Malam ni aku tak mengantuk..walhal baru balik dari
Johor sampai Terengganu..tapi naik bas ar..agaknyersebab tu aku belum mamai
walaupun jam dah 130 pagi. Puas golek-golek, tak sampai juga sleepy ni..Baru
perasan tadi pas isyak aku layan cerita sambil minum Kopi Kapal
Api..aiseh..bingkas bangkit dari katil aku aku pun taip la something.
Masa nak balik ke JB hari tu..Cuma ade 4 penumpang
jer. 3 perempuan dan aku sorang. But on the way 2 orang turun da masa kat
kuantan. So tinggal je aku dengan sorang perempuan. Aku terfikir sebelum ni aku
tak rajin lagi ade dalam bas express 2 je penumpang. Yelah timing aku balik
waktu siang ke selatan, mana ramai. Kalau malam betul lah ramai. Tapi the point
is aku teringat isu-isu rogol penumpang perempuan,bukan nak kata semua driver
bas tapi keadaan sekarang macam-macam boleh jadi.
Kesian kaum perempuan ni kalau bergerak long distance
sensorang. Sebab tu Allah perintahkan bila sorang perempuan hendak pergi ke
Baitullah untuk tunai haji datang dengan mahram atau teman rapat wanita@saudara
perempuan. Semua ini untuk menghindar fitnah dan menjauhkan pandangan-pandangan
yang berniat jahat. Bukan bersangka buruk, tapi Islam menjangka sesuatu yang
preventive. Hati manusia,nafsu,bisikan syaitan tak boleh diduga sekalipun dalam
buat haji.
Dan kaum lelaki kenalah faham,peranan kita dan
tanggungjawab kita. Mereka perempuan ni adalah saudara lelaki biarpun takde
kena mengena darah daging.
Sabda
Rasulullah SAW, “Wanita adalah saudara kandung lelaki.” (HR Abu Daud).
Pesanan buat
diri sendiri sebagai suami,ayah,dan
abang kepada isteri,anak dan adik dan saudara kepada mereka kaum hawa, makhluk
bidadari.
Tips menjadi lelaki sebenar, sumber asal Ustazah
Fatimah Syarha
1. Perintah
Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“…dan
bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang
baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya
,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan
sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu
kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)
2. Wasiat
Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah
kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua
mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan
persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)
3. Berbuat
baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.
Sabda Nabi
yang bermaksud:
“Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah
lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)
4. Lelaki
yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang
diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah
SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,
dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang
memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina
wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).
5. Larangan
menyakiti isteri
Rasulullah
SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul
isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak,
dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?”
Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.
Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.
Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda
menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di
kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan
berwaspada daripada melampaui batas. Nabi SAW bersabda:
عَنْ
إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di
kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana
memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:
اللَّهُمَّ
عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut
dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut
dihukum pada Al-Walid!.(Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib
Al-Athar dan Imam Ahmad di dalamMusnad Imam Ahmad).
[1] Hadis ini menjadi contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang
digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan
sewenang-wenangnya dan ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada
kemungkinan perkataan “daraba” di dalam Al-Quran tidak
bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan
perkataan “daraba” sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul
yang dimaksudkan TIDAK BOLEH menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering
berlaku bila suami memukul isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan