Pengikut

sELamAt DatAnG






Selasa, 5 Mac 2013

Lelaki TERBAIK Layan Perempuan Dengan Baik


Malam ni aku tak mengantuk..walhal baru balik dari Johor sampai Terengganu..tapi naik bas ar..agaknyersebab tu aku belum mamai walaupun jam dah 130 pagi. Puas golek-golek, tak sampai juga sleepy ni..Baru perasan tadi pas isyak aku layan cerita sambil minum Kopi Kapal Api..aiseh..bingkas bangkit dari katil aku aku pun taip la something.

Masa nak balik ke JB hari tu..Cuma ade 4 penumpang jer. 3 perempuan dan aku sorang. But on the way 2 orang turun da masa kat kuantan. So tinggal je aku dengan sorang perempuan. Aku terfikir sebelum ni aku tak rajin lagi ade dalam bas express 2 je penumpang. Yelah timing aku balik waktu siang ke selatan, mana ramai. Kalau malam betul lah ramai. Tapi the point is aku teringat isu-isu rogol penumpang perempuan,bukan nak kata semua driver bas tapi keadaan sekarang macam-macam boleh jadi.

Kesian kaum perempuan ni kalau bergerak long distance sensorang. Sebab tu Allah perintahkan bila sorang perempuan hendak pergi ke Baitullah untuk tunai haji datang dengan mahram atau teman rapat wanita@saudara perempuan. Semua ini untuk menghindar fitnah dan menjauhkan pandangan-pandangan yang berniat jahat. Bukan bersangka buruk, tapi Islam menjangka sesuatu yang preventive. Hati manusia,nafsu,bisikan syaitan tak boleh diduga sekalipun dalam buat haji.

Dan kaum lelaki kenalah faham,peranan kita dan tanggungjawab kita. Mereka perempuan ni adalah saudara lelaki biarpun takde kena mengena darah daging.
Sabda Rasulullah SAW, “Wanita adalah saudara kandung lelaki.” (HR Abu Daud).
Pesanan buat diri sendiri sebagai  suami,ayah,dan abang kepada isteri,anak dan adik dan saudara kepada mereka kaum hawa, makhluk bidadari.

Tips menjadi lelaki sebenar, sumber asal Ustazah Fatimah Syarha

1.      Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya ,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (Surah Al-Nisa’:19)

2.      Wasiat Rasulullah supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri. Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”(Riwayat Al-Tirmidzi)

3.      Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.
Sabda Nabi yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”(Riwayat Abu Daud)

4.      Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”(Riwayat Abu Daud).

5.      Larangan menyakiti isteri
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya pada malam hari?”

Baginda Rasulullah SAW sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”


Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”


“Aku tidak bertanya alasanmu, aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?” Sahut Rasulullah SAW.

Dan juga Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”[1] 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)
Nabi menegah memukul isteri sesuka hati. Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”, sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah SWT dan berwaspada daripada melampaui batas. Nabi SAW bersabda:

عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ
Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”
Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah, terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid! Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!.(Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar dan Imam Ahmad di dalamMusnad Imam Ahmad).



[1] Hadis ini menjadi contoh Rasulullah SAW menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya dan ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan “daraba” di dalam Al-Quran tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan  “daraba” sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan TIDAK BOLEH menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.