Oleh Dr Abdul Basit
Ramai yang bertanya tentang hukum bawa, sentuh anak-anak ketika solat.. pergi masjid pula orang masjid sibuk budak dok dalam saf orang tua, dibiarkan anak di belakang bising pula dengan gurauan atau kena usik oleh kawan dll… semoga kuliah yg membincang 5 tajuk ini ada jawapan yang anda cari.. Dalam Kuliah ini dibincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kanak-kanak;
1. Air liur / Muntah.
2. Air Kencing.
3. Khitan.
4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.
HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.
Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.
Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu:
Pertama; Anak Yang Belum Berkhitan.
Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh memutuskan saf solat jamaah.
Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang “Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.
Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.
Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf yang berlainan.
Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.
Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang. Namun, elok diasingkan saf kanak-kanak yang belum berkhitan dengan saf orang dewasa.
Kedua; Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.
Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.
Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.
Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:
“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA” . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].
Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-
a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
“فرع: ما لبسه المصلي يجب أن يكون طاهرا
وأن لا يلاقي شيئا تحرك بحركته في قيامه وقعوده أو لم يتحرك بعض أطرافه
كذنابة العمامة، فلو أصاب طرف العمامة الذي لا يتحرك أرضا نجسة بطلت صلاته،
ولو قبض طرف حبل أو ثوب أو شده في يده أو رجله أو وسطه وطرفه الآخر نجس أو
متصل بالنجاسة فثلاثة أوجه: أصحها تبطل صلاته، والثاني لا تبطل، والثالث
إن كان الطرف نجسا أو متصلا بعين النجاسة بأن كان في عنق كلب بطلت. وإن كان
متصلا بطاهر، وذلك الطاهر متصلا بنجاسة، بأن شد في ساجور أو خرقة وهما في
عنق كلب، أو شده في عنق حمار عليه حمل نجس، لم تبطل “.
Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung
kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai: “Haamil
limuttasil binajastin”) sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat
belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang
duduk tasyahhud akhir. [Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr].
مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج:ز
Tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk kepada satu peristiwa:
Ketika para sahabat sedang bersolat bersama Nabi saw dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat Baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat menanggalkan seliparnya (kerana menyangka ia adalah satu perbuatan yang mesti diikuti).
Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka: “Kenapakah kamu semua menanggalkan selipar kamu?” Para sahabat menjawab: “Kerana kami melihat tuan melakukannya.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Telah datang kepadaku malaikat Jibril as lalu memberitahu bahawa pada seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu).” [HR Abu Daud: 650. Sahih menurut Albani.]
Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176]
Pandangan ulama’ semasa:
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-’As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.
Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.
Dalil menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah saw, kanak-kanak dibawa ke masjid. Satu hadis riwayat meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [HR Bukhari dan Muslim].
Bila kanak-kanak turut sama solat, susunannya menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:
Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].
Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.
[Lihat huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293]:
“Sunat meletakkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar melakukan solat”.
Penjelasan daripada Mughni al-Muhtaj:
مغني المحتاج: “(وَيَقِفُ) إذَا اجْتَمَعَ
الرِّجَالُ وَغَيْرُهُمْ (خَلْفَهُ الرِّجَالُ) أَيْ خَلْفَ الإِمَامِ
لِفَضْلِهِمْ (ثُمَّ الصِّبْيَانُ) لأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِ الرِّجَالِ،
ثُمَّ الْخَنَاثَى، كَمَا فِي التَّنْبِيهِ لاحْتِمَالِ ذُكُورَتِهِمْ
(ثُمَّ النِّسَاءُ) لِتَحَقُّقِ أُنُوثَتِهِمْ .
Maksudnya: “Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila
jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka
jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang
baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….
Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.
Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.
Kecuali dibelakang imam, maka hendaklah diduduki oleh orang yang baligh (uli Al-Ahlam) dan cerdik /berilmu (An-Nuha), bukan kanak-kanak dan juga orang dewasan yang tidak berilmu, kerana orang yang berada di tempat tersebut ialah orang yang akan menegur atau mengganti imam apabila ada sesuatu yang tidak sempurna sebagaima kisah Qais bin ‘Ubad dengan Ubai bin Ka’ab ra;
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h.
beliau berkata:
Daripada hadis ini beberapa pengajaran yang boleh didapati:
1- Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat (fardu) menunjukkan tiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.
2- Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak membatalkan solat seseorang seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal.
3- Pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat seseorang.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.h. beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas) dan seorang anak yatim mengikutnya bersolat dibelakang Baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami”. [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ibnu Abbas r.h. pula meriwayatkan:
Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya.
Hadis yang pertama, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi saw, sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat di sebelah Nabi s.a.w.
Maka ini juga menunjukkan tidak ada saf yang khas untuk kanak-kanak.
Jika tiada dalil khusus yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhitan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.
Kanak-kanak ke Masjid:
قال الشوكاني: نيل الأوطار: (وَعَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ: كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
الْعِشَاءَ ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى
ظَهْرِهِ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ أَخَذَهُمَا مِنْ خَلْفِهِ أَخْذًا
رَفِيقًا وَوَضَعَهُمَا عَلَى الأَرْضِ، فَإِذَا عَادَ عَادَا حَتَّى قَضَى
صَلاتَهُ، ثُمَّ أَقْعَدَ أَحَدَهُمَا عَلَى فَخِذَيْهِ، قَالَ : فَقُمْت
إلَيْهِ، فَقُلْت : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرُدُّهُمَا فَبَرَقَتْ بَرْقَةٌ،
فَقَالَ لَهُمَا: الْحَقَا بِأُمِّكُمَا فَمَكَثَ ضَوْؤُهَا حَتَّى
دَخَلا} رَوَاهُ أَحْمَدُ.
PENUTUP:
Alhamdulillah, Islam adalah agama yang sempurna, hukumnya didatangkan dengan asas keringanan dan kemudahan. Perundangannya lengkap dan syumul untuk semua peringkat manusia, lelaki-wanita, tua-muda, dewasa atau kanan-kanak, sihat atau sakit serta hidup dan juga mati.
Bagi penuntut ilmu, mestilah sentiasa dahaga mencari dan menambah ilmu pengetahuan, dengan mengorek serta mengkaji pandangan ulama’ dahulu dan sekarang serta menerimanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Akhukum, Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian. www.pondoksgdurian.com
Jumaat, 16 Julai 2010/ 4 Sya’ban 1431H.
www.abuanasmadani.com
www.dartaibah.com
Ramai yang bertanya tentang hukum bawa, sentuh anak-anak ketika solat.. pergi masjid pula orang masjid sibuk budak dok dalam saf orang tua, dibiarkan anak di belakang bising pula dengan gurauan atau kena usik oleh kawan dll… semoga kuliah yg membincang 5 tajuk ini ada jawapan yang anda cari.. Dalam Kuliah ini dibincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kanak-kanak;
1. Air liur / Muntah.
2. Air Kencing.
3. Khitan.
4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.
HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.
Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.
Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu:
Pertama; Anak Yang Belum Berkhitan.
Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh memutuskan saf solat jamaah.
Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang “Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.
Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.
Mungkin akan dibahaskan bahawa orang Arab adabnya mengkhitankan anak ketika masih bayi, tetapi ditempat kita anak-anak kebiasaannya akan berkhitan apabila habis sekolah rendah. Apakah ia menjadi kotor kerana kulup/najis yang terdapat pada anak itu?Demikian juga hadis ini:
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula”.
Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf yang berlainan.
Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.
Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang. Namun, elok diasingkan saf kanak-kanak yang belum berkhitan dengan saf orang dewasa.
Kedua; Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.
Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.
Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.
Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:
“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA” . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].
Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-
a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
“فرع: ما لبسه المصلي يجب أن يكون طاهرا
وأن لا يلاقي شيئا تحرك بحركته في قيامه وقعوده أو لم يتحرك بعض أطرافه
كذنابة العمامة، فلو أصاب طرف العمامة الذي لا يتحرك أرضا نجسة بطلت صلاته،
ولو قبض طرف حبل أو ثوب أو شده في يده أو رجله أو وسطه وطرفه الآخر نجس أو
متصل بالنجاسة فثلاثة أوجه: أصحها تبطل صلاته، والثاني لا تبطل، والثالث
إن كان الطرف نجسا أو متصلا بعين النجاسة بأن كان في عنق كلب بطلت. وإن كان
متصلا بطاهر، وذلك الطاهر متصلا بنجاسة، بأن شد في ساجور أو خرقة وهما في
عنق كلب، أو شده في عنق حمار عليه حمل نجس، لم تبطل “.
المجموع: واتفقت طرق جميع الاصحاب علي انه لو جعل طرف الحبل تحت رجله صحت صلاته في جميع الصور.
Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung
kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai: “Haamil
limuttasil binajastin”) sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat
belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang
duduk tasyahhud akhir. [Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr].
مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج:ز
“وَلا قَابِضٍ طَرَفَ شَيْءٍ عَلَى نَجَسٍ إنْ تَحَرَّكَ، وَكَذَا إنْ لَمْ يَتَحَرَّكْ فِي الأَصَحِّ”
الشَّرْحُ: (وَلا) تَصِحُّ صَلاةُ نَحْوِ ( قَابِضٍ ) كَشَادٍّ بِنَحْوِ
يَدِهِ ( طَرَفَ شَيْءٍ ) كَحَبْلٍ طَرَفُهُ الآخَرُ نَجَسٌ أَوْ مَوْضُوعٌ
(عَلَى نَجَسٍ إنْ تَحَرَّكَ) مَا ذُكِرَ بِحَرَكَتِهِ ( وَكَذَا إنْ لَمْ
يَتَحَرَّكْ ) بِهَا ( فِي الأَصَحِّ ) لأَنَّهُ حَامِلٌ لِمُتَّصِلٍ
بِنَجَاسَةٍ فِي الْمَسَائِلِ الْمَذْكُورَةِ، فَكَأَنَّهُ حَامِلٌ لَهَا،
وَالثَّانِي تَصِحُّ؛ لأَنَّ الطَّرَفَ الْمُلاقِيَ لِلنَّجَاسَةِ لَيْسَ
مَحْمُولا لَهُ، وَلَوْ كَانَ طَرَفُ الْحَبْلِ مُلْقًى عَلَى سَاجُورِ
نَحْوِ كَلْبٍ، وَهُوَ مَا يُجْعَلُ فِي عُنُقِهِ أَوْ مَشْدُودًا
بِدَابَّةٍ أَوْ بِسَفِينَةٍ صَغِيرَةٍ بِحَيْثُ تَنْجَرُّ بِجَرِّ
الْحَبْلِ أَوْ قَابِضِهِ يَحْمِلَانِ نَجَسًا أَوْ مُتَّصِلا بِهِ لَمْ
تَصِحَّ صَلاتُهُ عَلَى الأَصَحِّ فِي الرَّوْضَةِ وَالْمَجْمُوعِ،
بِخِلافِ سَفِينَةٍ كَبِيرَةٍ لا تَتَحَرَّكُ بِجَرِّهِ فَإِنَّهَا
كَالدَّارِ، وَلا فَرْقَ فِي السَّفِينَةِ بَيْنَ أَنْ تَكُونَ فِي
الْبَرِّ أَوْ فِي الْبَحْرِ خِلَافًا لِمَا قَالَهُ الإِسْنَوِيُّ مِنْ
أَنَّهَا إذَا كَانَتْ فِي الْبَرِّ لَمْ تَبْطُلْ قَطْعًا صَغِيرَةً
كَانَتْ أَوْ كَبِيرَةً.
Tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk kepada satu peristiwa:Ketika para sahabat sedang bersolat bersama Nabi saw dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat Baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat menanggalkan seliparnya (kerana menyangka ia adalah satu perbuatan yang mesti diikuti).
Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka: “Kenapakah kamu semua menanggalkan selipar kamu?” Para sahabat menjawab: “Kerana kami melihat tuan melakukannya.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Telah datang kepadaku malaikat Jibril as lalu memberitahu bahawa pada seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu).” [HR Abu Daud: 650. Sahih menurut Albani.]
Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176]
Pandangan ulama’ semasa:
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-’As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.
Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.
المجموع: قال المصنف رحمه الله: (وان حمل حيوانا طاهرا في صلاته صحت صلاته؛ لان النبي صلى الله عليه وسلم حمل أمامة بنت أبى العاص في صلاته، ولأن ما في الحيوان من النجاسة في معدن النجاسة فهو كالنجاسة التي في جوف المصلي. وان حمل قارورة فيها نجاسة وقد سد رأسها ففيها وجهان: أحدهما يجوز لان النجاسة لا تخرج منها فهو كما لو حمل حيوانا طاهرا والمذهب انه لا يجوز لانه حمل نجاسة غير معفو عنها في غير معدنها فاشبه إذا حمل النجاسة في كمه). (الشرح) * حديث أمامة رواه البخاري ومسلم وهى أمامة بنت زينب بنت رسول الله r. واسم أبي العاص مِهْشَم بكسر الميم واسكان الهاء وفتح الشين المعجمة. وقيل: لقيط، وقيل: ياسر، وقيل: القاسم بن الربيع بن عبد العزي بن عبد مناف القرشية. كان النبي r يحبها، تزوجها على بن أبى طالب بعد وفاة فاطمة. وكانت فاطمة أوصته بذلك رضى الله عنهم (أما) حكم المسألة فإذا حمل حيوانا طاهرا لا نجاسة على ظاهره في صلاته صحت صلاته بلا خلاف). المجموع 3/142.
SUSUNAN SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAKDalil menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah saw, kanak-kanak dibawa ke masjid. Satu hadis riwayat meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [HR Bukhari dan Muslim].
Bila kanak-kanak turut sama solat, susunannya menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:
Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari:عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الأَسْوَاقِ)) رواه الترمذي.
Maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bangar seperti pasar”. [HR: At-Tirmizi].
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم (أَنَّهُ كَانَ يُسَوِّي بَيْنَ الأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي الْقِرَاءَةِ وَالْقِيَامِ، وَيَجْعَلُ الرَّكْعَةَ الأُولَى هِيَ أَطْوَلُهُنَّ لِكَيْ يَثُوبَ النَّاسُ، وَيَجْعَلُ الرِّجَالَ قُدَّامَ الْغِلْمَانِ، وَالْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ، وَالنِّسَاءَ خَلْفَ الْغِلْمَانِ)) [مسند أحمد، حديث ضعيف]ز
“Adalah Rasulullah SAW mengatur saf
dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki
dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”. [HR: Ahmad].
Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak bahawa
hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di
belakang lelaki dewasa dan di hadapan
saf perempuan.Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].
Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.
[Lihat huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293]:
المجموع -: إذا حضر إمام ومامومان تقدم الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة. والصحيح الاول؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: ليلني منكم اولوا الاحلام والنهى ثم الذين يلونهم”.
Namun, ada juga pandangan (satu wajah dalam mazhab) yang dinukilkan oleh beberapa orang ulama’ besar mazhab Syafie seperti; Sheikh Abu Hamid, Al-Bandaniji, Al-Qadhi Abu Al-Tayyib, Sahib al-Mustazhiri dan Al-‘Imrani (Sahib Al-Bayan) dan lain-lain:“Sunat meletakkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar melakukan solat”.
Penjelasan daripada Mughni al-Muhtaj:
مغني المحتاج: “(وَيَقِفُ) إذَا اجْتَمَعَ
الرِّجَالُ وَغَيْرُهُمْ (خَلْفَهُ الرِّجَالُ) أَيْ خَلْفَ الإِمَامِ
لِفَضْلِهِمْ (ثُمَّ الصِّبْيَانُ) لأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِ الرِّجَالِ،
ثُمَّ الْخَنَاثَى، كَمَا فِي التَّنْبِيهِ لاحْتِمَالِ ذُكُورَتِهِمْ
(ثُمَّ النِّسَاءُ) لِتَحَقُّقِ أُنُوثَتِهِمْ .
وَالأَصْلُ فِي ذَلِكَ خَبَرُ: { لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ
وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثَلاثًا } رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
وَمَحَلُّ مَا ذَكَرَ مَا إذَا حَضَرَ الْجَمِيعُ دُفْعَةً وَاحِدَةً،
فَلَوْ سَبَقَ الصِّبْيَانُ بِالْحُضُورِ لَمْ يُؤَخَّرُوا لِلرِّجَالِ
اللاحِقِينَ، كَمَا لَوْ سَبَقُوا إلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ؛ فَإِنَّهُمْ
أَحَقُّ بِهِ عَلَى الصَّحِيحِ، نَقَلَهُ فِي الْكِفَايَةِ عَنْ الْقَاضِي
حُسَيْنٍ وَغَيْرِهِ وَأَقَرَّهُ؛ لأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِهِمْ، بِخِلافِ
الْخَنَاثَى وَالنِّسَاءِ، وَإِنَّمَا تُؤَخَّرُ الصِّبْيَانُ عَنْ
الرِّجَالِ كَمَا قَالَ الأَذْرَعِيُّ إذَا لَمْ يَسَعْهُمْ صَفُّ
الرِّجَالِ وَإِلا كُمِّلَ بِهِمْ.
وَقِيلَ: إنْ كَانَ الصِّبْيَانُ أَفْضَلَ مِنْ الرِّجَالِ كَأَنْ كَانُوا فَسَقَةً، وَالصِّبْيَانُ صُلَحَاءُ قُدِّمُوا عَلَيْهِمْ.
Maksudnya: “Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila
jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka
jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang
baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.
Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.
Kecuali dibelakang imam, maka hendaklah diduduki oleh orang yang baligh (uli Al-Ahlam) dan cerdik /berilmu (An-Nuha), bukan kanak-kanak dan juga orang dewasan yang tidak berilmu, kerana orang yang berada di tempat tersebut ialah orang yang akan menegur atau mengganti imam apabila ada sesuatu yang tidak sempurna sebagaima kisah Qais bin ‘Ubad dengan Ubai bin Ka’ab ra;
عَنْ قَيْسِ بنِ عُبَادٍ قَالَ: بَيْنَا أَنَا فِي الْمَسْجِدِ فِي الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ فَجَبَذَنِي رَجُلٌ مِنْ خَلْفِي جَبْذَةً فَنَحَّانِي وَقَامَ مَقَامِي، فَوَاللهِ مَا عَقَلْتُ صَلاتِي، فَلَمَّا انْصَرَفَ فَإِذَا هُوَ أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، فَقَالَ: يَا فَتَى لا يَسُؤْكَ اللهُ إِنَّ هَذَا عَهْدٌ مِنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَيْنَا أَنْ نَلِيَهُ)). رواه النسائي.
Perbincangan:Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h.
beliau berkata:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”.Daripada hadis ini beberapa pengajaran yang boleh didapati:
1- Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat (fardu) menunjukkan tiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.
2- Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak membatalkan solat seseorang seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal.
3- Pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat seseorang.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.h. beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas) dan seorang anak yatim mengikutnya bersolat dibelakang Baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami”. [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ibnu Abbas r.h. pula meriwayatkan:
صحيح البخاري – عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا فَصَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعِشَاءَ ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ ثُمَّ قَالَ نَامَ الْغُلَيِّمُ أَوْ كَلِمَةً تُشْبِهُهَا ثُمَّ قَامَ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى خَمْسَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ نَامَ حَتَّى سَمِعْتُ غَطِيطَهُ أَوْ خَطِيطَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ.
Maksudnya: “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, Ummul Mukiminin Maimunah binti Harith, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya”. [HR al-Bukhari: no. 726].Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya.
Hadis yang pertama, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi saw, sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat di sebelah Nabi s.a.w.
Maka ini juga menunjukkan tidak ada saf yang khas untuk kanak-kanak.
Jika tiada dalil khusus yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhitan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.
Kanak-kanak ke Masjid:
قال الشوكاني: نيل الأوطار: (وَعَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ: كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
الْعِشَاءَ ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى
ظَهْرِهِ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ أَخَذَهُمَا مِنْ خَلْفِهِ أَخْذًا
رَفِيقًا وَوَضَعَهُمَا عَلَى الأَرْضِ، فَإِذَا عَادَ عَادَا حَتَّى قَضَى
صَلاتَهُ، ثُمَّ أَقْعَدَ أَحَدَهُمَا عَلَى فَخِذَيْهِ، قَالَ : فَقُمْت
إلَيْهِ، فَقُلْت : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرُدُّهُمَا فَبَرَقَتْ بَرْقَةٌ،
فَقَالَ لَهُمَا: الْحَقَا بِأُمِّكُمَا فَمَكَثَ ضَوْؤُهَا حَتَّى
دَخَلا} رَوَاهُ أَحْمَدُ.
وَهُوَ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ مِثْلَ هَذَا الْفِعْلِ الَّذِي وَقَعَ مِنْهُ
صلى الله عليه وسلم غَيْرُ مُفْسِدٍ لِلصَّلاةِ. وَفِيهِ التَّصْرِيحُ
بِأَنَّ ذَلِكَ كَانَ فِي الْفَرِيضَةِ، وَقَدْ تَقَدَّمَ الْكَلامُ فِي
شَرْحِ الْحَدِيثِ الَّذِي قَبْلَ هَذَا. وَفِيهِ جَوَازُ إدْخَالِ
الصِّبْيَانِ الْمَسَاجِدَ.
وَقَدْ أَخْرَجَ الطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: {جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ
صِبْيَانَكُمْ وَخُصُومَاتِكُمْ وَحُدُودَكُمْ وَشِرَاءَكُمْ وَبَيْعَكُمْ
وَجَمِّرُوهَا يَوْمَ جُمَعِكُمْ وَاجْعَلُوا عَلَى أَبْوَابِهَا
مَطَاهِرَكُمْ} وَلَكِنَّ الرَّاوِيَ لَهُ عَنْ مُعَاذٍ مَكْحُولٌ وَهُوَ
لَمْ يَسْمَعْ مِنْهُ، وَأَخْرَجَ ابْنُ مَاجَهْ مِنْ حَدِيثِ وَاثِلَةَ
بْنِ الأَسْقَعِ (أَنَّ النَّبِيَّ r قَالَ: ((جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ
صِبْيَانَكُمْ وَمَجَانِينَكُمْ)) [رواه ابن ماجه، قال الحافظ: حديث (ضعيف)
وَفِي إسْنَادِهِ الْحَارِثُ بْنُ شِهَابٍ وَهُوَ ضَعِيفٌ. وَقَدْ عَارَضَ
هَذَيْنِ الْحَدِيثَيْنِ الضَّعِيفِينَ حَدِيثُ أُمَامَةَ الْمُتَقَدِّمُ
وَهُوَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .
وَحَدِيثُ الْبَابِ وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: {إنِّي لأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ وَأَنَا فِي الصَّلاةِ
فَأُخَفِّفُ، مَخَافَةَ أَنْ تُفْتَتَنَ أُمُّهُ} وَهُوَ مُتَّفَقٌ
عَلَيْهِ، فَيُجْمَعُ بَيْنَ الأَحَادِيثِ بِحَمْلِ الأَمْرِ
بِالتَّجْنِيبِ عَلَى النَّدْبِ، كَمَا قَالَ الْعِرَاقِيُّ فِي شَرْحِ
التِّرْمِذِيِّ، أَوْ بِأَنَّهَا تُنَزَّهُ الْمَسَاجِدُ عَمَّنْ لا
يُؤْمَنُ حَدَثُهُ فِيهَا.أهـ
PENUTUP:Alhamdulillah, Islam adalah agama yang sempurna, hukumnya didatangkan dengan asas keringanan dan kemudahan. Perundangannya lengkap dan syumul untuk semua peringkat manusia, lelaki-wanita, tua-muda, dewasa atau kanan-kanak, sihat atau sakit serta hidup dan juga mati.
Bagi penuntut ilmu, mestilah sentiasa dahaga mencari dan menambah ilmu pengetahuan, dengan mengorek serta mengkaji pandangan ulama’ dahulu dan sekarang serta menerimanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka.
اللهم انفعني بما علمتني، وعلمني ما ينفعني، وزدني علماً، الحمد لله على كل حال، وأعوذ بالله من حال أهل النار.
Akhirnya apa yang baik itu dari Allah SWT, apa yang tidak baik itu dari kelemahan diri saya sendiri.Akhukum, Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian. www.pondoksgdurian.com
Jumaat, 16 Julai 2010/ 4 Sya’ban 1431H.
www.abuanasmadani.com
www.dartaibah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan