Pengikut

sELamAt DatAnG






Rabu, 7 Mac 2012

Sepuluh Maksiat yang batin yakni maksiat Di Dalam hati.(Hidayatus salikin)

بسم الله الرحمن الرحيم



Segala puji bagi Allah tuhan yang selayaknya diagungkan tiada yang selainNya maha menguasai segenap seisi alam. Sekadar perkongsian ilmu dan matlamat akhirnya adalah untuk  diri sendiri yang ini moga-moga telinga dan hati yang dekat mendengar dan memahami  dapat dijadikan manfaat memperbaiki diri yang telah jauh tersimpang dari fitrah insan yang sebenar..
Ramai kita yang sedar atau tidak melakukan dosa tidak kira siapa, mahupun yang bergelar ustaz atau ustazah kerana sifat manusia itu sendiri mudah lupa dan cepat lalai sehingga terbabas. Kalau bukan dosa besar mungkin dosa yang kecil atau dosa yang halus-halus kita tidak perasan.
jadi saya nak share apa yang Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahuanhu pernah sebut didalam kitabnya “al-Arba’in fi Usuluddin” yang kemudian dipetik oleh Syeikh Abdus Samad Palembani didalam kitab “Hidayatus Salikin”. Terlalu banyak kecelaan yang kita lakukan kalau hendak dinamakan jadi saya ambil sedikit dari kata-kata ulama.
Sepuluh Maksiat yang batin  yakni maksiat Di Dalam hati.(Hidayatus salikin)
1)Syarahut Tha’am- yakni gemar kepada memperbanyakkan makan.(Hidayatus salikin)
{apa yang dapat kepala otak ni paham, makan overdose. Makan sampai sendat perut, kalau nak makan nak yang sedap jer, tawar sikit masin sikit berbakul-bakul komentar. Memanglah payah juga nak stop sebelum kenyang(aku la ni) tapi sekurang-kurangnya sekadar cukup untuk perut sendiri jangan sampai padat. Dan sebaik-baiknya cukup kadar untuk bertenaga nak beribadah khususiah atau umum@berkerja atau belajar atau menjalankan tugas surirumah dan yang sewaktu dengannya tanpa melangar syarak}
2)Syarahul-kalam- yakni gemar sangat memperbanyakkan perkataan. (Hidayatus salikin)
{terlampau banyak bercakap pun masalah kalau lidah yang rancak tidak diikat dengan tali agama, terbabas sana-sini cerita yang bukan-bukan, umpat, kadang-kadang hanya luahan tapi cara tidak kena jadi mengumpat bila yang mendengar bukan tolong nasihat tapi tolong tambah perisa penyedap bicara. Kalau kalam banyak itu terpimpin dengan kesedaran agama,jadi kebaikan yang mendengar tapi kalau agama pun masih sayup-sayup yang ni kena hati-hati dan perhati bila berbicara..macam sonang tapi payah}
3)Ghadab-yakni marah
{macam incredible Hulk bila marah abis hijau, hancur diamuknya. Rupa mat saleh pun pandai tahu yang marah menjadikan lelaki ganas menggila.hehehe..Sabda Nabi Sallalhualaiwasalam mafhum hadis ‘orang yang kuat bukan terletak pada kuatnya dia tetapi orang yang mampu mengawal marah’. Kalau kit abaca hadis arbain imam Nawawi rahimahullahuanhu, ada hadis Rasulullah s.a.w menegah umatnya dari sifat marah berulang-ulang  kali}
4)Hasad-yakni dengki-penyakit ni membenih dalam hati kebiasaannya bertitik tolak dari rasa tidak senang dengan kesenangan orang lain.
5)Al-bukhlu wa hubbul-maal;bakhil dan cinta pada harta-yakni bersifat kikir@kedekut dan sayang pada harta.-selalu berkira dengan sedekah jariah, tidak semesti sedekah masjid tiap jumaat da jadi clear hati dari kedekut, kerana kalau nak tilik betul-betul biar sampai mendahulukan keperluan orang lain dalam keadaan kita juga memerlukan.
6)Hubbul-jaah-yakni kasih akan kemegahan.-suka pada gelaran, jawatan tinggi menjadi impian yang lebih utama tanpa ada kaitan dengan Allah.
7)Hubbud dunya-yakni cinta dunia-sayang harta, sayang isteri isteri anak-anak, rumah, kereta, jawatan tinggi, pangkat gelaran,.p/s sayang isteri dan anak tanpa meletak Allah dan Rasul keutamaan dalam segala hal.
8)Takabbur- yakni membesarkan diri atau sombong-ada kelebihan seperti, berharta, berilmu, berjawatan tinggi, berkerjaya professional, berpangkat atau apa saja lebih sikit dari orang.
9)Ujub-yakni rasa hairan akan dirinya-rasa dalam hati hal keselesaan akan diri sebab banyak amal ibadat kebajikan tentang diri yang serba elok kononnya walhal dia dah termakan pujuk nafsu yang tersembunyi.
10)Riya;- yakni menuntut martabat pada hati makhluk supaya boleh kemegahan padanya. –beribadat bukan sebulat hati kerana Allah,ikhlas kerana Allah, bukan kerana diri hamba Allah. Nak menunjuk keelokan diri, kejayaan diri, samada harta pangkat jawatan harta atau dalam hal ibadat khusus.
Walla hua’lam


TPM-the poor man
نور عزنان مزلن




Tiada ulasan: