ibu yang berhati mulia |
Wanita tidak boleh dinafikan berperanan besar didalam Institusi kekeluargaan, dan punya sumbangan luar dari rumah tangga. Secara
peribadi saya melihat wanita itu sewajarnya peranan mereka haruslah dimainkan
sepenuhnya di dalam gelanggang rumah tangga bukan sekadar serpih-serpihan,pernyataan ini tidak bermaksud meniggalkan profession mereka. Namun biar
setinggi manapun dia memiliki kelayakan akedemik, biar sebesar mana pun
peranannya sebagai penjawat awam atau swasta, itu semua adalah hanya
fatamorgana pada hakikatnya. Kerana apa ia hanya satu fatamorgana saya
umpamakan kerana ia hanya kelihatan besar dan penting diluar dari lingkugan
institusi keluarga iaitu rumah tangga.
Rumahtangga kelihatan gelanggang perjuangannya kecil tetapi sangat besar
peranannya bahkan mampu mengubah dunia seperti kita semua acap kali dengar
‘tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia”.
Tidak
dinafikan peredaran zaman serba maju tanpa sempadan menjadikan wanita turut
berlumba-lumba untuk mendapatkan pengiktirafan samada dalam lingkugan kecil
dimata masyarakat atau lingkugan besar dimata dunia. Bahkan saya jauh
samasekali menidakkan hak wanita untuk berpelajaran tinggi, walhal itu yang
dituntut agama seperti hadis rasullullah
sallallahualaihiwasalam yang bermaksud
“menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim”.
Dan dalam
firman Allah juga mengangkat martabat manusia berilmu itu seperti maksudnya
“ diangkat dari kalangan kamu yang beriman dan
yang menuntut ilmu itu beberapa darjat”
(Surah Al-Mujadalah :
11)”.
Secara
fitrahnya kejadian wanita itu mempunyai naluri yang halus, emosi yang mampu
mempengaruh persekitarannya, dan dalam diri mereka ada kekuatan yang hebat
tidak ada pada lelaki iaitu mengasihi dengan kasih seorang ibu. Sedihnya hari ini kita melihat golongan hawa
ini terlalu ghairah dengan mencari matlamat hidup sebagai pelajar yang belajar
hingga ke tahap tertinggi atau tumpuan yang terlebih dengan kerjaya sehingga
terabai matlamat asal fitrah wanita muslim itu sendiri. Rakus mentadbir
organisasi sebagai ketua jabatan atau sesebuah institusi sedangkan ada peranan
mereka yang lebih penting yang dituntut agama.
Tidak
keterlaluan jika kita katakan ada golongan hawa ini hanyut dengan momokan
kejayaan kerjaya sebagai kayu ukur tahap keberjayaan individu dalam hidup
sehingga mereka berjaya mencapai status anak dara lewat usia. Maaf jika ia
berbunyi kasar akan tetapi ini satu realiti masyarakat kita yang agamanya
Islam. Elok saya lampirkan hujah Allah taala tentang matlamat kejadian anak
adam ini seperti firmannya bermaksud
“dan tidaklak Aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaku”
(Az-Zariyat: 56).
Beribadat!!!! Tak de kerja lain hanya
ibadat??? Sabar dulu…ibadah itu sendiri dibahagaikan kepada ibadah umum dan
khusus,yang khusus itu seperti solat zakat puasa haji,ilmu fardu ain dan aqidah
dan sebagainya manakala ibadah umum itu selain dari yang khusus seperti
menuntut ilmu akademik, dan lain-lain. Dan dalam konteks ibadah itu sendiri ada
ibadah yang lebih utama dari yang selain yang didalam fikah di sebut fiqh
awlawiyat(keutamaan fiqh). Seperti solat wajib itu lebih utama dari
solat sunat,solat qada itu wajib dari solat tahajud. Apa nilainya bila kita tidak pernah tinggal
solat tahajud dalam keaadan kita tidak menqada solat wajib?? Maksudnya disini
ibadah itu sendiri telah tersedia khas untuk kita, secara mudah kita lihat,
dalam rumah tangga Islam mewajibkan pemberian nafkah kepada tanggngjawab suami,
islam meletakkan lelaki sebagai pemimpin seperti firman Allah bermaksud
“Kaum lelaki itu
adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana
ALLAH telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang
perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian daripada harta mereka (AnNisa:34)”
Tidak
kisahlah sejauhmana golongan hawa ini
mahu capai tahap pendidikan atau pekerjaan asal mereka tidak menjadikan itu
sebagai matlamat yang besar sehingga mengaburi tujuan asal kita sampai kedunia
sebagai khalifah. Khalifah itu umpama perwakilan makhluk dari Allah taala dan
pasti Allah meletakkan wakilNya dari ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia.
Jadi secara santai saya melihat peranan wanita itu penting untuk kemajuan
sejagat, dengan ilmu dan keterlibatan mereka dalam aktiviti seperti kaum adam
akan tetapi impaknya terlebih luarbiasa apabila wanita memainkan peranan
penting mereka sebagai ibu yang berhati mulia dan isteri yang penuh
kecintaannya pada Ilahi mendidik generasi pewaris dengan ketaatan kepada suami
yang dipamer, dengan ketegasan membentuk nilai agama dalam diri anak-anak
sehingga mereka mampu melihat dunia ini hanya sementara dan sebaik-baik tempat
itu disisi pencipta dunia. Kita tidak mahu generasi yang akan membentuk dunia
kemudian ini melihat akhirat dan dunia pada kacamata yang menyimpang umpama cahaya lilin(akhirat) dalam bilik
diterangi spotlight(dunia) . (tetiba spotlight terlintas)
11:27
19/5/2012
TPM-the
poor man
نور عزنان مزلن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan