Pengikut

sELamAt DatAnG






Isnin, 16 Ogos 2010

Apa dia Hadis & Sunnah?

Ada org keliru atau ramai org yg keliru yg mana sunat yg mana sunnah, ada pulak kata sunat ialah perkataan bahasa Melayu dan Sunnah ialah bahasa Arab. Jadi sebagai seorang yg mengakui umat Muhammad s.a.w dan percaya pd Islam harusnya kenal dengan perkara asas rujukan dalam Islam itu sendiri. Baharula ia jadi seorang yg berilmu dan tahu dgn apa yg dia beramal. Bukan menjadi Islam ikut-ikutan.

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis??
• Hadis ialah dari Nabi Muhammad SAW melalui perkataan baginad,perbuatan baginda dan ‘taqrir’(pengakuan) baginda.
• Hadis sahih, hassan,qudsi,mutawatir antara hadis yg di terima.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sunah?

• Ulama sentiasa menggunakan perkataan Sunnah dengan maksud yang sama seperti perkataan ‘Hadis’. Maka kadang ia disebut AlQuran & Sunnah atau Al-Quran & Hadis.

Apakah memadai dengan menggunakan Al-Quran tanpa hadis?
• Tidak sama sekali kerana isi Al-Quran tidak semua memperincikan huraian dan ini memerlukan kepada hadis @sunah kerana ia menghuraikan maksud hukum dan perlaksanaan suatu perkara. Seluruh kehidupan baginda SAW adalah cara perlaksanaan ajaran yg terdapat dalam Al-Quran malah Al-Quran memerintah umat islam mencontohi Rasulullah SAW.
• Contoh:-
Al-Quran-
memerintahkan mukmin mengerjakan solat tapi tidak menyatakan secara berjemaah atau sendirian lebih afdal. Tidak menyatakan ganjaraan.

Hadis-
solat berjemaah lebih 27ganjaran dari sendirian dan nabi tidak pernah solat secara sendirian menunjukkan pentingnya berjemaah.

Sekadar ambil tahu
Dalam fikah mazhab Syafie perlaksnaan suatu hukum mengikut hierarki berdasarkan keperluan maslahat.
1)Al-Quran sebagai rujukan-hukum haram cth: arak yang telah nyata dalam Al-Quran,tidak perlu diperbahaskan.
2)kemudian dilihat pada Hadis/Sunnah-hukum atau hal2 yang tidak terperinci atau tidak dinyata dalam Al-Quran
3)Ijmak Ulama-sepakat ulama selepas berijtihad mengistinbadkan hukum hasil selepas merujuk pada Al-Quran dan Sunnah
4)Qias –istinbat melalui kaedah Qias,cth hukum dadah haram kerana sifat menghilangkan akal seperti sifat arak yang muktamad haram &menghilangkan akal yang diterangkan dalam Al-Quran dan hadis

Furu’ adalah cabang cabang fekah yg berkaitan dlm Islam tp tiada penerangan langsung@tiada penjelasan jelas terperinci dalam sumber Al-Quran & Sunnah. Permasalahan yg byk khilaf dikalangan para ulama.
Hadis dhaif masih boleh diamal(spt kitab fadhail a’mal) tetapi tidak boleh digunakan sbg hujah atau dlm mengistinbat suatu hukum.

Hadis Sahih,Hasan Gharib,Mutawatir,Qudsi digunakan sbg amal dan hujah.

Hadis Maudu’ hadis rekaan yg ditolak.

Tiada ulasan: