Ramai yang tidak suka dengan imej saya dan mengatakan saya seksi.
Imej saya sebenarnya ringkas dan tidaklah terlalu seksi. Saya pakai apa yang
saya rasakan selesa. Memang saya akui imej juga memainkan peranan penting dalam
industri hiburan namun saya punya pendirian sendiri yang tidak mahu mengikut
arahan memakai apa yang saya tidak suka," katanya...copy paste
dari sumber ..cari sendiri =)
Statement
di atas adalah copy paste dari akbhar semasa dari seorang artis wanita muda
awal 20an. Saya pasti tindakbalas balas setiap orang dengan pernyataan ini
berbeza antara individu. ada pandangan akan melabel dia tidak tahu agama, hukum
menutup aurat dan sebagainya. Manakala ada juga yang bersetuju dengan
pendiriannya. Sejajar dengan pandangan orientalis barat manusia itu bebas
menentukan apa kemahuan dan kesukaannya selama ia tidak melibatkan jenayah
bunuh rompak dan yang seerti dengannya.
Mengambil
manhaj Rasullullah SAW dengan sikap husnudzan yakni bersangka baik di tempat
pertama, saya kira ini bukan kerana dia memang menolak apa yg di syariat oleh
agama itu sendiri sebaliknya ia lebih kepada cetek dan jauh dari intipati Islam
itu sendiri. Minda dan pemahaman terhadap kehidupan sebenar hamba Allah itu
sendiri ramai yang masih samar didalam terang, sesat dalam cahaya depan mata.
Andai diaju soalan berdosakah membuka aurat? Saya yakin hampir kebanyakan
masyarakat melayu islam dalam IC akan tahu jawapannya. Jarang-jarang yang tidak
tahu melainkan dia adalah orang yang duduk di satu kawasan yang jauh dari
maklumat dan sumber agama.
Lantas
bagaimana bahana seperti ini boleh terjadi jika jawapan kepada perbuatannya
sudah jelas. Saya bertanya pula bagaimana pula orang mencuri di bulan puasa,
tidak tahukah ianya dosa, dilakukan dalam bulan yang mulia..
Jauh Dari Agama
Umat
Islam kini semakin jauh dari prinsip dan nilai Islam sekalipun aktiviti Islam
itu berada sekelilingnya. Di masjid-masjid ada orang mengajar, di televisyen
ada banyak siaran agama, ada siaran radio agama,ada slot agama dalam tv dalam
radio. Di kedai-kedai buku banyak lambakan kitab,buku,majalah agama. Di
sekeliling ada orang bercakap pasal agama,di facebook, twitter banyak manusia
dengan entry post keagamaan.
Tapi sejauh manakah ini menjamin nilai dan roh
Islam itu tetap melekap dan kejap dalam hati manusia?..
Jika
diteliti, saudara-saudari seagama kita ini mereka perlu kita doakan semoga
Allah memberi kebaikan agama dalam hatinya yang akan member kesan kepada orang
sekeliling. Allah telah memilih kita dengan menerima kurniaannya dilahirkan
sebagai Islam. Ini adalah satu kebaikan yang wajib disyukuri kerana bezanya
seorang kafir apabila matinya nanti akan dihumban ke neraka selama-lamanya.
Jangan
kita melabelkan mereka,itu bukan kerja kita..boleh sesaat sebelum ajal mereka
bertaubat dan kita pula kufur.
Daripada
Mu'az bin Jabal, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang
menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan
mati sebelum melakukan dosa tersebut," (Hadis Riwayat Al-Tirmidzi)
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي
العظيم
Semoga Allah mengampuni saya sebarang kelemahan dalam tulisan ini.
TPM-the poor man
3:05pm
29/9/2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan