayang rancangan yang tidak ada nilai Islami yang sebenar menjadi santapan rohani, kita diajar meminang perempuan tanpa melalui walinya, diajar melamar seperti barat,lelaki bertemu wanita,melutut dan sebagainya. Sehingga kisah-kisah cinta disaji menitik beratkan cinta yang tidak halal lelaki ajnabi dengan perempuan ajnabi sebagai wadah utama.
Kesannya berapa ramai orang Islam yang bercakap
tentang iman, tentang nasihat agama dan berapa ramai yang berbual kosong tanpa
isi bahkan tambah dosa. Umpat, sosial lelaki dan wanita, mahupun isteri dengan
si bujang atau suami dengan dara semua boleh belaka. Di tempat kerja, di
pasaraya bahkan di dalam rumah. Hakikatnya kita jauh dari suasana agama yang
menghidupkan ingatan,mencetuskan zikir dan fikir. Implikasi akhirnya membenih
satu pandangan dalam kehidupan cinta yang bukan diajar syariat yakni cinta pada
Allah dan Rasul. Bukan suatu yang menghairankan bila ungkapan ‘hidup saya tidak
bermakna tanpa awak’, ‘perjalanan karier saya adalah nadi hidup saya’, ‘saya
nak buktikan pada masyarakat saya boleh jadi kaya’, ‘saya kena ada insurans
supaya terjamin kalau apa-apa berlaku’. Semua statement pelik ni wujud, yang menggikis
rasa hamba pada pencipta, yang meletak selain Allah mampu beri manfaat, dunia
senagai matlamat utama dan berbagai-bagai lagi. Jadi rosak punah pandangan
hidup muslim sebenar.
Untuk baiki manusia baiki hati,untuk baiki hati baiki
solat..
(penulis) baiki hati memerlukan pendekatan dakwah yang
bijaksana hikmahnya bagi pendakwah, perlu azam yang tinggi bagi individu
melawan nafsu dan meraih mahmudah. Ringkasnya kita harus memahami hakikat
sebenar-benarnya Allah menjadikan kita sebagai khalifah. Adakah bersuka ria
semata-mata, atau tunggu tua untuk berubah seolah-olah kita tahu mati itu punya
masa dan ketika. Saya sangat berpesan ingatan ini untuk diri saya kerana saya
sendiri hanya seorang yang lemah dan kerap lalai,perlu ingatan,perlu teguran
perlu bimbingan.
Ubah solat kita menjadi solat yang sempurna dan
khusyuk, sempurna yang tersurat dari segi rukunnya,perbuatannya, dan sempurna
yang tersirat,kita fahami ucapan kita,kita fahami perlakuan kita. Merasa khusyuk
pengabdian, sykur, takut, pengharapan(raja’), keagungan Rabbu Jalil.Kita tidak
boleh sekadar tahu Allah taala melihat, tapi kita kena rasa Allah itu melihat.
Tahu hanya dengan pada akal,tapi rasa mesti dengan hati. Semua ini mesti
bermula dengan bab bersuci(taharah), bab solat, bab aqidah, bab akhlak. Antara yang
mengelapkan hati dari sampai nur ilahi itu sendiri adalah kerana makanan yang
masuk menjadi darah daging itu tidak diteliti sifat suci dan halal.
batu batu disatukan dengan semen, kayu-kayu disatukan
dengan paku maka hati-hati manusia disatukan dengan iman.
Untuk berubah kita perlu pada ilmu, dan puncak bagi ilmu ialah mengamalkannya
dengan optimum dan istiqomah(tidak terputus-putus). Tapi untuk kita jadi
berilmu kena melalui ulama,mereka ini pewaris nabi. Untuk berubah kita perlu
mujahadah hati, untuk mujahadah hati kita perlu pembimbing bukan sekadar
petunjuk. Saya cuba guna analogi mudah,
1-
Seorang yang datang pertama kali ke Melaka, tidak tahu
arah ke Muzium Istana Melaka. Tapi dia bertanya pada orang dan mendapat tahu
dimana melalui petunjuk diberikan.(ini petunjuk, kemungkinan sesat adalah
tinggi).
2-
Seorang yang datang pertama kali ke Melaka, tidak tahu
arah ke Muzium Istana Melaka. Tapi dia bertanya pada orang dan mendapat tahu
dimana melalui petunjuk diberikan. Dan orang itu juga kasihan lalu membawanya
ke destinasi (ini petunjuk dan bimbingan, selamat dan tiba).
Maka carilah guru, carilah mursyid yang alim untuk membimbing diri kita,
untuk bantu mujahadah kita menjadi umat yang baik akhlaknya sekaligus kebaikan
itu tersebar pada masyarakat sekeliling dan membentuk dunia yang lebih baik. Seperti
sabda Nabi SAW;
Sesunguhnya
aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
"إنما بعثت لإتمم مكارم الاخلاق"
Allahu a’lam.
1147am, 9/12/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan