Dalam Islam bila
bercakap soal mawaddah(kasih sayang) kita akan melihat ia terbentuk dari dua
rangkaian
1-Hubungan
Dengan Allah
2-Hubungan
dengan makhluk
·
Hubungan dengan Allah ini
menghasilkan kasih sayang apabila dia meletakkan kasih sayangnya pada makhluk
kerana Allah.
·
Anak yg kasih pada ibu
bapa,berlaku ihsan pada ibu bapa.
·
Jiran mengasihi jirannya
sebagai orang yg paling dekat dengan rumahnya selepas saudara kandungnya
·
Pemerintah sayang pada
rakyat kerana amanahnya diterima dari Allah.
·
Suami sayang pada isteri
kerana amanah dari Allah.
Tapi mawaddah
yang benar benar meraih mawaddah Allah harus disulam dengan pimpinan agama
syariat. Kasih sayang anak dibina dengan belaian,dengan fokus atau tumpuan atau
perhatian,nasihat yang penuh perhatian. Bila anak-anak bercakap dengan kita kebanyakan kurang berusaha memberi
perhatian,mereka cerita pasal sekolah,pasal rakan. Sebenarnya mereka menuntut
hak mereka. Hak diberi perhatian pada mereka. Tapi kebanyakan parents mendengar
sambil lewa kononnya kita memikirkan perkara lebih dari itu.Urusan syarikat
urusan rumah urusan itu ini..
Sejauh mana
relevan pepatah
Sayangkan
isteri tingal- tingalkan
Sayangkan
anak tangan-tangankan
Pepatah ini kita
teliti dan fahami terhasil melalui menurut kesesuain zaman dahulu,orang tua kita...pada
masa itu suami keluar mencari rezeki kerana memenuhi tanggungjawabnya
memberinafkah pada keluarga. Ini yang terhasil ‘tinggal-tinggalkan.
Dalam islam
Islam ibu-bapa diberi izin merotan anak-anak, tetaapi dengan tujuan dan maksud memberi
didikan, bukan mencederakan,merencatkan dan melemahkan mereka maka mesti dengan
had yang Islam izinkan dengan prasyaratnya.
Ringkasnya
pepatah ini relevan dan besar maksudnya jika difahami sebaik mungkin dengan
pimpinan syariat yang benar. Kalau tidak semua suami sibuk tinggalkan keluarga
cari harta, outstation sana sini sampai hilang tumpuan dan waktu berkualiti
pada keluarga, tiada ruang member tarbiyah kepada anak anak sendiri kerana
orang yang paling dekat ialah ibu bapa.
Perhatian
Allah vs Perhatian Manusia
Barangkali kita
terlepas pandang konsep kita sebagai hamba Allah ialah meraih kasih Allah taala
yang paling utama sebelum kita sibuk
menilik untuk mendapat perhatian kasih sayang manusia.Inilah yang sebenar
perjalanan seorang hamba yang mengangkat Islam sebagai cara hidupnya. Selari
dengan firman Allah
Dan (ingatlah)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat
51:56)
Kedudukan
sebenar orang mukmin itu bukan menanti orang lain memberi kebaikan pada
kita,menyanyagi kita dahulu tetapi kita
sendiri perlu bersikap terburu-buru meraih kasih sayang Allah dan berlaku ihsan
sesama makhluk dengan kasih dan sayang hanya kerana jalan Allah taala.Maka
dengan izin Allah seisi dunia akan kasih pada kita.
Rakan
kasih pada kita
Musuh
menghormati kita
Bertemu kerana
Allah berpisah kerana Allah-tersebut seperti riwayat sahih Hadis Nabi
SAW.berpisah itu kerana menunaikan tanggungjawab masing, bukan kerana
memutuskan silaturahim.
Manakala
berpisah dari orang yg memudaratkan kita adalah bertujuan kita menjaga diri dan
berhati supaya
kita tidak
membiakkan rasa benci yg tidak patut ada pada jiwa mukmin.
Lebih kurang
begini seperti apa yg tertulis dalam Ihya Ulumuddin;
1-Balaslah kebaikan
dengan kebaikan
Balaslah
keburukan dengan kebaikan
2-Doakan
kebaikan orang yang hasad dengan kita
3-Dalam sakit yg
perit kita masih lagi berakhlak kasih sayang dan memberi kebaikan pada orang,
menjaga kalam
kita tanpa dipengaruhi oleh sakit kita.
Sebarkan kasih
sayang pada anak-anak sewajarnya,moga-moga dia juga akan melimpah ruah kasih sayangnya
pada makhluk lain.
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي
العظيم
Semoga Allah ampunkan dosa saya
TPM-the poor man
Tiada ulasan:
Catat Ulasan