Pengikut

sELamAt DatAnG






Isnin, 22 Oktober 2012

SAYA TAK NAK MARAH-MARAH

nak jadi tenang seperti air,nyaman dan menyejukkan

SAYA TAK NAK MARAH-MARAH
Semasa on the way dari Johor Bahru ke Terengganu selepas ziarah isteri dan anak sulung di sana, kira dah masuk area Gambang…sebab bertolak agak lewat jadi hari pun dah gelap…da masuk waktu maghrib pun. Kebiasaannya saya  akan tune channel ikim.fm..tapi kalau lepas Mangrib saya memang cuba dengar radio Malaysia Terengganu bila da masuk area Terengganu..ada kuliah live dari Masjid Abidin Terengganu. Macam-macam topik setiap kuliah hariannya,tauhid,feqah,sirah,akhlak dan tasawuf…Kalau saya sempat selalunya saya dengar masa balik kejer siang selepas 715 pm..

Dalam saya driving saya layan jap Ustaz Mustafa beri kuliah tentang tajuk yang saya tak perasan, tapi satu yang memang saya ingat. Cerita tentang hati kita yang berpaut penuh pada Allah taala. Andai hati ni faham setiap apa yang berlaku adalah datang dari Allah maka kita tidak akan runsing, mengeluh, marah, atau benci dan yang sewaktu dengannya dan inilah sifat para Nabi,para Rasul,Para Siddiqin,para wali Allah.Dan berdasar ilmu saya yang cetek umpama setitik air dalam dasar sebiji cawan inilah satu bentuk tauhid af’al Allah taala(perbuatan Allah).
Sekadar perkongsian juga…JOm intai sikit apa dia tauhid af’al, nak cerita lebih gempak kena cari tok-tok guru alim saya Cuma bagi overview jer.

Tauhid Af’al yakni mengesakan segala perbuatan sesuatu balik kepada Allah taala. Kata seorang guru yang mengajar tasawuf, tanda orang sudah faham, sudah sampai kepada tauhidul af’al ialah telah terhenti marah dari dirinya. Maksud bukanlah tidak tahu rasa marah jika orang hina agama,Nabi atau apa-apa dari Islam tapi ia terpandu dengan cantik oleh iman. Tapi marahnya orang alim lagi arif sebegini bukan sama seperti marah orang biasa yang mudah kita mengerti dan fahami. 

Sifat-sifat hati orang yang meyakini segala datang dari Allah sekalipun hinaan, kejian, pukulan dan dizalimi datang dari perbuatan manusia tetapi bagi mereka golongan ariffin ia tetap perbuatan Allah sehingga orang sebegini tiada memahami akan selain ia adalah tarbiah,amaran atau khabar dari Allah pada mereka.

Kalau secara terperinci dalam dimensi ilmu tasawuf martabat tauhidul af’al ini sangat rumit jalannya untuk dicapai tanpa mujahadah yang betul  berdasar konsep tarbiah yang disepakati ulama tasawuf(nak cerita lebih tuan-tuan pi belajaq gan orang yang benar-benar ahli)

Sedikit contoh;
Apabila didatangi seorang Yahudi pemberi hutang kepada Baginda Nabi Sallalla hualaihiwasalam 3 hari awal sebelum waktu dijanjikan. “wahai keturunan yang sukar membayar hutang, segera bayar hutang yang saya berikan kepada mu Muhammad” provokasi si yahudi dengan sengaja. Baginda membayar dengan meminjam dari Saidina Umar dan menambah lagi lebihan lalu diberi kepada si yahudi tadi. Umar hairan,kenapa baginda berbuat begitu lalu bertanya akan sebabnya. Baginda Nabi Sallalla hu alaihiwasalam menjawab si yahudi itu telahmembantu saya dengan memberi pinjaman saat saya sangat memerlukan. Subahanallah…inilah akhlak mulia nabi..

Lain-lain
  • ·         Apabila kita yakin segalanya datang dari Allah, segala apa yang berlaku  disekeliling akan dilihat sebagai tarbiyah..
  • ·         orang minta hutang, kita tahu Allah sedang menuntut kita untuk menunaikan janji melunaskan hutang tanpa culas,kita tidak marah.
  • ·         Orang marah kita, kita melihat Allah sedang beri peringatan supaya hati jangan terlalu banyak merasa senang lenang tanpa ingatan padaNya, kita tidak marah.
  • ·          orang memuji kita, kita lihat Allah sedang mengukur sejauh mana ikhlas kita,adakah hati masih tersentuh atau bertambah khauf, kita tidak marah.
  • ·         Orang mengumpat atau mengutuk kita, kita lihat Allah sedang memberi tahu kita jangan merasa puas atau berasa sudah banyak dengan amal taat kita sehingga merasa diri baik. kita tidak marah.
  • ·         Orang enggan beri bantuan saat kita kesempitan dihimpit masalah, kita faham Allah nak kita tambah pergantungan hati padaNYA, kita tidak marah.

Dalil menguruskan marah
Hadith ke enam belas(16) dari kita hadith 40 karangan Imam Nawawi bertajuk jangan marah. Mari sama-sama kita mengambil pengajaran dari hadith ini.

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ ))
رواه البخاري.

Terjemahan Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan dsaya wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari)

Ringkasnya
  • ·         Sifat marah yang dicela: Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki hamun, mencela, memukul dan lain-lain.
  • ·         Sifat marah yang dipuji: Apabila mempertahankan yang haq(benar), melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.
Tip-tip untuk menguruskan sifat marah:
  • ·         Doa -agar dibimbing oleh Allah.
  • ·         Membiasakan diri dengan zikrullah -Quran, tasbih, istighfar dll.
  • ·         Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya -bidadari di Syurga, orang yang kuat ialah yang mengawal marah…
  • ·         Ta’awudz dari syaitan
  • ·         ambil wudhu’.Hadis menyebut marah itu ialah api,api itu syaitan.
  • ·         Ubah kedudukan -berdiri -duduk –baring
  • ·         Berikan hak badan -tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
  • ·         Beredar dari orang kita marah@tempat yang mendatangkan suasana marah.

Semoga Allah beri taufiq dan hidayah buat kita.
TPM-the poor man 
ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Isnin, 15 Oktober 2012

Meraih mawaddah mulakan dari rumah


Dalam Islam bila bercakap soal mawaddah(kasih sayang) kita akan melihat ia terbentuk dari dua rangkaian
1-Hubungan Dengan Allah
2-Hubungan dengan makhluk
·         Hubungan dengan Allah ini menghasilkan kasih sayang apabila dia meletakkan kasih sayangnya pada makhluk kerana Allah.
·         Anak yg kasih pada ibu bapa,berlaku ihsan pada ibu bapa.
·         Jiran mengasihi jirannya sebagai orang yg paling dekat dengan rumahnya selepas saudara kandungnya
·         Pemerintah sayang pada rakyat kerana amanahnya diterima dari Allah.
·         Suami sayang pada isteri kerana amanah dari Allah.

Tapi mawaddah yang benar benar meraih mawaddah Allah harus disulam dengan pimpinan agama syariat. Kasih sayang anak dibina dengan belaian,dengan fokus atau tumpuan atau perhatian,nasihat yang penuh perhatian. Bila anak-anak bercakap dengan kita  kebanyakan kurang berusaha memberi perhatian,mereka cerita pasal sekolah,pasal rakan. Sebenarnya mereka menuntut hak mereka. Hak diberi perhatian pada mereka. Tapi kebanyakan parents mendengar sambil lewa kononnya kita memikirkan perkara lebih dari itu.Urusan syarikat urusan rumah urusan itu ini..

Sejauh mana relevan pepatah
Sayangkan isteri tingal- tingalkan
Sayangkan anak tangan-tangankan
Pepatah ini kita teliti dan fahami terhasil melalui menurut kesesuain zaman dahulu,orang tua kita...pada masa itu suami keluar mencari rezeki kerana memenuhi tanggungjawabnya memberinafkah pada keluarga. Ini yang terhasil ‘tinggal-tinggalkan.
Dalam islam Islam ibu-bapa diberi izin merotan anak-anak, tetaapi dengan tujuan dan maksud memberi didikan, bukan mencederakan,merencatkan dan melemahkan mereka maka mesti dengan had yang Islam izinkan dengan prasyaratnya.
Ringkasnya pepatah ini relevan dan besar maksudnya jika difahami sebaik mungkin dengan pimpinan syariat yang benar. Kalau tidak semua suami sibuk tinggalkan keluarga cari harta, outstation sana sini sampai hilang tumpuan dan waktu berkualiti pada keluarga, tiada ruang member tarbiyah kepada anak anak sendiri kerana orang yang paling dekat ialah ibu bapa.

Perhatian Allah vs Perhatian Manusia
Barangkali kita terlepas pandang konsep kita sebagai hamba Allah ialah meraih kasih Allah taala yang  paling utama sebelum kita sibuk menilik untuk mendapat perhatian kasih sayang manusia.Inilah yang sebenar perjalanan seorang hamba yang mengangkat Islam sebagai cara hidupnya. Selari dengan firman Allah
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Kedudukan sebenar orang mukmin itu bukan menanti orang lain memberi kebaikan pada kita,menyanyagi kita dahulu  tetapi kita sendiri perlu bersikap terburu-buru  meraih kasih sayang Allah dan berlaku ihsan sesama makhluk dengan kasih dan sayang hanya kerana jalan Allah taala.Maka dengan izin Allah seisi dunia akan kasih pada kita.
Rakan kasih pada kita
Musuh menghormati kita

Bertemu kerana Allah berpisah kerana Allah-tersebut seperti riwayat sahih Hadis Nabi SAW.berpisah itu kerana menunaikan tanggungjawab masing, bukan kerana memutuskan silaturahim.
Manakala berpisah dari orang yg memudaratkan kita adalah bertujuan kita menjaga diri dan berhati supaya
kita tidak membiakkan rasa benci yg tidak patut ada pada jiwa mukmin.

Lebih kurang begini seperti apa yg tertulis dalam Ihya Ulumuddin;

1-Balaslah kebaikan dengan kebaikan
Balaslah keburukan dengan kebaikan
2-Doakan kebaikan orang yang hasad dengan kita
3-Dalam sakit yg perit kita masih lagi berakhlak kasih sayang dan memberi kebaikan pada orang,
menjaga kalam kita tanpa dipengaruhi oleh sakit kita.

Sebarkan kasih sayang pada anak-anak sewajarnya,moga-moga dia juga akan melimpah ruah kasih sayangnya pada makhluk lain.


ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Semoga Allah ampunkan dosa saya
TPM-the poor man