Hidayah itu
perbuatan Allah taala, kurnia yang sangat mahal harganya bagi mereka yang tahu
menilai. Kerap kali hidayah itu singgah tapi ramai yang tak endah.
1)“Abu! Jom
kita pergi Masjid Pinang Merah, Ustaz Azhar malam ni”
“oh..okay kau pergi dulu,aku ada training
futsal”.
2)”Atan,
kau tak elok cakap pasal dia macam tu, kalau salah jadi fitnah tau”
“alah, bukan apa memang dah jelas dia macam
tu,apa pulak fitnahnyer”
Tentu
antara kita termasuk saya pernah lalui,bilamana ada ajakan kepada suatu
kebaikan tapi kita melihat ia remeh dan biar peluang itu berlalu sepi. Kadang
kadang bila kita ditegur oleh rakan baik supaya berhenti dari terus mengumpat,
kita endah tak endah. Bagaimana jika hati kita peka yang sebenarnya Allah yang
menegur kita agar menjauhi perkara keburukan dengan perantara manusia. Jika
sedar akan hakikat ini kemungkinan kita tidak akan meremehkan cakap-cakap atau
nasihat atau pelawaan orang lain kearah kebaikan.
Benar ini
semua adalah buaian hawa nafsu, dan kalau kita bertanya pada mereka secara
jujur adakah mereka tahu ia salah di sisi agama, hampir kebanyakan kita tahu ia
salah. Tapi mengapa buat? Membentuk jiwa yang taat itu memang berat,memang
banyak ranjau tipu daya syaitan yang kita kurang teliti. Bisikannya halus,
sehalus yang menjadikan kita selesa dengannya hingga mengenepikan syariat, atau
bahasa hakikatnya kita ketepikan Allah dahulukan nafsu.
Jika
dilihat dari sudut pandangan ulama tasawwuf ini adalah syirik ketuhanan dimana
diletak dalam syirik khafi(tersembunyi). Ringkasnya setiap barang yang kita
mendahulukan selain Allah dan meletakkan sesuatu pada darjat ketuhanan
menjadikan ia perbuatan merosak akidah. Ramai yang tidak sedar akan hakikat ini
lantaran sikap menjauhi majlis ilmu dan meremehkan bab perbersihan jiwa hamba
yang sepatutnya didirikan dengan rasa ubudiyah(kehambaan).
Hanya hamba
yang sedar akan nilai hidayah itu akan bersungguh meraih, mengekal dan
memperhalusi ia dengan taqwa dan iman yang hakiki. Dan hanya orang-orang yang
tahu dimana matlamat akhir kehidupan itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
meraih belas ihsan tuhanNya agar sepanjang hidupnya dipimpin hidayah Allah
tuhan Yang Maha Pemberi.
Ada
beberapa langkah pada hemat saya perlu di ambil sebagai strategi memelihara
iman dan hidayah yang Allah kurnia. Digarap hasil pendengaran dari guru-guru
agama dan bacaan saya cuba hightlight untuk peringatan buat diri.
1)Menuntut
ilmu- rebut peluang ke majlis ilmu, belajar ilmu Islam semantap mana yang
mampu, supaya kita sentiasa peka akan kelemahan diri dan dapat beramal dengan
cara yang diajar Rasullullah sallallahualaihiwasallam dan ulama-ulama ahlu
sunnah wal-jamaah. Jika dapat bertalaqi maka itu terbaik jika tidak ikut
sekadar mampu cara ulama dahulu berguru, dan lebih ramai lebih baik kerana
membuka pandangan kita lebih ilmiah tapi pastikan ia dari ulama yang berpegang
dengan ulama-ulama muktabar takut terikut syiah atau yang tidak selari Manhaj
Ahlu Sunnah Wal Jammah.
2) Berpaling dari makhluk dan kembali kepada Allah secara mutlak- berhenti melihat
makhluk mampu memanfaat dan memudaratkan, berhenti dari mengharap dari mereka,
berhenti beranggapan ada selain Allah mampu memanfaat dan memudaratkan,
berhadap sepenuh jiwa mengharap pada rahmat dan kasih saying Allah semata-mata
bukan kerana ganjaran dunia atau akhirat. Dan beramal dengan ikhlas yang tulus
dan mengekal atau hadirkan muraqabah didalam jiwa setiap waktu semampu kita
kerana itu namannya mujahadah nafsu.
3)Mentadabbur
isi Al-quran- baca Al-quran, lihat tafsirnya, hayati dan ambil pengajaran
darinya supaya semakin kenal dan bertambah makrifat kepada Allah. Mengambil
ibrah dari kesesatan kaum terdahulu dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Mengambil pengajaran dari akhlak nabi,mengenal hukum hakam yang bersumber dari
Al-Quran dan banyak lagi. Pesan nabi Sallallahualaihiwasalam dalam khutbah wida’
aku tinggalkan kamu 2 perkara nescaya kamu tidak akan sesat selamanya; Al-Quran
& Sunnah.
4)Jangan
meninggalkan zikir- Islam menyarankan kita supaya mengingati Allah dalam samada
dalam keadaan duduk, baring, atau berdiri. Dan zikir seperti firman Allah
satu-satunya penenang jiwa manusia “hanya dengan berzikir hati akan menjadi
tenang”. Ibnu Attaillah dalam kalam Al-hikam menyebut “kelalaian engkau meninggalkan
zikir lebih bahaya berbanding kelalain engkau didalam berzikir”yakni zikir
tidak khusuk.
5) Cintai
amalan sunnah- sedaya mungkin hidupkan sunnah nabi dan merasa kasih kepada
baginda sallallahualaihiwasallam semasa
mengamalkan sunnah, kita meniru perbuatan orang dan insan terhebat yang menjadi
rahmat kepada alam dan seharusnya kita berasa gembira. Kita tiru dan amalkan
AKHLAK baginda, bagaimana cara menegur kesalahan,bagaimana mengurukan
perbalahan dan macam-macam lagi kecantikan akhlak baginda
Sallallahualaihiwasalam…MasyaAllah.
6)Selawat-
perbanyakkan selawat, menurut Syeikh
Habib Ali Al-Jifri dari gurunya, sekurang-kurang 300 kali setiap hari. Jika tak
mampu buat setiap kali selesai solat fardu 10 atau 15. Malulah kita sepatutnya
kerana Allah dan malaikat sendiri berselawat ke atas rasul
sallallahualaihiwasallam.
gunakan akal yang
bijaksana, pilih yg kekal dari yang fana,
pengaruhnya dunia jika terkena, ajal pun sampai kita ternganga.
~Almarhum TG Hj Ali ,Siliau
pengaruhnya dunia jika terkena, ajal pun sampai kita ternganga.
~Almarhum TG Hj Ali ,Siliau
Wallahua’lam
12:27 pm
23/5/2012
TPM-the
poor man
نور عزنان مزلن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan