Abi! Auni Solehah, si kecil yang petah
berkata-kata..memangil ayahnya dengan panggilan “abi”.
“Kenapa awan kat langit tuh tergantung abi?”, “tak
jatuh pulak tuh” sambung si kecil petah berbicara…”ke tiang tiang dia kita tak
nampak ye abi?” laju menyambung bicara sebelum sempat si abi menyusun kata.
Sambil tersenyum memandang keletah anak perempuan
sulungnya, puteri yang bakal dididik dengan tarbiah Rasulullah s.a.w semoga
menjadi srikandi agama dan wanita syurga kelak. “Solehah sayang..tahu tak siapa
jadikan langit dan awan tidak bertiang?”
“Entah tak tahu” jawabnya laju.
“Sebab pencipta langit dan awan yang buat untuk kita
selalu fikir tentang Dia, melihat dan mensyukuri segala nikmatnya” jawab si
abi..sambil melirik ke mata anak kecil yang sedang belajar menerima apa sahaja
maklumat yang diterima. Kanak-kanak sememangnya belajar dari imitation
berdasarkan kajian pakar psikologi kanak-kanak. Mereka akan menerima maklumat
dengan mendengar dan melihat dan merakam dalam minda luar sedar kemudian
diterjemah kepada perlakuan dan perbuatan.
“ooo macam tu ye abi, supaya kita kena selalu ingat
dan syukur”..”tapi nak ingat siapa abi, nak syukur apa” Auni solehah membalas
bertubi soalan, kanak-kanak memang banyak persoalan fikir si abi, sebab itu
ialah salah satu fasa pembelajaran mereka dalam membesar.
“supaya kita selalu ingat Allah tuhan berkuasa yang
menciptakan Solehah, menciptakan abi, ummi, matahari, langit dan seluruh alam”
“dan Dia beri Solehah mata untuk melihat kehebatan
Allah menjadikan langit tidak bertiang, kalau tak Solehah tak dapat tengok
semua ni” sambung abi sambil tersenyum kepada anak kecil yang penuh semangat
mendengar. Dalam menjelaskan suatu perkara kita mesti memahami siapa pendengar
dan tahap ilmunya supaya perkara yang hendak disampaikan tadi maksudnya mudah
difahami. Lebih-lebih lagi dengan anak-anak, minda mereka sedang belajar,
bahasa mudah dan penerangan secara terus yang ringkas adalah teknik yang perlu
dikuasai ibu bapa bila melakukan tarbiah anak kecil.
Seperti seorang motivator luar dan penulis buku 7 Habits
highly effective people, Stephen R.Covey menyatakan antara rule 7 Habits
ialah seek first to understand than to be understood( belajar
memahami sebelum kita difahami). Memiliki empati yang tinggi adalah antara
kunci untuk kita saling memahami manusia lain dalam sudut pandang yang luas
bukan syok snediri. Di dalam buku Tarbiyatul Awlad karangan Syeikh
Abdullah Nasih Ulwan juga banyak mengklasifikasikan tarbiah anak secara
bertahap pada kadar usia mereka tertentu, dan menekankan ibu bapa adalah
murabbi(pendidik) yang perlu memiliki ciri-ciri seperti berilmu, amanah,
bertakwa, berakhlak dan mengamalkan nilai-nilai Islami sebagai role model.
“ ooo..begitu, Allah yang berkuasa yang ciptakan
langit,”
“Allah juga ciptakan Auni”
“Allah juga ciptakan abi dan ummi Auni yang baik kan?”
jawab si kecil sambil tersengih menampakkan gigi kecilnya yang putih.
“dan kita kena bersyukur sebab dapat melihat kehebatan
ciptaan Allah dengan mata yang diberi”sambung abi..
“betul!” jerit si kecil Auni Solehah. Abi ketawa kecil
dengan kepetahan Solehah. Dalam hatinya berdoa semoga Allah pelihara ia menjadi
seorang anak, seorang bakal isteri dan bakal ibu yang menjadikan Allah dan
Rasul sebagai tunjang hidupnya.
Melihat keunikan segala ciptaan alam bagi yang benar
benar berfikir akan mencari-cari siapakah yang berkuasa menciptakan ini dan
itu. Inilah dia fitrah kejadian manusia, kita pasti akan mencari cari suatu
kuasa yang mampu melakukan luar dari kemampuan manusiawi. Lihat bagaimana
anak-anak yang akan bertanya berbagai persoalan, bagaimana mereka ada didunia,
siapa yang buat awan, ada air ke di langit bila hujan turun, ini semua adalah
contoh pemikiran yang ada pada anak-anak ini kerana fitrah mereka masih suci,
akal mereka masih jernih. Berbeza dengan kita, melihat seperti angin lalu,
tiada kagum tiada berasa besarnya kuasa yang memegang alam ini. Sedangkan alam
kejadian inilah ayat manzurah selain ayat maqru’ah didalam Al-Quran seperti
yang dijelaskan oleh ulama.
Sebagai khalifah Allah, fikir dan zikir(ingat) suatu
yang tidak boleh diasingkan. Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara
sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali: membaca dengan
akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat maqru’ah(Al-Quran).
Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meniliti mesej ayat manzurah(alam
dan ciptaan Allah). Dengan berfikir kita akan tiba pada satu realiti bahawa
alam ini teratur dan pasti ada pengaturnya. Mustahil terjadi dengan sendirinya
dan mesti ada yang mencipkannya. Pada tahap ini berfikir semata-semata akal
tidak akan menemui jawapannya. Maka kerana itulah fikir itu mesti dirujuk
kepada zikir, yakni ayat Al-Quran. Didalamnya terjawab jelas nama, sifat dan
perbuatan siapa Pencipta alam yakni Allah rabbu jalil. Inilah yang dimaksudkan
oleh Professor Hamka melalui kata-katanya
Hujung akal(fikir) adalah pangkal agama(zikir)