Pengikut

sELamAt DatAnG






Ahad, 14 November 2010

Maksiat Menjadikan Pelakunya berada Dalam Tawanan Syaitan dan Penjara Syahwat.

Maksiat Menjadikan Pelakunya berada Dalam Tawanan Syaitan dan Penjara Syahwat.

Merujuk dengan tajuk artikel ini dapat difahami akal yang ia adalah mengenai kesan-kesan maksiat keatas orang yang melakukan maksiat. Iaitu ia sentiasa menjadi tawanan syaitan yang dilaknat Allah taala yang mana pelaku maksiat itu ditawan dalam penjara syahwatnya sendiri. Dia terikat,terperangkap dan terbelengu dalam kehinaan dalam syahwatnya yang tidak dikawal. Ia menurut segala kehendak yang sedap pada nafsunya tanpa menjadikan wahyu sebagai kayu ukur dalam setiap perilaku.

Keaadan sebegini menjadikan dia lebih buruk dari tawanan penjara manusia,tidak ada penjara yang lebih sempit dari penjara hawa nafsu, dan tiada ikatan yang lebih sulit daripada ikatan simpulan hawa nafsu yang menjerut. Hati yang telah menjadi tawanan hawa nafsu,terikat dan dibelengu….bolehkah berjalan menuju Allah serta negeri akhirat? Adakah kemungkinan ia melangakah walaupun hanya selangkah??

Hati bila sudah terikat dengan nafsu,bila sudah menurut bisikan syaitan,macam-macam bencana dan kerosakan akan datng dari berbagai penjuru..Hati ibarat burung,semakin tinggi burung terbang semakin selamat ia dari bahaya yang ada. Jika ia turun nescaya bahaya bencana akan mengepungnya. Begitu umpamanya hati yang yang semakin jauh ia dari maksiat dan dari menurut hawa nafsu maka semakin selamat hati itu dari rosak dan mati.

Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud,An-Nasai,Ibbnu Hibban,Ibnu Khuzaimah dengan sanad Hassan dari Abu Darda’ baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:-
“Tidaklah terdapat 3 orang dalam suatu desa atau pendalamanyang tidak mendirikan solat secara berjemaah,melainkan syiatan akan menguasainya. Hendaklah kalian berpegang teguh dengan jamaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yangterpisah dari kumpulannya”.

Perumpaman dan ibrah dari hadis ini menerangkan yang seekor kambing yang tidak digembala atau dijaga oleh tuannya dan kambing itu berada dalam kawanan serigala sekaligus menjadikan kambing itu dalam bahaya,akan diterkam dan dibaham mati oleh kawanan serigala. Dan hikmah berjemaah menjadikan jiwa semakin kuat dengan ukhuwah Islamiah yang menjaga antara hubungan sesame manusia(  (حبل من الناسdan juga terjaga hubungan kita dengan Allah taala ( ( حبل من الله. Kambing yang jauh dari kawanan dan tidak digembala oleh si pengembalan samalah seperti hati yang jauh dari Allah, apabila Allah taala jauh dari kita maka mudahlah hati terpedaya dengan tipu daya syiatan yang halus.

 ganasnya rupa dia,tapi lebih ganas & rakus si syaitan membaham hati2 kita

Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziah menyatakan jika hati semakin jauh dari Allah maka cepat ia terkena bencana yang merosakkan,dan sebaliknya jika hati semakin dekat dengan Allah tentu setiap bencana kerosakan terhadap hati tadi akan menjauhinya. Beliau juga menjelaskan yang hati yang rosak dan sakit ada berbagai tahap keparahan jika bandingan diantara satu dengan yang lain. Kelalaian menjauhkan hati dengan Allah taala,bahkan kemaksiatan lebih menjauhkan hati dibandingkan dengan kelalaian..MasyaAllah..sungguh berbahaya kesan maksiat terhadap hati kita. 


Sumber asal: Ad-daa’ Wa Ad-dawaa’(penyakit-penyakit hati dan ubatnya) Ibnu Qayyim Al-Jauziah Rahimahullahuanhu.

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Tiada ulasan: