Pengikut

sELamAt DatAnG






Selasa, 26 Oktober 2010

Ilmu yang menjaga kita

Kita semua tahu yang ilmu itu suatu yang bermanfaat dalam kehidupan atas dunia dan lagi besar manfaatnya jika sampai ke akhirat yakni keran amal perbuatan (kerana Allah)hasil dari ilmu yang diperolehi semasa hidupnya manusia itu.Kalau yang educated tu biasalah dengar  dalam bahasa mat saleh "knowledge is power"-ilmu pengetahuan itu kudrat, bermaksud dengan kudrat itu yang miskin boleh menjadi kaya, yang bodoh menjadi cerdik, malah lebih manfaat ia bila mampu mencerdikkan orang lain. 
Sepertimana didalam kitab Maulana Syeikh Abdul Samad Al-Palembani "Hidayatus Salikin" beliau mengambil kata-kata Imam al-Ghazali Rahimahullahu Taala di dalam kitabnya yang mahsyur "Bidayatul Hidayah"
"dan ilmu yang memberi manfaat itu iaitu barang yang menambah takutmu akan Allah taala,dan menambah pula didalam penglihatan hatimu dengan kecelaan dirimu, dan menambah pula didalam pengenalan mu akan ibadah kepada Tuhanmu yang Maha Mulia dan yang Maha Tinggi, dan mengurangkan akan gemarmu kepada dunia,
dan menambah gemarmu kepada akhirat,dan membukakan ia akan mata hatimu dengan yang membinasakan akan amalmu hingga engkau memelihara diri daripadanya,
dan melihatkan ia akan dikau atas tipu syaitan dan perdayanya"

Kenyataan ini menegaskan bahawa ilmu yang tersangat manfaat pada manusia itu ialah ilmu yang menjadikan dia bertambah takut pada Allah taala, menjadikan dia cepat menyedari kejelekan diri dalam suatu perkara sekali pun perbuatannya baik tapi niatnya menyimpang dari maksud mencari reda Allah.

Tetapi harus difahami yang belajar pelajaran akademik seperti Bahasa Inggeris,Biology,Engineering dan sebagainya itu bukan tiada manfaat dan samasekali tidak ditegah agama sebaliknya ia merupakan fardhu kifayah dan dengan kebergunaan ilmu yang dipelajari tadi dapat menghindar seseorang itu dari kemiskinan asbab dia menjadi prasyarat untuk menjawat suatu jawatan yang memerlukan kepada ilmu dan kepakaran dari bidang tertentu. 

Jika seseorang tiada ilmu untuk menjadikan dia beroleh pendapatan sara hidup maka mungkin berpotensi besar terjerumus dalam kancah kemiskinan.Dan penyakit kemiskinan yang mendesak yang menjadikan seorang yang baik kadang kala terpedaya dengan nafsu maka memilih jalan mudah kepada perkara mungkar,seperti melakukan segala cara yang haram untuk meneruskan kehidupan. Di dalam agama sendiri menegah sikap manusia yang hidup suka meminta-minta seperti dijelaskan dalam hadis baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wassalllam

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1000.
Dari Hamzah bin 'Abdullah bin 'Umar r.a., dari bapanya, katanya Nabi saw. bersabda: "Seorang peminta-minta, kelak di hari kiamat dia akan datang menemui Allah dengan muka tanpa daging."

Untuk mahukan dunia mesti dengan ilmu, mahukan akhirat masih dengan ilmu,jika mahu keduanya sekali juga sangat memerlukan pada ilmu.
Dan orang yang bijak itu merancang hidupnya dengan ilmu kerana merancang hal-hal kematian. Sejajar dengan kalamAllah yang Maha Suci;

Al-Fatir :28 “…..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun

Dinyatakan dalam bab ‘menyatakan ilmu yang memberi manfaat dan menyatakan kelebihannya’ dari kitab Hidayatus Salikin;
  • Kadar suatu ilmu itu menjadi fardu ain dalam ilmu tauhid yakni sekadar ia mengenal dan mengetahui dengan akan zat Allah taala dengan sifat salbiyah dan tsubutiyah yakni sifat wajib dan mustahil bagi Allah,perkara yang membatalkan akidah,mengetahui rukun iman,beriman dengan segala yang dibawa oleh baginda صلي الله عليه وسلم. Dan mengenal perkara tauhid yang lebih dari itu maka ianya adalah fardu kifayah.
  • Kadar fardu ain pada ilmu syarak itu pula menjadi fardu ain dengan mengetahui bab bersuci(taharah),fardu sembayang,fardu puasa,fardu haji,fardu zakat dan segala yang membatalkan akan dia. Dan yang terlebih dari itu seperti furu’(cabang) fekah adalah fardu kifayah.
  • Kadar pada mempelajari ilmu tasawuf itu pula menjadi fardu ain dengan sekadar mengetahui perkara yang menjaga kesejahteraan amal ibadatnya itu dari rosak(fasad) dan terpelihara ia dari yang membatalkan pahalanya disisi Allah. Seperti mengetahui jika bersolat diserta sifat riya’ ujub atau sum’ah dalam ibadat merosakkan dan membatalkan ia akan pahala sembahyangnya.
*bahasa asal dari jawi lama saya cuba sesuaikan dengan bahasa standard dan cuba permudahkan untuk difahami.

Adapun mengenal ilmu yang menyucikan hati (tazkiya an-nufus) dari penyakit hati itu itu sangat diperlukan bagi kita setiap hamba Allah dalam mencari kesucian hati beribadah kepada Allah kerana tanpa memahami dan mendalami ilmu seperti ini menurut kata Syeikh Al-Syazili “siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini(tasawuf),nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya”.

Dan Imam Malik mengungkapkan
siapa bertasawwuf tanpa (memahami) fiqah sesungguhnya dia kafir zindiq,
siapa mempunyai fiqah tanpa bertasawwuf sesungguhnya dia fasik,
siapa menghimpunkan kedua-duanya(tasawwuf & fiqah) nescaya dia tahkiq

Faedah ilmu tasawwuf yang bertujuan mendidik hati dan mengenal Allah serta menjadi sejahtera nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang tercela. Lantas ia melahirkan insan yang beribadah bersungguh-sungguh,yang mencapai rasa kelazatan mencintai Allah dalam ibadahnya. Selain itu menjadikan insan dengan akhlak mulia dan berpegang dengan syariat agama.
Wallahua’lam.

Semoga Allah mengampuni saya sebarang kelemahan dalam tulisan ini.
 ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم


rujukan:
#Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin/susunan Syeikh Abdus Samad Al Falembani rahimahullahu taala
#Syarah Al-Hikam/Ibnu Athaillah Iskandari,disyarah Ust Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri Hafizahullahu taala

 
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Semoga Allah mengampuni saya sebarang kelemahan dalam tulisan ini.
TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

 

Rabu, 20 Oktober 2010

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
www.zaharuddin.blogspot.com

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual.  Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :  
  1. azab api neraka, 
  2. azab kubur, 
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan 
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta 
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w 
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat  banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  1. penceraian akan berlaku akibatnya, 
  2. pasangan zina mengandung, 
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu, 
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya, 
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?, 
  6. kejian masyarakat, 
  7. ditangkap basah dan diumum di media, 
  8. adik beradik mengeji, 
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati, 
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan, 
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Julai 2009
#this article was copied purposely to remind myself

Riba Kontemporari Dalam Kad Kredit Konvensional

 kad kredit islam adalah halal dan systemnya berbeza samasekali dengan kad kredit konvensional. Memang dalam keadaan serba maju dan laju,membawa wang dalam jumlah yang banyak tidak praktikal dari segi keselamatan,maka yang memerlukakan kredit ad pilihlah yang diyakini halal dari bank bank yang terjaga dibawah pemantauan badan syariah yang bertauliah dalam mengeluarkan produk muamalat islam

Adakah kad kredit bank islam dan bank rakyat tidak ada unsur riba sama sekali? sedangkan saya hanya membayar minima shj setiap bulan? TQ
UZAR : tiada riba, seluruh aqad dan prosesnya telah diubah dan disahkan oleh penasihat Shariah bank berkenaan. luaran memang nampak macam sama, tetapi tidak sama.
ayam sembelih dengan ayam tak sembelih, luaran memang sama tapi proses nya berbeza

Sesetengah peniaga menaikkan harga barangan sekiranya membeli menggunakan kad kredit. Apakah hukumnya di sini? Sebagai contoh, harga sebuah laptop ialah RM2000 sekiranya dibeli secara tunai. Namun sekiranya pembelian menggunakan kad kredit, maka harga berubah sehingga RM2050 dan saya perlu membayar kepada bank sebanyak RM2050. Adakah perbezaan RM50 itu dikira sebagai riba'?
UZAR : tidak ia bukan riba kepada pembeli jika kad kredit yang dipakai adalah Islamic, tetapi ia riba jika menggunakan kad kredit konvensional. RM 50 itu adalah komisyen yang akan diberik kepada pengelaur kad kredit. 


ustz a di sini ana ana ada sedikit keliru mengenai permasalahan diatasn yg berbunyi "Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan".

persoalannya adakah ianya sama bagi penjual yg menaikkan harga yg berkali ganda drp modal yg dibeli kpada pembeli 
UZAR : TIADA SBRG HUJJAH UNTUK HARAMKANNAIK BERKALI GANDA DARI MODAL, IA HANYA PROGAGANDA ORANG YANG TAK FAHAM HUKUM MUAMALAT.
YANG PENTING ADALAH MARKET PRICE. ITU SAJA



Ciri ringkas Kad Kredit:-
Antara ciri utama yang berkaitan dengan wujudnya Riba dalam kad ini adalah :- • Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna’ nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARIPADA BIL. Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.

• Kad ini mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak mana yang disukainya selagi mana di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), manakala jika bakinya di tangguh sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba. Selain itu berikut di sertakan beberapa ringkasan hukum berkaitan penggunaan Kad Kredit:-

1. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad
Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986. 


2. Kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar
Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu’ dalam bentuk peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,ms 14)
Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.
Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil’ bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri). 


4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)
Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-

a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain. Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian). Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa “Dimaafkan yang berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya” (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ (Menutup jalan haram dari berlaku). 


5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja
Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.
Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara’, kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim’ (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak. 


6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit
Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut “at-taqabud fil hal” dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit. 

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : “Proses terima serah “At-Taqabud” sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat”.
Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996. Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM  ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 )  Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan “ Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan” . Maka hukumnya : HARAM. 


7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf’) Dengan Kad Kredit.
Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.
Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal. 

Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu’ . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000. BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.
-bersambung- 

ini adalah artikel  http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/134-riba-kontemporari-dalam-kad-kredit-konvensional20-julai-06.html yang saya ambil sebagai simpanan saya dalam masalah muamalat kad kredit.moga ada manfaat jika yang memahami.InsyaAllah..

Isnin, 18 Oktober 2010

Maksiat mengeluarkan Dari Wilayah ihsan

 pengembara yang mencari reda dan cinta Allah dalam kesuraman cahaya keimanan

Di antara impak kesan perbuatan dosa adalah mengeluarkan pelakunya dari wilayah “ihsan”. Serta mencegahnya untuk memperolehi ganjaran-ganjaran,kebaikan-kebaikan orang yang muhsinin. Yakni orang-orang  dapat rahmat,ketenangan,kebaikan yang hanya diberi ke atas pelaku kebaikan itu sendiri.

Difahami dari jumhur ulama dengan beberapa hadis yang diakui kesahihannnya akan maksud ihsan itu ialah
“kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu     tidak dapat melihatNya,maka sesungguhnya Allah melihat kamu”

Sungguh jika ihsan ini berinteraksi dengan hati, nescaya ia akan mencegah hati dari mengarah atau mempunyai lintasan didalam hati itu dengan perkara-perkara atau perilaku yang menyalahi pada pandangan Allah Subhanahu wata’ala yakni maksiat.

Tidaklah seseorang menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, melainkan hati sanubarinya sudah dikuasai dengan zikir(ingatan) pada Allah yang tiada putus,rasa cinta yang mendalam seperti seorang kekasih,dan harap padaNya,seakan-akan dia benar-benar menyaksikanNya.

Hal(perihal ihsan) ini menghalanginya dari berkeinginan dengan perkara maksiat,larangan dan tegahan Allah sekaligus jauh sekali untuk mengerjakanya(maksiat itu).
Apabila si mukmin itu terkeluar dari wilayah ihsan yang disebutkan maka dia akan kehilangan persahabatan dan kebersamaan dengannya yang sifatnya khusus,dan terasingkan dari kehidupan mukmin yang menyenangkan serta kenikmatan mereka yang sempurna iaitu bahagia dan tenang dalam beribadah dalam mencari reda dan cinta Allah.

Di dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam bersabda yang bermaksud:
“tidaklah dikatakan beriman seorang penzina ketika sedang berzina. Tidaklah dikatakan beriman seorang peminum arak ketika sedang meminum arak. Tidaklah dikatakan beriman seorang pencuri yang sedang melakukan pencurian. Tidaklah dalam keadaan mukmin seseorang yang sedang merampas suatu barang yang tinggi nilainya sehingga orang-orang(yang dirompak) itu mengarahkan pandangan kepada pelakunya kerana rompakan tadi. Maka berhati-hatilah kalian; berhati-hatilah kalian. Dan taubat masih dapat dilakukan setelahnya.91
91(sabda beliau”berhati-hatilah kalian” adalah kalimat yg ditambah didalam riwayat Muslim)
Memang benar tersangat sukar mendidik jiwa ini menjadi hati yang baik, kerana itu mujahadah melawan nafsu merupakan jihad yang paling besar yang medan juang dan waktu tiada batasan.

Maka mengenali penyakit-penyakit hati itu merupakan langkah strategi orang yang berusaha mencari dan mengenal laluan nafsu yang tidak pernah kenal akan siksa tuhannya. Apabila kenal penyakit maka tahulah kita akan ubatnya seperti umpama seorang doctor yang perlu tahu jenis penyakit sebelum dapat memberikan ubat.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan rahmatnya pada diri ini yang hina lagi dhaif..Wallahu a’alam.

Sumber asal: ad-daa wa ad-dawaa’/ibnu qayyim al-jauziyah







نور غزنان بن مزلن