Pengikut

sELamAt DatAnG






Ahad, 17 Jun 2012

Datang dan Pergi Si Hidayah


Hidayah itu perbuatan Allah taala, kurnia yang sangat mahal harganya bagi mereka yang tahu menilai. Kerap kali hidayah itu singgah tapi ramai yang tak endah. 

1)“Abu! Jom kita pergi Masjid Pinang Merah, Ustaz Azhar malam ni”
   “oh..okay kau pergi dulu,aku ada training futsal”.

2)”Atan, kau tak elok cakap pasal dia macam tu, kalau salah jadi fitnah tau”
   “alah, bukan apa memang dah jelas dia macam tu,apa pulak fitnahnyer”

Tentu antara kita termasuk saya pernah lalui,bilamana ada ajakan kepada suatu kebaikan tapi kita melihat ia remeh dan biar peluang itu berlalu sepi. Kadang kadang bila kita ditegur oleh rakan baik supaya berhenti dari terus mengumpat, kita endah tak endah. Bagaimana jika hati kita peka yang sebenarnya Allah yang menegur kita agar menjauhi perkara keburukan dengan perantara manusia. Jika sedar akan hakikat ini kemungkinan kita tidak akan meremehkan cakap-cakap atau nasihat atau pelawaan orang lain kearah kebaikan.
Benar ini semua adalah buaian hawa nafsu, dan kalau kita bertanya pada mereka secara jujur adakah mereka tahu ia salah di sisi agama, hampir kebanyakan kita tahu ia salah. Tapi mengapa buat? Membentuk jiwa yang taat itu memang berat,memang banyak ranjau tipu daya syaitan yang kita kurang teliti. Bisikannya halus, sehalus yang menjadikan kita selesa dengannya hingga mengenepikan syariat, atau bahasa hakikatnya kita ketepikan Allah dahulukan nafsu. 

Jika dilihat dari sudut pandangan ulama tasawwuf ini adalah syirik ketuhanan dimana diletak dalam syirik khafi(tersembunyi). Ringkasnya setiap barang yang kita mendahulukan selain Allah dan meletakkan sesuatu pada darjat ketuhanan menjadikan ia perbuatan merosak akidah. Ramai yang tidak sedar akan hakikat ini lantaran sikap menjauhi majlis ilmu dan meremehkan bab perbersihan jiwa hamba yang sepatutnya didirikan dengan rasa ubudiyah(kehambaan). 

Hanya hamba yang sedar akan nilai hidayah itu akan bersungguh meraih, mengekal dan memperhalusi ia dengan taqwa dan iman yang hakiki. Dan hanya orang-orang yang tahu dimana matlamat akhir kehidupan itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih belas ihsan tuhanNya agar sepanjang hidupnya dipimpin hidayah Allah tuhan Yang Maha Pemberi.

Ada beberapa langkah pada hemat saya perlu di ambil sebagai strategi memelihara iman dan hidayah yang Allah kurnia. Digarap hasil pendengaran dari guru-guru agama dan bacaan saya cuba hightlight untuk peringatan buat diri.

1)Menuntut ilmu- rebut peluang ke majlis ilmu, belajar ilmu Islam semantap mana yang mampu, supaya kita sentiasa peka akan kelemahan diri dan dapat beramal dengan cara yang diajar Rasullullah sallallahualaihiwasallam dan ulama-ulama ahlu sunnah wal-jamaah. Jika dapat bertalaqi maka itu terbaik jika tidak ikut sekadar mampu cara ulama dahulu berguru, dan lebih ramai lebih baik kerana membuka pandangan kita lebih ilmiah tapi pastikan ia dari ulama yang berpegang dengan ulama-ulama muktabar takut terikut syiah atau yang tidak selari Manhaj Ahlu Sunnah Wal Jammah.

2) Berpaling dari makhluk dan kembali kepada Allah secara mutlak- berhenti melihat makhluk mampu memanfaat dan memudaratkan, berhenti dari mengharap dari mereka, berhenti beranggapan ada selain Allah mampu memanfaat dan memudaratkan, berhadap sepenuh jiwa mengharap pada rahmat dan kasih saying Allah semata-mata bukan kerana ganjaran dunia atau akhirat. Dan beramal dengan ikhlas yang tulus dan mengekal atau hadirkan muraqabah didalam jiwa setiap waktu semampu kita kerana itu namannya mujahadah nafsu.

3)Mentadabbur isi Al-quran- baca Al-quran, lihat tafsirnya, hayati dan ambil pengajaran darinya supaya semakin kenal dan bertambah makrifat kepada Allah. Mengambil ibrah dari kesesatan kaum terdahulu dan mengamalkannya dalam kehidupan. Mengambil pengajaran dari akhlak nabi,mengenal hukum hakam yang bersumber dari Al-Quran dan banyak lagi. Pesan nabi Sallallahualaihiwasalam dalam khutbah wida’ aku tinggalkan kamu 2 perkara nescaya kamu tidak akan sesat selamanya; Al-Quran & Sunnah.

4)Jangan meninggalkan zikir- Islam menyarankan kita supaya mengingati Allah dalam samada dalam keadaan duduk, baring, atau berdiri. Dan zikir seperti firman Allah satu-satunya penenang jiwa manusia “hanya dengan berzikir hati akan menjadi tenang”. Ibnu Attaillah dalam kalam Al-hikam menyebut “kelalaian engkau meninggalkan zikir lebih bahaya berbanding kelalain engkau didalam berzikir”yakni zikir tidak khusuk.

5) Cintai amalan sunnah- sedaya mungkin hidupkan sunnah nabi dan merasa kasih kepada baginda sallallahualaihiwasallam  semasa mengamalkan sunnah, kita meniru perbuatan orang dan insan terhebat yang menjadi rahmat kepada alam dan seharusnya kita berasa gembira. Kita tiru dan amalkan AKHLAK baginda, bagaimana cara menegur kesalahan,bagaimana mengurukan perbalahan dan macam-macam lagi kecantikan akhlak baginda Sallallahualaihiwasalam…MasyaAllah.

6)Selawat- perbanyakkan selawat, menurut  Syeikh Habib Ali Al-Jifri dari gurunya, sekurang-kurang 300 kali setiap hari. Jika tak mampu buat setiap kali selesai solat fardu 10 atau 15. Malulah kita sepatutnya kerana Allah dan malaikat sendiri berselawat ke atas rasul sallallahualaihiwasallam.

gunakan akal yang bijaksana, pilih yg kekal dari yang fana,
pengaruhnya dunia jika terkena, ajal pun sampai kita ternganga.
~Almarhum TG Hj Ali ,Siliau

Wallahua’lam
12:27 pm
23/5/2012

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن