Pengikut

sELamAt DatAnG






Sabtu, 14 Ogos 2010

Dunia satu keperluan,Akhirat itu matlamat

Tahu dunia ini sementara tapi sebab turutkan nafsu jadi lupalah dan jadi rasa bermegah dgn hasil dunia yang tidak bertunjang kepada akhirat sebagai matlamat. Bukan tidak boleh kaya, bukan tidak boleh berjaya ke tahap tinggi tapi jangan sampai memakan diri bila berhadapan dengan “alam takut”. Al-Wahab(Zat yg Maha Pemberi) mengumpamakan sikap cinta dunia sbg matlamat seperti nilaian tanaman yang subur menjadi idaman pada petani(manusia)

Firman Allah Taala di dalam kitab agungNya “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang(menumbuhkan tanaman subur) menjadikan tanam tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yg terpedaya” (Al-Hadid juz 27:ayat20)
Dunia itu satu keperluan bagi manusia untuk menuju matlamat akhirat. Berjaya dunia mesti dengan ilmu,berjaya di akhirat mesti dengan ilmu, berjaya kedua-duanya mesti perlukan ilmu. Tahu ilmu agama bukan untuk ustaz,bukan untuk ustazah tapi untuk umat Muhammad S.A.W.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud
“sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah S.W.T akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya, segala urusannya menjadi teratur, dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah S.W.T akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya, segala urusannya menjadi kacau, dan kepadanya dunia datang sekadar dengan yang telah ditakdirkan baginya”(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Berniaga memang menguntungkan jika kena pada tempat, tetapi ada lagi perniagaan yang semua orang boleh berjaya jika betul-betul usahakannya.

“Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad(berjuang & membela agama) di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa2 mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2 dan ke tempat2 tinggal yang baik di dalam syurga ‘And. Itulah kemenangan yang agung.(As-Saff juz 28 ayat 10-12)

“Kehidupan dunia itu dijadikan indah dalam pandangan orang2 kafir, dan mereka menghina(berlagak sombong & pandang rendah) orang2 yang beriman. Padahal orang2 yang bertakwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang2 yang Dia kehendaki tanpa perhitungan(Al-Baqarah juzuk ke2 ayat 212)

Alhamdulillah kini acap kali diucap orang tetapi sejauh mana pengahayatan syukur kepada Allah Taala itu di implementasikan dalam kehidupan dengan rasa seorang hamba. Adakah sekadar ucapan semata sbg penyedap dalam berbahasa. “Dan sememangnya sedikit sekali diantara hamba-hambaKu yang bersykur(As-Saba’ juz 22 ayat 13)

نور غزنان بن مزلن


Tiada ulasan: