Pengikut

sELamAt DatAnG






Home

بسم الله الرحمن الرحيم
Puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam,  raja yang maha berkuasa dari timur ke barat, yang maha agung dengan kemuliaan kerjaanNya yang di langit dan di bumi
yang memegang hati-hati setiap hambanya
yang pemilik rahmat yang tiada penghujung

اللهم اهدني وسددّني
Ya Allah,bimbinglah aku dan kurniakan lah kebenaran dalam ucapan dan perbuatanku….


Tulisan-tulisan penulis atau artikel ‘copy paste’ didalam ini tiada kena mengena dengan kepentingan peribadi samaada badan kerajaan atau NGO. 
Menulis untuk mencuba setiap alternative mengingatkan diri saya yang selalu tergelincir dengan dosa. 
Dan juga sebagai satu medium dakwah melalui kemajuan teknologi IT. 
Kalau-kalau ada tersinggah membaca,moga-moga ada sedikit buah tangan sebagai makanan rohani yang dapat mengerakkan akal kepada fikir dan mencetuskan zikir(ingatan)


انشا الله

[Al-Hasyr:19]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.

[Al-Mujadalah:6 ]

Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.

[Al-Hadid:14 ] 

kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

Ilmu itu kalau kita dengar dengar kita faham,tapi kalau kita simpan rapi InsyaAllah kita ingat

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0085.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya berkata kepada Rasulullah saw., 'Ya, Rasulullah! Saya banyak menerima hadis dari Anda, tetapi saya banyak lupa. " Sabda beliau, "Singkapkanlah jubahmu!" Lalu ku singkapkan jubahku. Kemudian Rasulullah menyauk dengan kedua belah tangannya, dan berkata, "Kumpulkanlah!" Lalu ku kumpulkan, dan sesudah itu aku tidak pernah lupa lagi."

Kenapa aku menulis???
Adakah kerana mahu dilihat hebat???...
نعوذ بالله من ذلك
Aku menulis kerana ingin berpesan kepada diriku khasnya..
Kerana aku kerap lupa..
Kerana aku mudah alpa…
Kerana aku suka leka…
Aku lupa dengan datangnya mati pada bila-bila..
Aku lupa akan pedih dan dahsyatnya azab neraka..
Aku lupa akan segala..
Aku alpa dengan indahnya dunia..
Aku alpa kerana seronoknya mewah dunia..
Aku leka
Aku leka dan leka..
Tapi bila aku jerit pada diri aku…kenapa!
Aku tersentak…lalainya aku..
tersedar..
ada matlamat yang aku mesti buru..
Melaksana apa yang tahu..
mencari apa yang aku tidak tahu…
Memburu..mengharap…kepada
rahmat dan cinta Allah…


نور غزنان بن مزلن