Pengikut

sELamAt DatAnG






Selasa, 13 November 2012

Lalai


Arrhhh…memang bukan mudah nak menjaga makhluk bernama hati dari sunyi berbuat dosa. Tapi logiknya memang manusia biasa tak sunyi dengan dosa yang bukan Nabi atau Rasul semestinya tidak maksum. Tapi itu bukan alasan, bukan helah, bukan jawapan untuk terus berada dalam daerah dosa. Allahu rabbi…saya teringat pesanan tuan guru kami supaya sentiasa mohon pada Allah mintak taufiq dan hidayah. Malah saya pernah bertanya secara berdua dengan tuan guru bagaimana nak menjaga hati dari penyakit…sangkakan dapat jawapan yang panjang atau tip-tip tapi jawapannya ringkas..mintak taufiq pada Allah..

Apa dia taufiq…
Kita intai sekejap taufiq tu macammana
Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA(http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16552.msg240609#msg240609)

Perbanyakkan taubat
Hati kita memang sifatnya mudah lalai mudah lupa, saat hati terputus ingatan pada Rabbu Jalil, saat ini pertahanan hati bergantung pada himmah seseorang melawan serangan, godaan syahwat. Maka kita harus bijak menguruskan hati, kita kena kenal sifat dan hal ehwal hati ini saat kita ramai bagaimana, saat bersendirian bagaimana, saat kita bersunyian, saat kita ditempat ada perempuan, saat kita tidak puas hati, saat kita hendak marah, saat kita melihat jualan diskaun dan macam –macam lagi…tapi ada jalan lain yang mudah untuk permulaan…

Banyakkan taubat…kekalkan taubat…orang yang selalu bertaubat akan kekal merasa diri tidak ada amal kebaikan, selalu merasa diri berdosa. Tapi dalam bentuk yang positif bukan sehingga tidak ada wawasan melakukan tugasan harian sebagai manusia. Bukan jadi malas belajar dan mencari rezeki..konon itu adalah dunia maka ini ternyata satu konsep pandangan yang keliru. Sedangkan dunia itu adalah tempat bercucuk tanam yang hasil tuaian di akhirat kelak.

Menurut riwayat sahih, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam beristigfar seratus kali sehari, ada riwayat menyebut 70 kali sehari…Manusia sempurna dan maksum, manusia yang namanya terpahat dalam penyaksian kalimah agung syahadah, yang kerananya maka terangkatlah terserlah keindahan penciptaan alam, tanpanya maka tiada sempurna Islam dalam diri kita,seorang kekasih Allah masih memohon ampun,mohon taubat kepada Allah rabbu jalil…

Di mana pula kedudukan kita,apakah sekadar istigfar selepas solat yang tidak sampai 10 atau lebih. Kekalkan istigfar…kerana istigfar mengilap hati dari debu dosa maksiat kita pada pemilik kita.

Ingat pada Teman kita selepas Mati
Kubur…
Banyakkan ingatan pada kubur…kita semua adalah bakal penghuni kubur..pasti..cumanya kubur itu Islam atau perkuburan bukan Islam..mati itu datang tidak kira masa..dimana-mana,bila bila masa….
  • ·         Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan tahajud
  • ·         Aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturahmi,
  • ·         Aku adalah tempat yang sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran,
  • ·         Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah,
  • ·         Aku adalah tempat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILLALLAH"
 
Selalu perhatikan amalan kita 
…kerana menurut sebuah hadis sahih riwayat Bukhari;
عن سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه عن النبي محمد صل الله عليه وسلّم قال: انما الأعمال بالخواتيم
Daripada Sahl bin Saad al-Sa’idi r.a, Nabi s.a.w bersabda.”sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir”.
Dalam Kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari,karangan Imam Ibnu Hajar al-asqalani, kata ibn battal: terdapat hikmah yang tinggi seseorang hamba tidak mengetahui amalan terakhirnya. Andaikata seseorang mengetahui amalan terakhirnya, jika ia ditentukan selamat, maka ia merasa takjub dan malas beramal. Jika ia ditentukan binasa maka ia menambah perbuatan jahatnya. Oleh itu dirahsiakan amalan terakhir seseorang supaya ia merasa takut dan sentiasa berharap.
Raja’(harap)+Khauf(takut)= Amal terakhir.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua
TPM
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Tiada ulasan: