Pengikut

sELamAt DatAnG






Sabtu, 19 Mac 2011

MUHASABAH 2





BERSYUKUR DENGAN DUA SYUKUR
كلّ نعمة تصل إلى الإنسان عن طريق إنسان آخر، يجب عليه تجاهها شكران: شكر لله على إنعامه، وشكر للإنسان الذي كان واسطة لوصول هذه النعمة.
Yang bermaksud, Setiap nikmat yang sampai kepada manusia adalah melalui manusia lain. Maka wajib ke atasnya melakukan dua kesyukuran: Syukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat-nikmatNya dan syukur kepada manusia kerana dia menjadi perantara menyampaikan  nikmat itu.





TAKUT MENJADI RIAK
ترك العبادة خوفًا من الرياء هو عين الرياء
Yang bermaksud, Tidak menunaikan ibadah kerana takut menjadi riak maka itulah sebenarnya riak.
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

AKIBAT KEKENYANGAN
قال الشافعي رحمه الله:
الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة.
Yang bermaksud, Kekenyangan membuatkan badan menjadi berat, mengeraskan hati, menghilangkan kebijaksanaan, membuka ruang untuk tidur dan melemahkan diri daripada beribadat.
Dipetik daripada kitab Mawa‘iz al-Imam al-Syafie, Saleh Ahmad al-Syamiy, al-Maktab al-Islamiy






ANAK KUNCI NERAKA & SYURGA


مفتاح جهنّم الغفلة ومفتاح الجنة الذكر والحضور مع الله تعالى
Yang bermaksud, Anak kunci bagi Neraka Jahannam adalah sifat lalai, dan anak kunci Syurga adalah zikir (sentiasa mengingati Allah) dan sentiasa hadir (beribadat) dengan Allah.





ORANG ZALIM

إذا أراد أحد أن يظلمك فهو تحت قهر القهّار، ولا يستطيع أن يفعل شيئا بدون علمه وإذنه وإرادته تبارك وتعالى.
Yang bermaksud, Jika seseorang ingin melakukan kezaliman kepada kamu maka (ketahuilah kamu) bahawa orang tersebut sebenarnya berada di bawah kekuasaan Yang Maha Berkuasa (Allah). Dia tidak mampu melakukan sesuatu pun tanpa Ilmu, Izin dan Kehendak Allah SWT.



IMAN YANG LEMAH 
الإيمان الضعيف سيفه لا يقطع رأس المخالفات. فإذا نظر المؤمن امرأة أجنبية وغض بصره عنها ولكن الصورة بقيت فى قلبه يشتغل بها، هذا من ضعف الإيمان.
 Yang bermaksud, Iman yang lemah, pedangnya tidak mampu memotong punca perkara yang bertentangan dengan Islam. Sekiranya seorang mukmin melihat seorang perempuan ajnabi (bukan mahramnya) kemudian dia menutup matanya tetapi masih terbayang lagi gambaran perempuan tersebut dihatinya dan dia leka dengan perkara tersebut, maka itulah sebahagian daripada tanda iman yang lemah.

 SYARAT BERAMAL
لا بد لقبول العمل من ثلاثة شروط:
1.   أن يكون موافقا للشريعة.
2.   أن يكون مع الإخلاص.
3.   أن يكون مع الإحسان.
وإذا لم نتحقق بهذه الشروط علينا بالاستغفار، لا بد أن نؤدي وظيفتنا ونهتم بأداء شروطها، وأما القبول فهو على الله تعالى. إن قبل فبرحمته، وإن لم يقبل فبعدله.

Yang bermaksud, Supaya amalan kita diterima maka hendaklah memenuhi 3 syarat ini:
1.     Ianya dilakukan mengikut syariat.
2.     Ianya ditunaikan dengan ikhlas.
3.     Ianya dilaksanakan dengan ihsan.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat ini, hendaklah kita beristighfar. Tidak boleh tidak hendaklah kita melaksanakan tugas kita (beribadah) dan  berusaha menunaikan syarat-syaratnya. Sama ada ianya diterima maka itu terpulang kepada Allah Taala. Sekiranya ianya diterima maka itulah rahmatNya dan jika tidak diterima maka itulah keadilanNya. 
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

SIFAT 'UBUDIYYAH



Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ). Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.

Dalam hal ini manusia (Muslim) terbahagi dalam tiga keadaan:
i.                    Mereka yang melakukan ibadah.
ii.                  Mereka yang melakukan maksiat.
iii.                Mereka yang melakukan perkara yang harus (  المباح  )

Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah, mungkin dia mendapat sifat ‘Ubudiyyah, dan mungkin tidak memperolehinya seperti ibadah orang-orang yang lalai. Manakala orang-orang yang melakukan maksiat, dia tidak akan memperolehi sifat ‘Ubudiyyah sehinggalah dia bertaubat. Di sini taubat dikira ibadah yang bersama-samanya sifat ‘Ubudiyyah. Sementara mereka yang melakukan perkara yang harus bergantung kepada niat. Sekiranya dia berniat kepada Allah ketika melakukan perkara yang harus maka ia menjadi ibadah, seandai sebaliknya maka luputlah sifat ‘Ubudiyyah kerana tiadanya ibadah serta ianya dikira adat kebiasaan sahaja.
Oleh Imam al-Nabusiy, dalam kitab Haqa’iqu al-Islam wa Asraruhu, Dar al-Turath al-‘Arabi, 1986. Nama penuh beliau ialah Imam Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy bermazhab Hanafi.

 
TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Tiada ulasan: