Pengikut

sELamAt DatAnG






Isnin, 13 Ogos 2012

Just a Friend-Lelaki & Perempuan


 
Seorang  bekas kekasih yang 6~7 tahun terputus contact yang disengajakan suatu hari menerjah inbox sms Abdullah. Dulu Abdullah agak nakal,asyik nak bercintan cintun tapi putus jer sebelum Allah temukan Abdullah dengan hakikat cinta yang paling utama bagi khalifahNya bernama hamba hanya kepada Rabbu Jalil.
Berbalik kepada cerita asal, sms dari nombor yang tidak diketahui,tiada dalam phone book dan entah dari mana penghantar sms tu dapat nombor Abdullah,(sms ini disunting bahasa dan isi tanpa lari dari konteks asal)

‘salam..selamat menyambut syawal’-inbox mesej Abdullah..sape punya nombor pulak ni.. Abdullah call tak dijawabnya, Abdullah reply dan cuba selidik…antara mesej-mesej berbalas

‘malam tadi saya mimpi awak,tu saya text awak..rasanya awak dah tahu saya..harap kita masih boleh berkawan lagi..teringin nak jumpa isteri dan awak..’

‘awak jangan marah kalau saya da beritahu siapa saya dan janji awak kena call saya!’

‘ yela nanti saya call’ Abdullah membalas

<Didedahkan indentiti>
‘o awak..saya tak marah..tapi saya juga TAK berkawan dengan perempuan cara macam ni,dan tak nampak kebaikan pada agama,sorang suami dan awak isteri orang. Tak sepatunya buat macam ni.suda punya suami anak,tumpu pada rumahtangga je..yg dulu suda lepas yg sekarang kita perbaiki.alasan sekadar kawan rasa tidak menghalalkan cara.maaf la sy mungkir janji call awak lepas tahu siapa awk,Cuma nak tahu siapa jer..saya mungkir janji pada perkara yg boleh kea rah rosaknya agama..apa pun semoga awak buat terbaik untuk diri semdiri dan keluarga..hidup ini sementara 1 saat lepas ni pun tak tahu hidup lagi..’
‘kalau awak kata saya kolot,tak apala sebab ini yang saya pegang dan saya sekarang.tolong maafkan salah saya dulu pada awak,semoga Allah bimbing hati-hati kita pada jalan yg benar..terima kasih’

<Kemudian perempuan itu  membalas>
‘awak da salah faham saya tak seperti apa yang awak fikir, kalau awak cakap macam ni seolah-olah awak tak berhak kawan mana-mana perempuan dengan alasan dah berkahwin..just a friend tak lebih..suami saya seorang jemaah tabligh dan saya tahu adab menjaga pergaulan saya. Awak patut perbetulkan idea pemikiran awak’

< Abdullah tersenyum membaca, inilah sikap kebanyakan kita bersandar dengan akal rasional tanpa dipandu wahyu,tanpa mengali ilmu dan adab dari Al-Quran dan As-Sunnah>

‘Maaflah saya rasa apa yang menghalalkan kita untuk berkawan dengan cara ini kalau saya tak Nampak kebaikanyang mengatasi kerosakan yang banyak..saya harap awak kaji dan pelajari adab dan pergaulan,banyak buku-buku dijual. Elak pada perkara yang samar itu hampir kepada takwa’

<Dan mesej akhir Abdullah hantar penutup bicara yang boleh membuka bibit fitnah pada agama>

‘saya hairan ramai menjadikan alasan’ just a friend’ . bagi saya kita kena rujuk ulama,bukan bergantung pada hujah akal fikiran semata. Mungkin berkawan ada kebaikan saya dan awak tapi dengan cara begini,ia jauh dari batasan agama pada konteks keperluan dan fitnah agama lebih banyak.. awak boleh rujuk pandangan seperti Dr Yusuf Qardhawi dan Ustazah Fatimah syarha..Maaf jika ada terkasar bahasa..sekian terima kasih’.
<Inbox mesej deleted>

Agama menyaran kita berukhuwah pada jalan yang benar yakni berlandas batas-batas syariat dalam keadaan yang tidak melibatkan unsur-unsur membawa kepada maksiat. Disini komunikasi melaui TALIAN TELEFON atau SMS samada lelaki bujang,lelaki berkahwin,duda dengan perempuan bujang,berkahwin atau janda mengundang fitnah yang lebih besar dari kebaikan berukhuwah..persoalan paling utama kita wajib bertanya
1)apakah tujuan dan cara ini dibenarkan pada sisi syariat?
2)apakah kebaikan yang datang hasil dari cara ini?
3)apakah maksiat hati bole terjadi dan kesannya?
4)Sejauh mana baiknya ukhuwah ini pada agama saya?
Haram apabila lelaki berasa seronok mendengar suara perempuan yang halal nikah sehingga jadi asyik,membayang wajahnya,sampai (segelintir)berasa yang bukan-bukan semua ini adalah maksiat yang menjadi lorong-lorong kepada haram yang lebih besar. Berbicara perkara yang tidak perlu , tidak penting,malahan perkara –perkara luar adab seorang muslim adalah suatu fitnah yang menjauhkan hati dari Allah dan agama. Nafsu tidak bebas kepada sesiapapun sekalipun golongan agama dan pendakwah.. anda tabligh, asatizah, imam, mufti  atau penceramah agama…nafsu wajib dididik mengikut aturan agama bukan aturan hati dan syahwat.
Bagi hawa, kelebihan suara mereka Allah perelokkan dan lunakkan berguna pada memujuk hati suami, melunakkan jiwa anak-anak bukan untuk meliuk lentok suara kepada sebarangan lelaki. Jika semulajadi lemah manja suaranya maka peliharalah dirimu dari bercakap yang tidak perlu pada ajnabi. Berhati-hati itu hampir kepada takwa.

Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :- 
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32) 

Saya ambil sedikit copy paste artikel Al-Fadhil Ustaz Dr Zaharuddin.

Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :- 

1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu’, Ibn Al-Mufleh, 1/372 ) 

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Sumber; http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/495-bolehkah-wanita-berdakwah-dengan-nashid.html

Fahami betul-betul “Tidak menjadi kesalahan BERKAWAN dengan rakan kerja,rakan sekolah,atau sesiapa. Tetapi salahnya CARA BERKAWAN itu tidak kena pada tempat dan keperluannya”. Pergaulan dan adab antara lelaki perempuan itu dibatasi dan dikawal dengan agama dan iman bukan pada nafsu dan akal.

5:09 PM 13/8/2012

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Tiada ulasan: