Arrhhh…memang bukan mudah nak menjaga
makhluk bernama hati dari sunyi berbuat dosa. Tapi logiknya memang manusia
biasa tak sunyi dengan dosa yang bukan Nabi atau Rasul semestinya tidak maksum.
Tapi itu bukan alasan, bukan helah, bukan jawapan untuk terus berada dalam daerah
dosa. Allahu rabbi…saya teringat pesanan tuan guru kami supaya sentiasa mohon
pada Allah mintak taufiq dan hidayah. Malah saya pernah bertanya secara berdua
dengan tuan guru bagaimana nak menjaga hati dari penyakit…sangkakan dapat
jawapan yang panjang atau tip-tip tapi jawapannya ringkas..mintak taufiq pada
Allah..
Apa dia taufiq…
Kita intai sekejap taufiq tu macammana
Menurut kitab Jauharah Tauhid,
pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong
seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam
dirinya.
Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan
hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa
kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA(http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16552.msg240609#msg240609)
Perbanyakkan taubat
Hati kita memang sifatnya mudah lalai mudah
lupa, saat hati terputus ingatan pada Rabbu Jalil, saat ini pertahanan hati
bergantung pada himmah seseorang melawan serangan, godaan syahwat. Maka kita
harus bijak menguruskan hati, kita kena kenal sifat dan hal ehwal hati ini saat
kita ramai bagaimana, saat bersendirian bagaimana, saat kita bersunyian, saat
kita ditempat ada perempuan, saat kita tidak puas hati, saat kita hendak marah,
saat kita melihat jualan diskaun dan macam –macam lagi…tapi ada jalan lain yang
mudah untuk permulaan…
Banyakkan taubat…kekalkan taubat…orang yang
selalu bertaubat akan kekal merasa diri tidak ada amal kebaikan, selalu merasa
diri berdosa. Tapi dalam bentuk yang positif bukan sehingga tidak ada wawasan
melakukan tugasan harian sebagai manusia. Bukan jadi malas belajar dan mencari
rezeki..konon itu adalah dunia maka ini ternyata satu konsep pandangan yang
keliru. Sedangkan dunia itu adalah tempat bercucuk tanam yang hasil tuaian di
akhirat kelak.
Menurut riwayat sahih, Nabi Muhammad
Sallallahu alaihi wasallam beristigfar seratus kali sehari, ada riwayat
menyebut 70 kali sehari…Manusia sempurna dan maksum, manusia yang namanya
terpahat dalam penyaksian kalimah agung syahadah, yang kerananya maka
terangkatlah terserlah keindahan penciptaan alam, tanpanya maka tiada sempurna
Islam dalam diri kita,seorang kekasih Allah masih memohon ampun,mohon taubat
kepada Allah rabbu jalil…
Di mana pula kedudukan kita,apakah sekadar
istigfar selepas solat yang tidak sampai 10 atau lebih. Kekalkan istigfar…kerana
istigfar mengilap hati dari debu dosa maksiat kita pada pemilik kita.
Ingat pada Teman kita selepas Mati
Kubur…
Banyakkan ingatan pada kubur…kita semua
adalah bakal penghuni kubur..pasti..cumanya kubur itu Islam atau perkuburan
bukan Islam..mati itu datang tidak kira masa..dimana-mana,bila bila masa….
- ·
Aku
adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan tahajud
- ·
Aku adalah tempat yang paling sempit maka
luaskanlah aku dengan bersilaturahmi,
- ·
Aku
adalah tempat yang sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran,
- ·
Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan
maka racunilah ia dengan Amal Sedekah,
- ·
Aku adalah tempat Munkar&Nakir bertanya,
maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat
"LAILAHAILLALLAH"
Selalu perhatikan amalan kita
…kerana
menurut sebuah hadis sahih riwayat Bukhari;
عن سهل بن سعد
الساعدي رضي الله عنه عن النبي محمد صل الله عليه وسلّم قال: انما الأعمال
بالخواتيم
Daripada Sahl bin Saad al-Sa’idi r.a, Nabi
s.a.w bersabda.”sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir”.
Dalam Kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari,karangan
Imam Ibnu Hajar al-asqalani, kata ibn battal: terdapat hikmah yang tinggi
seseorang hamba tidak mengetahui amalan terakhirnya. Andaikata seseorang
mengetahui amalan terakhirnya, jika ia ditentukan selamat, maka ia merasa
takjub dan malas beramal. Jika ia ditentukan binasa maka ia menambah perbuatan
jahatnya. Oleh itu dirahsiakan amalan terakhir seseorang supaya ia merasa takut
dan sentiasa berharap.
Raja’(harap)+Khauf(takut)= Amal terakhir.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada
kita semua
TPM
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي
العظيم