Memang hakikat hidup di dunia ini bermacam-macam dugaan dan rintangan..samaada rintangan bagi orang yang hendak berbuat kebaikan mahupun kejahatan. Eh apahal kejahatan pun ada rintangan...mestila ada...kalau nak santau orang,kena pergi cari bomoh yang power,kena keluar belanja pengeras kadang2 bukan murah pun..mcm da penah je ckp ek..Nauzubillah..memang xpernah lah...perbuatan syirik. Banyak lagi contoh yang kita bole fikirkan..
kalau direnung2 dalam sedalamnya...semua orang pernah rasa dan lalui saat "kenapa aku tak dapat apa yang diidamkan"...nak isteri cun slim bergaya,dapat yang biasa-biasa..nak kerja gaji besar kereta mewah,dapat keje yang sederhana..nak belajar jadi peguam syariah masuk universiti UIAM,dapat jadi doktor...lain dari yang di cita-cita..aku silap planning ke atau aku ni memang bad luck sokmo..
xperlu kita meragui dengan apa yang da kita dapat..hakikatnya itu yang Allah beri pada kita sekalipun sangkaan kita sebaliknya..dan Allah itu menduga kita dengan apa yang terdaya untuk kita,sekalipun ujianNya Maha dahsyat tapi jangan sekali2 kita goyah. Allah taala sgt kasihkan hambanya..
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"Al-Baqarah :286
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."Al-Baqarah :216.
Tak perlu ditilik jauh-jauh sebab jawapan dan penyelesaian teka teki hati kita Allah da lama sediakan dalam 114 ayat2 cintaNya..cuma kita yang perlu bergerak menyelak dan memahami skrip kehidupan yang Allah sediakan.Sebaik-baiknya kita kena tanam dan pasak dalam hati ni untuk bersyukur dan terus bersyukur sehingga tidak boleh diukur. Ikhlas sentiasa menerima apa sahaja yang diperolehi atau pun tidak sebab yang nak memberi itu adalah Allah juga. Tiada satu milik kita..
Melenturkan hati menerima suatu yang luar jangkaan memang bukan perkara semudah bercakap sahaja. Tapi disinilah peranan memahami dan menggunakan akal sihat dalam membuat penilaian. Suatu perkara yang tidak dilihat positif sekalipun ia baik maka yang datang padanya adalah persepsi negatif yang akan menjadi tempat pertama penilaiannya. Ini la salah satu sikap yang patut dihindar kerana ia tidak membentuk sebaliknya membantut keperibadian mukmin sebagai khalifah Allah. Ia mesti disejajarkan dan disepadukan dengan dunia dan akhirat,kerana matlamat akhir kehidupan itu sendiri adalah mati(akhirat).
Dan tiada sebaik baik penolong itu hanyalah Allah taala jua dan kesalahan yang mengumbankan kita kedalam lautan dosa itu ada kerana pilihan kita sendiri.
Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong – yang lain dari Allah – yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk)-Asy-Syura 46
Dan tiada sebaik baik penolong itu hanyalah Allah taala jua dan kesalahan yang mengumbankan kita kedalam lautan dosa itu ada kerana pilihan kita sendiri.
Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong – yang lain dari Allah – yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk)-Asy-Syura 46
Wallahu a'lam
TPM-the
poor man
نور عزنان مزلن
Tiada ulasan:
Catat Ulasan