DOSA ADAM
ALAIHISALAM VS DOSA IBLIS
Soalan;
Apakah perbezaan
antara dosa Adam alaihisalam dan dosa iblis laknatullah?
Jawapan;
Adam melakukan
pelanggaran atas larangan Allah SWT. Dia menyesal dan meminta ampun atas
kesalahannya dan Allah SWT mengampunkannya. Berbeza pula dengan Iblis , ia
bukan melanggar tetapi MELAWAN perintah Allah SWT. Iblis menolak perintahNya
dengan cara SOMBONG. Sebab itu Iblis dijauhkan dari rahmat Allah SWT. Ia tidak
menyesal akan kemurkaan Allah SWT bahkan meminta agar umurnya dipanjangkan
sampai hari kiamat. Allah SWT mengkabulkan, tetapi bukan sampai hari kiamat
melainkan sampai hari yang ditentukanNya.
Sombong dan
angkuhadalah pembuka pintu dosa. Apabila seseorang sombong kerana ucapannya,
kerana ilmunya kekayaan, kedudukan, kekuasaan atau apa sahaja yang diberikan
Allah SWT kepadanya, bererti dia sendiri
membuka pintu dosa. Dia mempersilakan syaitan masuk dan sedia
dijerumuskan untuk berbuat maksiat.
Iblis adalah
makhluk jin pertama. Ia mempunyai anak. Keturunan Iblis yang jahat dinamakan
Syaitan. Sama dengan manusia, manusia yang jahat mendapat pangkat Syaitan. Jadi
ada dua Syaitan, Syaitan manusia dan Syaitan jin.
Sumber asal;
Anta tas’alu Wal Islaamu Yujiibu, Prof Dr Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi
Disalin oleh
TPM-the poor man
TPM-the poor man
1114hrs
4/9/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan