Dah merancang bercuti di sebuah kawasan air terjun bersama rakan-rakan.. aku akan membuat persiapan sehabis baik untuk memastikan segala kelengkapan percutian berada dalam senarai..
…kamera digital(snap the best moment)
…shelltox untuk spray nyamuk..
…pakaian yang sesuai dan peralatan peribadi lain seperti wang perbelanjaan dan lain- lain…
Oh ye handphone semestinya dibawa..
Akhirya pada waktu dan hari ditetapkan aku pun sampailah ke destinasi
memang seronok..selama 5 hari 4 malam..pasti macam-macam aktiviti menyeronokkkan..bersama rakan-rakan
Hati dah seronok..gembira..excited…apalagi..mesti ingin mengkhabarkan yang anda telah sampai kepada yang tersayang..atau mungkin dengan ibu ayah..
Tut ..tut..tut..tut..tuuuuut
alamak!
“Takde coverage la..line takde..satu bar pun takde..bar bateri adalah full…aduh..
Dalam hutan memang susah nak dapat coverage”…
Maka berlalulah hari pertama…tanpa menghubungi orang-orang penting yang selalu contact..tidak dapat dengar suara kekasih..sms pun tiada..kebiasaannya bangun pagi “good morning” nak tido malam
“good nite”….
2nd day…perh jiwa semakin kacau..
3rd day..arrrhhh..bosannya…
4th & 5th tak perlu cakap…segalanya serabut..insan penting tiada khabar…rindu???
Semestinya…..kata “mat saleh melayu”..i miss you like crazy…
Begitulah respons semulajadi kebanyakan orang bila hilang atau terputus contact dengan orang yang hari2 kita tengok,hari2 kita bersua mata,bergurau,makan bersama,bersembang dengan orang yg ada hubungan jiwa..a.k.a(also known as) kekasih ..mungkin juga isteri atau tunang…
Kalau pasangan bercinta(reminder-haram) sms satu hari berpuluh,calling bole layan sampai kesubuh..
Bila direnungkan…Agak-agaknya adakah reaksi yang sama berlaku pada diri,pada jiwa bila membandingkan hubungan kita dengan Allah s.w.t???
Gelisah bila lambat"bertemu"?? …serba tak sempurna hari2 yang dilalui..
Datang Rinduuuu sangat..feeling yang macam tuh ada ke saya??
Adakah ia terputus dari "merasa berhubungan" disebabkan hal2 dunia..
Hal2 keluarga…
Hal kerja..
Terlepas waktu…”takpe la nak buat macammana..tidur terbabas,bukan sengaja.” Ucapnya bersahaja..
“tak sempat nie kalau solat sekarang,kita solat nanti la ye”
macam2 gaya ucapan yang tidak berbaur Cinta pada “kekasih”… kenapa???
mungkinkah hakikat cinta haqiqi kita terlupa..
atau sibuknya dunia atas kehidupan kita menjadikan ibadat ialah tuntutan yang tidak berbekas dijiwa.
bukan medium membenih “cinta”..
Adakah cintanya saya pada Allah seperti cinta seorang kekasih??
Adakah rindu saya pada Allah seperti rindu seorang kekasih??
Atau mungkin hati saya tidak pernah tersentuh bila tidak dapat solat pada waktu..
Tiada kemanisan rindu untuk membaca ayat-ayat2 cinta Allah yang ada 114surah…
"Ya Allah, Engkau adalah Rabb ku,
Tiada tuhan selain Engkau,
Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu,
Dan aku berada dalam perjanjian denganMu,
Ikrar kepadaMu,
Yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuan ku,
Dan aku berlindung padaMu dari segala kejahatanyang telah aku lakukan,
Aku mengakui sebenar-benarnya akan nikmatMu kepadaku.
Dan aku mengakui dosa-dosaku,
Maka ampunilah aku
Kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa,
Kecuali Engkau"
ياالله
(terjemahan Sai’dul Istigfar)
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3556.
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fadhl memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Said Al Anshad dari Abdillah bin Rabi'ah Ad Damasyqiy berkata: Aidullah Abu Idris Al Khaukni menceritakan kepada kami dari Abi Darda' berkata: Rasulullah SAW bersabda "Termasuk doa Nabi Dawud adalah Dia membaca doa: (Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu untuk mencintai Mu dan mencintai orang-orang yang mencintai Mu dan amal perbuatan yang menyebabkan aku mencintai Mu. Wahai Allah jadikanlah cintaku kepada Mu lebih aku cintai dari pada diri ku sendiri dan keluargaku dan air yang dingin). Abud Darda' berkata: "Rasulullah SAW jika menyebut Nabi Dawud menceritakan tentangnya, beliau bersabda: "Dia adalah paling banyak ibadah di antara manusia pada zamannya."
(hasan gharib).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan