Seorangbekas kekasih yang 6~7 tahun terputus contact
yang disengajakan suatu hari menerjah inbox sms Abdullah. Dulu Abdullah agak
nakal,asyik nak bercintan cintun tapi putus jer sebelum Allah temukan Abdullah
dengan hakikat cinta yang paling utama bagi khalifahNya bernama hamba hanya
kepada Rabbu Jalil.
Berbalik
kepada cerita asal, sms dari nombor yang tidak diketahui,tiada dalam phone book
dan entah dari mana penghantar sms tu dapat nombor Abdullah,(sms ini disunting
bahasa dan isi tanpa lari dari konteks asal)
‘salam..selamat
menyambut syawal’-inbox mesej Abdullah..sape punya nombor pulak ni.. Abdullah call
tak dijawabnya, Abdullah reply dan cuba selidik…antara mesej-mesej berbalas
‘malam tadi
saya mimpi awak,tu saya text awak..rasanya awak dah tahu saya..harap kita masih
boleh berkawan lagi..teringin nak jumpa isteri dan awak..’
‘awak
jangan marah kalau saya da beritahu siapa saya dan janji awak kena call saya!’
‘ yela
nanti saya call’ Abdullah membalas
<Didedahkan
indentiti>
‘o
awak..saya tak marah..tapi saya juga TAK berkawan dengan perempuan cara macam
ni,dan tak nampak kebaikan pada agama,sorang suami dan awak isteri orang. Tak
sepatunya buat macam ni.suda punya suami anak,tumpu pada rumahtangga je..yg
dulu suda lepas yg sekarang kita perbaiki.alasan sekadar kawan rasa tidak
menghalalkan cara.maaf la sy mungkir janji call awak lepas tahu siapa awk,Cuma
nak tahu siapa jer..saya mungkir janji pada perkara yg boleh kea rah rosaknya
agama..apa pun semoga awak buat terbaik untuk diri semdiri dan keluarga..hidup
ini sementara 1 saat lepas ni pun tak tahu hidup lagi..’
‘kalau awak
kata saya kolot,tak apala sebab ini yang saya pegang dan saya sekarang.tolong
maafkan salah saya dulu pada awak,semoga Allah bimbing hati-hati kita pada
jalan yg benar..terima kasih’
<Kemudian
perempuan itu membalas>
‘awak da
salah faham saya tak seperti apa yang awak fikir, kalau awak cakap macam ni
seolah-olah awak tak berhak kawan mana-mana perempuan dengan alasan dah
berkahwin..just a friend tak lebih..suami saya seorang jemaah tabligh dan saya
tahu adab menjaga pergaulan saya. Awak patut perbetulkan idea pemikiran awak’
< Abdullah
tersenyum membaca, inilah sikap kebanyakan kita bersandar dengan akal rasional
tanpa dipandu wahyu,tanpa mengali ilmu dan adab dari Al-Quran dan As-Sunnah>
‘Maaflah
saya rasa apa yang menghalalkan kita untuk berkawan dengan cara ini kalau saya
tak Nampak kebaikanyang mengatasi kerosakan yang banyak..saya harap awak kaji
dan pelajari adab dan pergaulan,banyak buku-buku dijual. Elak pada perkara yang
samar itu hampir kepada takwa’
<Dan
mesej akhir Abdullah hantar penutup bicara yang boleh membuka bibit fitnah pada
agama>
‘saya
hairan ramai menjadikan alasan’ just a friend’ . bagi saya kita kena rujuk
ulama,bukan bergantung pada hujah akal fikiran semata. Mungkin berkawan ada
kebaikan saya dan awak tapi dengan cara begini,ia jauh dari batasan agama pada
konteks keperluan dan fitnah agama lebih banyak.. awak boleh rujuk pandangan
seperti Dr Yusuf Qardhawi dan Ustazah Fatimah syarha..Maaf jika ada terkasar
bahasa..sekian terima kasih’.
<Inbox
mesej deleted>
Agama
menyaran kita berukhuwah pada jalan yang benar yakni berlandas batas-batas
syariat dalam keadaan yang tidak melibatkan unsur-unsur membawa kepada maksiat.
Disini komunikasi melaui TALIAN TELEFONatau SMS samada lelaki bujang,lelaki berkahwin,duda
dengan perempuan bujang,berkahwin atau janda mengundang fitnah yang lebih besar
dari kebaikan berukhuwah..persoalan paling utama kita wajib bertanya
1)apakah
tujuan dan cara ini dibenarkan pada sisi syariat?
2)apakah
kebaikan yang datang hasil dari cara ini?
3)apakah
maksiat hati bole terjadi dan kesannya?
4)Sejauh
mana baiknya ukhuwah ini pada agama saya?
Haram
apabila lelaki berasa seronok mendengar suara perempuan yang halal nikah
sehingga jadi asyik,membayang wajahnya,sampai (segelintir)berasa yang
bukan-bukan semua ini adalah maksiat yang menjadi lorong-lorong kepada haram
yang lebih besar. Berbicara perkara yang tidak perlu , tidak penting,malahan
perkara –perkara luar adab seorang muslim adalah suatu fitnah yang menjauhkan
hati dari Allah dan agama. Nafsu tidak bebas kepada sesiapapun sekalipun
golongan agama dan pendakwah.. anda tabligh, asatizah, imam, muftiatau penceramah agama…nafsu wajib dididik
mengikut aturan agama bukan aturan hati dan syahwat.
Bagi hawa,
kelebihan suara mereka Allah perelokkan dan lunakkan berguna pada memujuk hati
suami, melunakkan jiwa anak-anak bukan untuk meliuk lentok suara kepada
sebarangan lelaki. Jika semulajadi lemah manja suaranya maka peliharalah dirimu
dari bercakap yang tidak perlu pada ajnabi. Berhati-hati itu hampir kepada
takwa.
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi
peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan
(melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya
beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (
kandngan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)
Saya ambil sedikit copy paste artikel Al-Fadhil Ustaz Dr
Zaharuddin.
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada
lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang
mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang
mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami’
Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin,
Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu’, Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan
dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak
lelaki secara Ijma’. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur
, 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Fahami
betul-betul “Tidak menjadi kesalahan BERKAWAN dengan rakan kerja,rakan
sekolah,atau sesiapa. Tetapi salahnya CARA BERKAWAN itu tidak kena pada tempat
dan keperluannya”. Pergaulan dan adab antara lelaki perempuan itu dibatasi dan
dikawal dengan agama dan iman bukan pada nafsu dan akal.
Antara
gejala buruk yang berlaku dalam bidang ilmu agama adalah kemunculan
golongan yang mengaku lebih memahami manhaj salaf berbanding para ulama'
sebelum mereka yang mereka gelar sebagai "khalaf". Untuk menjadikan
diri mereka berhak mengetahui siapa sebenarnya salaf dan apa sebenarnya
manhaj salaf, maka mereka menamakan diri mereka sebagai "salafi", iaitu
orang yang mengikut jejak salaf.
Kejahilan Terhadap Istilah
Golongan
intelektual separuh matang yang muncul dalam lapangan intelektual Islam
terpaksa mewujudkan terminologi-terminologi (mustalahat) baru untuk
mengabui golongan yang lebih jahil daripada mereka. Lalu, mereka
menggunakan istilah tertentu yang diberi takrif baru yang menyalahi
penggunaannya yang asal untuk mendominasi dan memonopoli istilah
tersebut.
Maka, wujudlah
terminologi seperti "salafi", "khalafi" dan sebagainya yang mana sebelum
ini, para ulama' hanya menggunakan istilah khalaf dan salaf sahaja.
Salafi di sisi golongan (baharu) ini adalah: "orang yang mengikut manhaj salaf".
Khalafi di sisi golongan (baharu) ini adalah: "orang yang tidak mengikut manhaj salaf".
Padahal, istilah salaf dan khalaf yang digunakan oleh para ulama' secara sepakat sebelum kemunculan golongan ini adaah:
Salaf:
Generasi yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah,
atau sehingga kurun kelima hijrah. Paling kuat adalah, sehingga kurun
ketiga hijrah.
Khalaf: Generasi yang hidup setelah kurun ketiga atau kelima hijrah.
Maka,
istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama' tidak pernah
bermaksud suatu perbezaan manhaj, tetapi lebih berbentuk perbezaan
tempoh masa. Sehinggalah muncul golongan yang mengaku sebagai salafi
ini, yang padahal meneruskan semangat Ibn Taimiyyah yang sering mengaku
lebih memahami salaf berbanding ulama'-ulama' lain sebelumnya atau
sezaman dengannya khususnya dari kalangan Asya'irahyang dianggap kurang
memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri sebagai
salafi lalu menamakan selain mereka sebagai khalafi.
Dengan
usaha ini, ia mencetuskan suatu perkembangan di mana golongan ulama'
yang berlainan kefahaman daripada mereka dianggap sebagai tidak mengikut
salaf walaupun para ulama' tersebut adalah majoriti ulama' Islam. Bagi
mereka, tokoh-tokoh yang memahami "salaf" yang sebenar hanyalah beberapa
individu sahaja seperti Sheikh Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Al-Qayyim,
Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan sebagainya.
Sedangkan,
majoriti ulama' lain yang beraliran Asya'irah dan Maturidiyyah dalam
bidang aqidah adalah "khalafi" yang tidak mengikut mazhab dan manhaj
Salaf yang sebenar.
>>Sebagai contoh, muncullah situasi di mana seorang
insan yang mungkin hanya seorang pekerja di sebuah kilang, mengaku lebih
memahami salaf berbanding Hujjatul Islam, Al-Imam, Al-Mujtahid,
Al-Faqih, Al-Usuli Sheikh An-Nizhamiyyah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad
Al-Ghazali yang merupakan mudir kepada sebuah madrasah terbesar di
zaman beliau iaitulah Al-Madrasah An-Nizhamiyyah.
>>Situasi
lain pula muncul seorang insan kerdil yang masih tidak mengenal beza
antara mubtada' dengan khabar, lalu mengaku lebih mengikut Al-Qur'an dan
As-Sunnah dalam masalah aqidah ,berbanding Al-Imam Al-Hafiz
Al-Muhaddith Amirul Mu'minin fi Al-Hadith Ibn Hajar Al-Asqollani,
pensyarah kitab Sahih Al-Bukhari, hanya kerana Imam Ibn Hajar mempunyai
pendirian aqidah manhaj Al-Asy'ari.
>>Situasi
lain pula, muncul seorang insan kerdil yang tidak memahami Al-Qur'an
dan As-Sunnah melainkan dengan merujuk terjemahan semata-mata, mengaku
lebih memahami apa itu sunnah dan apa itu bid'ah berbanding Al-Imam
Al-Mujtahid Al-Mutlaq, Al-Hujjah, Imamul Mazhab, Muhammad bin Idris
As-Syafi'e sehingga boleh menuduh amalan doa qunut pada waktu Subuh yang
diamalkan oleh Imam As-Syafi'e tersebut adalah suatu bid'ah, sedangkan
Imam As-Syafi'e adalah seorang tokoh yang telah menghafal bukan setakat
Al-Qur'an, tetapi juga kitab hadith yang awal dihimpunkan iaitulah kitab
Al-Muwatha' secara keseluruhannya sebelum mencapai umur baligh. Hanya
kerana Imam As-Syafi'e mempunyai ketokohan dalam bidang ilmu agama zaman
salaf sahaja, menyebabkan insan kerdil itu tidak melebel Imam
As-Syafi'e r.a. sebagai ahli bid'ah, dalam masalah qunut ini. Insan
kerdil tersebut mendakwa dia mengikut manhaj tarjih sedangkan para
ulama' bermazhab As-Syafi'e yang mengamalkan qunut, sebagai mengikut
taqlid dan jumud. Na'uzubillah.
Lihatlah
ukuran situasi-situasi ini. Tidak adakah suatu bid'ah lebih besar
daripada bid'ah sebegini? Ungkapan: saya "salafi", bahkan lebih "salafi"
daripada Al-Imam Al-Ghazali (hidup tahun 450 Hijrah dan meninggal dunia
tahun 505 Hijrah), bahkan lebih memahami sunnah dan bid'ah berbanding
Al-Imam As-Syafi'e (150-204 H), seolah-olah berkumandang secara lisan
hal di mana-mana oleh pengikut golongan ini.
Khalaf adalah Penerus Manhaj Salaf
Seseorang
perlu ketahui bahawasanya apa yang dimaksudkan sebagai "Khalaf" adalah
para ulama' yang hidup setelah berlalunya zaman salaf yang meneruskan
manhaj umum para ulama' salaf. Khalaf tidak pernah bererti suatu
golongan ulama' yang berbeza dengan ulama'-ulama' salaf dari sudut
aqidah, manhaj fiqh dan akhlak.
Istilah salaf sendiri bererti:
سَلَفَ يَسْلُفُ سَلَفاً وسُلُوفاً: تقدَّم
Maksudnya: Salaf: Taqaddam iaitu terdahulu. [Lisan Al-'Arab, madah salafa]
Maksudnya: "As-Salaf, As-Salif dan As-Sulfah: Golongan Terdahulu [ibid]
Jadi,
seseorang yang mengaku sebagai "salafi" secara bahasanya bererti orang
yang terdahulu. Sepatutnya sudah tidak hidup lagi kerana dia sepatutnya
digantikan oleh orang yang kemudian. Oleh kerana itulah para ulama'
salaf tidak menyebut diri mereka sebagai "salafi" ketika mereka hidup
kerana para ulama' khalaflah yang memanggil mereka sebagai ulama' salaf
kerana mereka telah berlalu dan mendahului generasi kemudian.
Khalaf
pula bererti generasi yang ditinggalkan setelah generasi terdahulu. Ia
dari perkataan khalafa yang bererti ke belakang atau kemudian.
الخَلْفُ ضدّ قُدّام
Maksudnya: Khalfu adalah lawan bagi Quddam (hadapan) [Lisan Al-'Arab, madah: khalafa]
Seseorang
itu tidak dinamakan sebagai khalaf bagi sesuatu melainkan dia penerus
kepada apa yang dilakukan oleh orang terdahulu. Maka, dinamakan para
ulama' khalaf sebagai khalaf kerana mereka meneruskan apa yang dipegang
oleh ulama' salaf, bukan kerana mereka berbeza dengan salaf. Orang yang
memahami ulama' khalaf berbeza dengan ulama' salaf dari sudut pegangan
dan kefahaman agama yang usul adalah suatu kefahaman batil terhadap
maksud khalaf itu sendiri.
Rasulullah
s.a.w. sendiri memuji generasi khalaf ini yang meneruskan usaha menjaga
kemurnian agama daripada golongan jahil dan batil.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله، ينفون عنه تحريف الغالين، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين
Maksudnya: "Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf (orang yang kemudian)
dari kalangan yang adil daripadanya, yang menafikan tahrif
(penyelewengan) pelampau, kepincangan golongan pembuat kebatilan dan
takwilan orang-orang jahil".
[Hadith diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat (Misykat Al-Mashabih)
dan disambung secara sanadnya kepada sahabat kepada Rasulullah s.a.w.
oleh Al-Imam Al-'Ala'ie. As-Safarini mengatakan ianya sahih dalam kitab
Al-Qaul Al-'Ali m/s: 227]
Ulama' Khalaf adalah "Salaf" (Pengikut Salaf) Pada Generasi Setelah Zaman Salaf
Kita
perlu menyedari hakikat ini, dengan menyusuri sejarah dan lembaran
tulisan ulama' tentang hakikat bahawasanya majoriti ulama' khalaf
sebenarnya adalah penerus manhaj dan kefahaman ulama' salaf dalam bidang
agama. Nama-nama seperti Asya'irah, Maturidiyyah dan sebagainya dalam
bidang aqidah adalah suatu tradisi yang sama seperti nama-nama
Syafi'iyyah, Malikiiyyah, Ahnaf dan Hanabilah dalam bidang fiqh. Ia
tidak lebih daripada himpunan manhaj seragam dan perkembangan kaedah
pendalilan (istidlal) dalam sesuatu bidang ilmu, bukan suatu kelaianan
atau percanggahan daripada apa yang difahami oleh salaf. Hatta mengaku
"Salafi" juga adalah kelainan daripada salaf itu sendiri.
Oleh
sebab itulah, ramai tokoh-tokoh Asya'irah dalam bidang aqidah menulis
kitab-kitab aqidah lalu menisbahkan aqidah mereka kepada as-salaf
as-sholeh. Antaranya adalah:
Al-Imam Al-Hafiz Ahmad bin Al-Husain Al-Baihaqi Al-Asy'ari yang menulis kitab berjudul:
الاعتقاد علي مذهب السلف اهل السنه و الجماعه
(Al-I'tiqad
'ala Mazhab As-Salaf Ahl As-Sunnah wal Jamaah yang bermaksud:
Kepercayaan berteraskan mazhab Salaf ahli sunnah wal jamaah).
Sudah
pasti kitab ini mengandungi perbahasan-perbahasan aqidah secara manhaj
Asya'irah, namun di sisi Al-Imam Al-Baihaqi, ianya tidak lain melainkan
aqidah mazhab Salaf juga. Jadi, Asya'irah juga adalah "Salafiyyah" (jika
ingin digunakan istilah sekarang) pada asalnya, bahkan lebih awal
ke"Salafiyyah"an mereka berbanding Salafiyyah Wahabiyyah yang muncul
kemudian.
Begitu juga Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali yang menulis kitab berjudul:
Iljam Al-Awam 'An Ilm Al-Kalam
Dalam
kitab tersebut menjelaskan manhaj sebenar salaf dalam berinteraksi
dengan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat dengan cara tafwidh.
Beliau menisbahkan manhaj ini (walaupun sebagai antara ulama' Asya'irah)
kepada manhaj As-Salaf AS-Sholeh. Dalam Muqoddimah kitab ini, Al-Imam
Al-Ghazali mengkritik Hasyawiyyah yang memahami nas-nas yang zahirnya
tasybih secara zahir, lalu mengaku ianya sebagai aqidah salaf, kemudian
beliau menjelaskan manhaj as-salaf yang sebenar secara manhaj asy'ari.
Maka, Al-Ghazali juga cuba menetapkan ke"salafi"an beliau tanpa mengaku
"salafi".
Oleh sebab itulah,
tokoh besar Al-Azhar AS-Syarif, Sheikh Abu Zahrah menjelaskan
pertembungan Asya'irah, Maturidiyyah, Ibn Taimiyyah dan Wahabi dalam
masalah aqidah di mana ianya adalah dalam usaha mengaku siapa lebih
memahami as-salaf yang sebenar. Kemudian, Sheikh Abu Zahrah menguatkan
pendapat bahawasanya, cara Al-Imam Al-Ghazali (Asya'irah) dan
Maturidiyyah dalam memahami Salaf lebih tepat berbanding cara Ibn
Taimiyyah memahami salaf dalam masalah aqidah. [Rujuk kitab Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah]
Mengaku "Salafi" Adalah Bid'ah yang Bahaya
Maka,
benarlah kesimpulan yang dibuat oleh tokoh besar iaitu Sheikh Muhammad
Sa'id Ramadhan Al-Buti dalam kitab As-Salafiyyah, bahawasanya bermazhab
dengan mazhab salafi adalah suatu bid'ah yang bahaya. Sila rujuk di
sini: http://www.dahsha.com/uploads/SalafyyaBouti.pdf
Ini kerana ianya seolah-olah menyimpulkan beberapa perkara:
As-Salaf
itu bukan semata-mata suatu zaman yang diberkati, tetapi suatu himpunan
keseragaman manhaj dalam bidang agama. Padahal, keseragaman manhaj
dalam bidang agama tidak berlaku dalam keseluruhan salaf. Dalam bidang
fiqh sahaja ada perbezaan antara Ahl Hadith dengan Ahl Ra'yi. Dalam
bidang aqidah juga berbeza-beza manhajnya. Al-Imam Ahmad berbeza dengan
Al-Imam Al-Muhasibi dan Ibn Kullab. Begitu juga Al-Imam Al-Bukhari
berbeza dengan Al-Imam Ahmad dalam masalah lafaz Al-Qur'an. Begitulah
masalah-masalah lain. Jadi, tidak ada namanya mazhab salaf dalam erti
kata suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. As-Salaf
dalam istilah sebenar hanyalah suatu tempoh masa yang diberkati.
Ia
seolah-olah mengeluarkan selain daripada "salafiyyah" daripada pengikut
salaf yang sebenar. Oleh kerana itulah, munculnya Salafiyyah Wahabiyyah
yang menafikan Asya'irah, Maturidiyyah, Sufiyyah dan sebagainya,
sebagai pengikut salaf yang sebenar. Salafiyyah Wahabiyyah telah
menjuarai dominasi slogan "mengikut salaf", lalu menganggap selain
mereka sebagai :"tidak mengikut salaf". Ini suatu prasangka yang bahaya
kerana tidak mengikut salaf dalam masalah usul agama bererti tidak
mengikut Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Ini adalah tohmahan
yang sangat bahaya. Oleh kerana itulah, ramai orang jahil menganggap
para ulama' Asya'irah, MAturidiyyah dan Sufiyyah tidak mengikut aqidah
sebenar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Ini membawa kepada
menuduh sesat selain mereka yang mengaku "salafi".
Padahal,
Asya'irah, Maturidiyyah, Sufiyyah dan sebagainya yang masih dalam
lingkungan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah hanya berbeza dari sudut manhaj
dan pendekatan dalam bidang agama, bukan berbeza isi kandungan
kefahaman agama dengan as-salaf. Pendekatan dan manhaj adalah suatu yang
berkembang mengikut zaman sepertimana juga kemunculan mazhab fiqh pada
awal kurun ketiga hijrah lalu diteruskan sehingga hari ini. Tidak boleh
seseorang mengatakan mazhab syafi'e, atau mazhab maliki, bukan fiqh
Rasulullah s.a.w, kerana mazhab adalah himpunan cara ulama' memahami
dalil-dalil yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w..
Maka,
tidak perlu mengaku "salafi" untuk dinilai sebagai mengikut as-salaf
as-sholeh. Ukurannya jelas iaitu dengan memahami agama mengikut
kefahaman as-salaf as-sholeh. Rujuklah kitab-kitab ulama' salaf sendiri.
Bukan sekadar merujuk satu dua tokoh kemudian yang mengaku hanya mereka
sahaja yang memahami salaf. Adalah suatu kepincangan apabila seseorang
menjelaskan tentang manhaj salaf namun rujukannya adalah bukan salaf
seperti Sheikh Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab sedangkan banyak
lagi tulisan para ulama' salaf muktabar boleh dirujuk. Sheikh Ibn
Taimiyyah tidak semestinya tepat dengan kefahaman salaf, dalam semua
masalah dan, para ulama' lain tidak semestinya tidak memahami salaf yang
sebenar. Banyakkanlah lagi bahan kajian agar kita jujur dalam membuat
kajian.
Ramai yang bertanya tentang hukum bawa, sentuh anak-anak ketika
solat.. pergi masjid pula orang masjid sibuk budak dok dalam saf orang
tua, dibiarkan anak di belakang bising pula dengan gurauan atau kena
usik oleh kawan dll… semoga kuliah yg membincang 5 tajuk ini ada jawapan
yang anda cari.. Dalam Kuliah ini dibincangkan beberapa isu yang
berkaitan dengan kanak-kanak;
1. Air liur / Muntah.
2. Air Kencing.
3. Khitan.
4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
5. Saf Kanak-kanak dalam Solat. HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.
Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering
ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka
tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah
sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan
kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan
alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.
Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu: Pertama; Anak Yang Belum Berkhitan.
Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum
berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan
solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh
memutuskan saf solat jamaah.
Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan
sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana
ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat
menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan
perempuan.
Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para
ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab
al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang
“Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya
satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan
sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.
Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan
bahawa Rasulullah saw menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta
mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum
baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.
Demikian juga hadis ini:
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung
Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah
s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud
baginda mengangkatnya semula”.
Mungkin akan dibahaskan bahawa orang Arab adabnya mengkhitankan anak
ketika masih bayi, tetapi ditempat kita anak-anak kebiasaannya akan
berkhitan apabila habis sekolah rendah. Apakah ia menjadi kotor kerana
kulup/najis yang terdapat pada anak itu?
Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya
tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan.
Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah
yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf
yang berlainan.
Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit
kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.
Maka logiknya budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu
saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang. Namun, elok
diasingkan saf kanak-kanak yang belum berkhitan dengan saf orang dewasa. Kedua; Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.
Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu
hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah
Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah
berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke
tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.
Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.
Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:
“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu
yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci
tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA” . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].
Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-
a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi.
Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya.
Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu
sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis
seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah
tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan
tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh
sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
“فرع: ما لبسه المصلي يجب أن يكون طاهرا
وأن لا يلاقي شيئا تحرك بحركته في قيامه وقعوده أو لم يتحرك بعض أطرافه
كذنابة العمامة، فلو أصاب طرف العمامة الذي لا يتحرك أرضا نجسة بطلت صلاته،
ولو قبض طرف حبل أو ثوب أو شده في يده أو رجله أو وسطه وطرفه الآخر نجس أو
متصل بالنجاسة فثلاثة أوجه: أصحها تبطل صلاته، والثاني لا تبطل، والثالث
إن كان الطرف نجسا أو متصلا بعين النجاسة بأن كان في عنق كلب بطلت. وإن كان
متصلا بطاهر، وذلك الطاهر متصلا بنجاسة، بأن شد في ساجور أو خرقة وهما في
عنق كلب، أو شده في عنق حمار عليه حمل نجس، لم تبطل “.
المجموع: واتفقت طرق جميع الاصحاب علي انه لو جعل طرف الحبل تحت رجله صحت صلاته في جميع الصور.
Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung
kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai: “Haamil
limuttasil binajastin”) sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat
belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang
duduk tasyahhud akhir. [Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr].
Tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk kepada satu peristiwa:
Ketika para sahabat sedang bersolat bersama Nabi saw dengan memakai
selipar, tiba-tiba mereka melihat Baginda (semasa solat) telah
menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat menanggalkan seliparnya
(kerana menyangka ia adalah satu perbuatan yang mesti diikuti).
Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka: “Kenapakah kamu
semua menanggalkan selipar kamu?” Para sahabat menjawab: “Kerana kami
melihat tuan melakukannya.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Telah datang
kepadaku malaikat Jibril as lalu memberitahu bahawa pada seliparku
terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu).” [HR Abu
Daud: 650. Sahih menurut Albani.]
Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan
dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh
al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar,
Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176] Pandangan ulama’ semasa:
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang
merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi
menyebut: “Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis,
maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah
solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-’As di dalam
solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya
(tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di
dalam perut orang yang solat”.
Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita
tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin
itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.
المجموع: قال المصنف رحمه الله: (وان حمل
حيوانا طاهرا في صلاته صحت صلاته؛ لان النبي صلى الله عليه وسلم حمل أمامة
بنت أبى العاص في صلاته، ولأن ما في الحيوان من النجاسة في معدن النجاسة
فهو كالنجاسة التي في جوف المصلي. وان حمل قارورة فيها نجاسة وقد سد رأسها
ففيها وجهان: أحدهما يجوز لان النجاسة لا تخرج منها فهو كما لو حمل حيوانا
طاهرا والمذهب انه لا يجوز لانه حمل نجاسة غير معفو عنها في غير معدنها
فاشبه إذا حمل النجاسة في كمه). (الشرح) * حديث أمامة رواه البخاري ومسلم
وهى أمامة بنت زينب بنت رسول الله r. واسم أبي العاص مِهْشَم بكسر الميم
واسكان الهاء وفتح الشين المعجمة. وقيل: لقيط، وقيل: ياسر، وقيل: القاسم بن
الربيع بن عبد العزي بن عبد مناف القرشية. كان النبي r يحبها، تزوجها على
بن أبى طالب بعد وفاة فاطمة. وكانت فاطمة أوصته بذلك رضى الله عنهم (أما)
حكم المسألة فإذا حمل حيوانا طاهرا لا نجاسة على ظاهره في صلاته صحت صلاته
بلا خلاف). المجموع 3/142.
SUSUNAN SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAK
Dalil menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah saw, kanak-kanak
dibawa ke masjid. Satu hadis riwayat meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar
tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan
ibunya”. [HR Bukhari dan Muslim].
Bila kanak-kanak turut sama solat, susunannya menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صلى
الله عليه وسلم قَالَ: ((لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ
وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ،
وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ
الأَسْوَاقِ)) رواه الترمذي.
Maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi
di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka
yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari
hingar-bangar seperti pasar”. [HR: At-Tirmizi].
Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari:
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم (أَنَّهُ كَانَ يُسَوِّي بَيْنَ
الأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي الْقِرَاءَةِ وَالْقِيَامِ، وَيَجْعَلُ
الرَّكْعَةَ الأُولَى هِيَ أَطْوَلُهُنَّ لِكَيْ يَثُوبَ النَّاسُ،
وَيَجْعَلُ الرِّجَالَ قُدَّامَ الْغِلْمَانِ، وَالْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ،
وَالنِّسَاءَ خَلْفَ الْغِلْمَانِ)) [مسند أحمد، حديث ضعيف]ز
“Adalah Rasulullah SAW mengatur saf
dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki
dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”. [HR: Ahmad].
Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak bahawa
hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di
belakang lelaki dewasa dan di hadapan saf perempuan.
Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].
Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa
kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah
yang utama dan yang afdalnya.
[Lihat huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293]:
المجموع -: إذا حضر إمام ومامومان تقدم
الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا
ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم
الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد
والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب
أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة. والصحيح الاول؛ لقوله
صلى الله عليه وسلم: ليلني منكم اولوا الاحلام والنهى ثم الذين يلونهم”.
Namun, ada juga pandangan (satu wajah dalam mazhab) yang dinukilkan
oleh beberapa orang ulama’ besar mazhab Syafie seperti; Sheikh Abu
Hamid, Al-Bandaniji, Al-Qadhi Abu Al-Tayyib, Sahib al-Mustazhiri dan
Al-‘Imrani (Sahib Al-Bayan) dan lain-lain: “Sunat meletakkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar melakukan solat”.
Penjelasan daripada Mughni al-Muhtaj:
Maksudnya: “Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila
jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka
jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang
baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….
Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang
diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi
sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi
dengan kanak-kanak”.
Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini
ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat
tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka
saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf
yang dikhususkan kepada kanak-kanak.
Kecuali dibelakang imam, maka hendaklah diduduki oleh orang yang
baligh (uli Al-Ahlam) dan cerdik /berilmu (An-Nuha), bukan kanak-kanak
dan juga orang dewasan yang tidak berilmu, kerana orang yang berada di
tempat tersebut ialah orang yang akan menegur atau mengganti imam
apabila ada sesuatu yang tidak sempurna sebagaima kisah Qais bin ‘Ubad
dengan Ubai bin Ka’ab ra;
Perbincangan:
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h.
beliau berkata:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ
قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ
وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ
النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا
وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung
Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah
s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud
Baginda mengangkatnya semula”.
Daripada hadis ini beberapa pengajaran yang boleh didapati:
1- Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat (fardu) menunjukkan tiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.
2- Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak membatalkan solat seseorang
seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan
sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan
menyebabkan satu saf terbatal.
3- Pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat seseorang.
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.h. beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas)
dan seorang anak yatim mengikutnya bersolat dibelakang Baginda dan Ummu
Sulaim di belakang kami”. [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ibnu Abbas r.h. pula meriwayatkan:
صحيح البخاري – عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ: بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ زَوْجِ
النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا فَصَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
الْعِشَاءَ ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ
ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ ثُمَّ قَالَ نَامَ الْغُلَيِّمُ أَوْ كَلِمَةً
تُشْبِهُهَا ثُمَّ قَامَ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَجَعَلَنِي عَنْ
يَمِينِهِ فَصَلَّى خَمْسَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ
نَامَ حَتَّى سَمِعْتُ غَطِيطَهُ أَوْ خَطِيطَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى
الصَّلاةِ.
Maksudnya: “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, Ummul Mukiminin
Maimunah binti Harith, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun
bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi
s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya”. [HR
al-Bukhari: no. 726].
Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum
baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya.
Hadis yang pertama, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di
belakang Nabi saw, sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum
baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara
hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat di
sebelah Nabi s.a.w. Maka ini juga menunjukkan tidak ada saf yang khas untuk kanak-kanak.
Jika tiada dalil khusus yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak
yang belum berkhitan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis
Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan. Kanak-kanak ke Masjid:
PENUTUP:
Alhamdulillah, Islam adalah agama yang sempurna, hukumnya didatangkan
dengan asas keringanan dan kemudahan. Perundangannya lengkap dan syumul
untuk semua peringkat manusia, lelaki-wanita, tua-muda, dewasa atau
kanan-kanak, sihat atau sakit serta hidup dan juga mati.
Bagi penuntut ilmu, mestilah sentiasa dahaga mencari dan menambah
ilmu pengetahuan, dengan mengorek serta mengkaji pandangan ulama’ dahulu
dan sekarang serta menerimanya dengan dada yang lapang dan fikiran yang
terbuka.
اللهم انفعني بما علمتني، وعلمني ما ينفعني، وزدني علماً، الحمد لله على كل حال، وأعوذ بالله من حال أهل النار.
Akhirnya apa yang baik itu dari Allah SWT, apa yang tidak baik itu dari kelemahan diri saya sendiri.
Akhukum, Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian. www.pondoksgdurian.com Jumaat, 16 Julai 2010/ 4 Sya’ban 1431H.
www.abuanasmadani.com
www.dartaibah.com
Dipetik dan diringkaskan oleh pemilik
blog Menyusu Si Manja berdasarkan artikel Unit Pemakanan, Jabatan
Kesihatan Negeri Selangor
Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan
Pemakanan yang paling SEMPURNA untuk bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
Bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
Susu pada 3-5 hari pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan lebih kurang 30ml sehari).
Kolostrum mengandungi:
Antibodi yang tinggi
Bertindak sebagai imunisasi pertama bayi bagi melawan bakteria dan jangkitan virus
Kaya dengan nutrien~ protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
88 peratus kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yang disusui dengan SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAUPUN MINUMAN LAIN.
SI mengandungi:
Protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
Lemak sebagai sumber tenaga
Zat besi bagi mencegah anemia
Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi
Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL
Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea
Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT
Tumbesaran bayi boleh terbantut dan bayi kekurangan nutrien
Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi
Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
Perkenalkan
pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan
tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
Hanya
diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran
dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai
rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa
sayur-sayuran.
Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
ELAKKANmemberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.
Alahan Makanan
Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
Putih telur
Kacang
Makanan laut
Gandum
Buah limau
ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.
Garam, Gula dan Bahan Perasa
TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.
Cara Memberi Bayi Makan
Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
Oleh
itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi
membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan
nutrien dalam tubuh.