SEJARAH
Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris , ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf. Sekiranya kita meneliti rantaian sanad yang diperolehi oleh ulama’ dunia seperti al-Muhaddith Tuan Shaykh Yasin al-Fadani , Tuan Shaykh Sayyid Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki , al-Muhaddith Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi al-Maliki dan ulama-ulama lain, kita akan mendapati nama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris tertera di dalam rijal sanad mereka. Juga, beliau masyhur meriwayatkan hadith Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali [1] misalnya sanad periwayatan di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris dan Imam al Bukhari hanya mempunyai 9 perantaraan.
Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi . Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir (Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah) .[2]
Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.[3]
Juga, diriwayatkan oleh Tuan Shaykh Muhammad bin Ali as-Sanusi bahawa sewaktu dia belajar daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris , beliau telah mengajarinya selain Tariqah Khidiriah juga Tariqah lain seperti Nasiriah, Naqsyabandiah, Uwaysiah, Suhrawardiah, Shadziliah, Hatimiyazamqiah dan Qadariah, sehingga Tuan Shaykh Muhammad As-Sanusi menganggapnya "Qutb". [4]
Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf.
Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf.
Al-‘Arif billah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Sanusi menamakan tariqah ini dengan al-Tariqah al-Muhammadiah. Beliau berkata, “Aku meriwayatkan al-Tariqah al-Muhammadiah ini dari pelbagai sanad. Sanad tertinggi yang kami ambil ialah daripada syeikh kami Qutb al-‘Arifin Imam al-Muhaqqiqin Maulana Sayyid Ahmad bin Idris …”[5]
Dari sudut keistimewaannya, ia merupakan tariqah yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W.Semua perkara yang terkandung di dalam tariqah ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada Rasulullah S.A.W dan Sunnahnya.
Sementara Shaykh kami, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris pula menamakan tariqah ini dengan Ahmadiah, sempena dirinya sendiri – semoga Allah menyucikan rohaninya – kerana Rasulullah S.A.W mengkhususkan tariqah tersebut kepada beliau dengan zikir yang lengkap, doa yang penuh rintihan dan sumber yang banyak.[6]
Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah S.A.W[7]. Dalam pertemuan suri di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris dengan Rasulullah S.A.W itu, Nabi Allah Khidr Alaihi Salam hadir sama. Rasulullah S.A.W telah mengarahkan Nabi Allah Khidr Alaihi Salam supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda menyuruh Nabi Khidr mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. [8] Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah S.A.W menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad tanpa perantaraan. [9]
Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris ini.
PENGASAS
Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh al-Sultan as-Salatin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris dan telah diperkembangkan amalannya melalui muridnya iaitu Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim bin Soleh ar-Rashid dan kemudian murid beliau pula iaitu Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi .
Mereka merupakan 3 orang wali yang mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah SAW secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqat ini dari Baginda [1]
Maka dengan ini tertambah nisbah tariqah ini dengan nama At-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah mengikut nama mereka sebagai pewaris segala kelakuan perjalanan dan rahsia-rahsianya.[2]
3) al-Qutb ar-Rawi Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi Mereka merupakan 3 orang wali yang mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah SAW secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqat ini dari Baginda [1]
Maka dengan ini tertambah nisbah tariqah ini dengan nama At-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah mengikut nama mereka sebagai pewaris segala kelakuan perjalanan dan rahsia-rahsianya.[2]
PEMIMPIN TARIQAT AHMADIAH IDRISIAH
- Tariqah Ahmadiah Idrisiah berkembang terus dari Benua Arab ke Asia Tenggara melalui usaha gigih pemimpin-piminpin tariqah kita. Dengan kewibawaan dan dakwah yang sempurna, Tariqah ini telah diperkenalkan ke seluruh pelusuk Dunia terutama di rantau ini.Antaranya :
- Shaykh Muhammad Sa’id bin Jamaluddin Al-Linggi (wafat 1926)
- Shaykh Abdullah bin Muhammad Sa’id (wafat 1956)
- Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id (wafat 1964) – Mufti Negeri Sembilan
- Shaykh Abdul Rashid bin Muhammad Sa’id (wafat 1992) (updated)
- Shaykh Murtadza bin Ahmad – Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
- Shaykh Faiz bin Ahmad
- Shaykh Abdalwahid-Felice Pallavicini
- Shaykh Yahya Sergio Yaha Pallavicini
- Shaykh Sholeh bin Muhammad Al-Ja’afari (wafat 1979) – Imam Masjid Al Azhar (Cairo)
- Shaykh Abdul Ghani bin Sholeh Al-Ja’afari
- Shaykh Abul Abbas bin Muhammad Ad-Dandarawi (wafat 1953)
- Shaykh Abu Fadl bin Abul Abbas Ad-Dandarawi - Al-Amir Al-Usrah Ad-Dandarawiah
- Shaykh Abds Shamad bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani (wafat 1894)
- Shaykh Wan Musa bin Abdul Samad (wafat 1939) – Mufti Kerajaan Kelantan
- Shaykh Abu Hassan Muhammad Al-Azahari (wafat 1939)
- Shaykh Daud Shamsuddin bin Omar (wafat 1976)
1 ulasan:
alhamdulillah.
Catat Ulasan