Pengikut

sELamAt DatAnG






Khamis, 29 Mac 2012

Jiwa Penyakit dan Penawarnya #35

35) keinginan yang berlebihan untuk sentiasa bersama dengan teman serta berdampingan dengan teman dan saudara –mara.
Rawatannya; ialah dengan memahami serta sentiasa sedar bahawa setiap hubungan dan pergaulan itu pasti ada penghujungnya. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang bermaksud “ hayatilah kehidupan ini sekehendak hatimu kerana sesungguhnya kamu akan mati.kasihilah sesiapa yang kamu kehendaki kerana kamu akan berpisah dengan mereka . beramallah kamu kerana ini akan diberi ganjaran”.
Abu al-Qasim alHakim berkata ;”sahabat handai itu adalah musuh kecuali yang berhati suci dan usaha mengumpulkan harta itu pula akan menimbulkan kekecewaan kecuali apabila ia berpaling daripadanya. Serta pergaulan yang tak terbatas itu akan melahirkan kecelaruan
(u’yubunafs wa dawa u’ha/jiwa penyakit dan penawarnya-al imam Abu Abdul Rahman Al-sulamiy 325-412H)
Penyakit jiwa yang ke35 dari naskah imam Abu Abdul Rahman Al-sulamiy menyatakan sikap manusia yang keterlaluan dalam pergaulan kerana terlalu nak bersama teman,kawan atau ahli keluarga sehingga sikap ini menjadi diluar daripada keperluan yang sewajarnya. 

Hendak menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti bersama kawan pergi memancing, bersama keluarga pergi berjalan makan angin atau bermain futsal bersama rakan semua ini bukan satu kesalahan bahkan digalak untuk berinteraksi dalam keadaan baik didalam perkara yang tidak melibatkan maksiat atau membawa kepada kelalaian. Akan tetapi apabila sikap bersosial ini melampaui dari had sehingga menjadi ‘mesti’ dan goyah hati apabila hajat ini terhalang. 

Inilah yang dinamakan penyakit jiwa kerana didalam hatinya telah jatuh tempat tilik hati nurani tadi kepada makhluk melebihi khaliq. Sehingga ingatan yang banyak itu tadi sepatutnya milik Allah telah diganti dengan yang tidak selayaknya bagi hambaAllah. Bayangkan hamper setiap malam futsal,minum-minum di warung bersama teman, setiap kelapangan masa akal hanya memikir untuk saudara ahli keluarga dan teman. Tiada risau hati akan kurangnya masa bermunajat kepada Allah, kurang masa diluang untuk berzikir sekalipun sekadar 1jam atau 30minit sehari. Tiada masa bermuhasabah dan menilik molek dan jelek diri. Abu al-qasim menyatakan tentang sahabat yang berhati suci yakni mereka yang banyak mengingat tuhan, dan pergaulan tanpa batas tadi akan menjadi kita tidak tentu hala visi jiwa seorang hambaAllah yang sebenar. Wallahua’lam

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Tiada ulasan: