Pengikut

sELamAt DatAnG






Khamis, 8 Disember 2011

Tahyat awal dan akhir angkat jari telunjuk kenapa??sunah atau bidah...

بسم الله الرحمن الرحيم   

Lama betul tak masuk entry dalam blog. Nak kata sibuk pun tak nak kata lapang pun tak juga. Malas aku ni adoyyai...tak istiqamah..semoga Allah menjadikan aku tetap pada laluan kebenaran.Amin...

Sharing is caring...

Tahyat awal dan akhir angkat jari telunjuk kenapa??sunah atau bidah...ramai yang buat tapi tak tahu menahu mana datang, ramai yang ikut-ikut sebab tok nenek mak ayah buat dan guru mengaji ajar lagu tuh.

Takpe sekarang saya nak share la sedikit pengetahuan yang boleh manfaat bersama..

Perbuatan mengangkat jari ketika duduk tasyahud(tahyat awal/akhir) semasa membaca syahadah

                                          أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله
       Isyarat jari semasa tasyahud, menurut hadith yang terdapat dalam bab isyarat "musabbihah" . Baginda Nabi Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Nabi  s.a.w apabila duduk semasa solat, Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jari (jari telunjuk) dan kemudian derdoa ketika itu"
(Riwayat Muslim no.113)

Dan daripada riwayat lain, daripada Ali bin al-Ma'awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a dan padannya Abu Bakar al-Siddiq, berkata : " Aku nampak Abu-Bakar al-Siddiq mengenggam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk ".
(Riwayat Humaidi)

Kefahaman yang dapat kita bahaskan ialah kedua-dua riwayat hadis sahih ini menjelaskan dengan terang perbuatan mengangkat jari telunjuk itu adalah suatu sunnah yang mana Baginda s.a.w melakukannya dan dicontohi oleh sahabat.

Walaubagaimana pun menurut sumber kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih ukhbat al-Fikr, Dr.Abd Sami' al-Anis,hlmn 146 tidak menyebutkan tentang Nabi s.a.w mengerak atau menggoyangkan jari selain mengangkat seperti keterangan hadith di atas.

Para ulama menyatakan dikhususkan jari telunjuk ketika tasyahud adalah kerana hubung kaitnya yang bersambung terus ke hati, maka dengan menggerakkannya dapat mendatangkan kekhusyukkan.
(Subul al-Salam,jil 1,hlmn 363)

Jawapan diperolehi oleh Ibn 'Abbas ketika beliau ditanya soalan yang sama, beliau menjawab:" ia adalah tanda ikhlas" . (Riwayat al-Baihaqi)

Dan Imam Nawawi rahimahullahuanhu pula berkata selepas itu:"Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah kiblat dan berniat ketika itu 'tauhid dan ikhlas'.
(Sharh Sahih Muslim)

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Wallahualam.......

Selasa, 4 Oktober 2011

Oh ibu

Subject: KENAPA SEORANG IBU BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK, TETAPI 10 ORANG ANAK TAK BOLEH NAK JAGA SEORANG IBU?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqElN9O8Q3pXQGX6fJf8OGMReCS0eOrGFyxq2IlCc50e2CXw9BorwlHegUV3PEFyYw1IVdK8tA3ZCXg33S4J_5QOClFWSK3eSxbT9eKXtUxjpwYsJ5TTpJnbbFkgDKUcgvQXECb01H2_0/s640/i01c.jpg

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAjZH0768FUiGDfDPZ-zJXutlqjbj3-KoHRD1sd2b4tYojv19_FmNZQ9spYsZuUdMtq-taT4VTbRXc_Q1eOzJ44sylxfcaQmGJc0EA6HIIp1NzIHhWjHqc1ajI_mGxRDLW6OinTHMVx3I/s640/i02c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7fw7g2WuecAaqYPwuya1zbwxICkDMByxPt8v1EZqRg8bG_slslKVwsM0pT9NOFktKhU62XjJmFF_qL5tQXEbXtmYs2MLFj0onKir7ZTjqpunP_gCOB18gLt-lITuRtnheIKZtlg8FwRI/s640/i03c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeLbDWLfScF1RYSRZwmpXBobcC1OM9upbTlT4VB6vYm_5M-wHZNL42RBgLMwwZBioQUmyRnw2AnCocQS-Kz1zKEbE8nD1_KgD5kr20I_wuMeU5uTDyQXImQQzq0biTLbidAlZIMgFRT28/s640/i04c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioW-paB_GwiaAlNbA4cRhHB8MQ0Jca2YavhirYi5gaYnmZqYAgB6oM9zJd3q5Ybwiy9SlaHZdPmJULDiiv1fzEE_GKA1wpGWS6sctixPSaLSG1MaDRTq0gYBs3XwylTiXPUxG0Y6P7nZ4/s640/i05c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggbUnKX1dkK4eFvHh30jtjdGl0V5PaEx2cl1BbRMYgkR7FLQqQ6xygxSrYYbxCuf0Anr9IsrWqV7q2m094Q7_tKJ28Yt6QUwg2GsX9orn6AICNFtow_YShq3O-glKzLC5T8BQnwi_ZWDU/s640/i06c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizhMCHaUvwUDk0vwQk0L-PkLZPWgZIyMvhwR-zGIjENKuTFpZRwjHaXK9xSCy2c8P8CFjNUstLLzo6OLZ4UsO4IBdW0LanTyateHsjT5mwuwvWEwcd3HHVoPMZRnyADrdhmIvc0HJzTFM/s640/i07c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjobqpySDjcYtEOTeYJQRxqgo7WwfM6KJ5QoIciLBwS4d31sdP5JC5CazQtPlKSx4CwbTtTRsqnJW5wqWMdy3n8jf85nuV0amlbadxQsxWuhj4WGj_LZnl-_CLzL30Sji4pofYCUIGwuA0/s640/i08c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhRvaiYy9y4xJZJY_ha15BukvRWXEAH9wn05mmzhAeHZMeIb7zvKJUgni_gM9bZnGCMNPz8UPn1ldjA0e0DriLDXPh0n2HwcDExl8D1bKqNyMJVuFDHQHMOyi2xanvBpBJl6PphMJ1BE/s640/i09c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkEpHv08GDIpQP3aPBQcTTOsWBndVJIKmvH2-4auQXQkalYijC0YlWznebfwQlPmpQGN2SVHOSIMYZen3Dqflhr7wO1j9YDgy9CLkZo3Fwn3N1u3V1QKptef7F1qgvR3aGSbnjyxDkO3M/s640/i10c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3NfQgqGXHm5MPz05jduWjWEG8l11f1vPQEdXD1Em3mJ5MbTrzdhxBUkdiM1VbpvyA3MRdW0nTizCpn5RxOWScyiwv08zxSpZmir8OQ8ROh6K03enseG_pF462Gx93RXvoPYQ6G8lfEz4/s640/i11c.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-01ueFACXanHP7KTUlyDm1SO1skqkdC3CnojYk-YQH_k8O7zKNE2jEhhPuYZtOrhfndTWOylOeerWg-S1y71SomIJPDS1JPse9azKZ_XMU1vpW4WPxRjP6i42FDSmKRNN9MFUOv_4kOo/s640/i12c1.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTnd9-ffkRcSu7CWq3z__K9lEGMz1Nnp7aGG13-KYeSLPMJXOpx_fePffE-7MzL9dXrWbG1o3BIS4QJXepL_7z3AxZf8xh0BnkqiLrdPkAKO3ZGEVaK4OmlVfNqA6h7cFg7VQ1rYplswQ/s640/i12c2.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5xuLt-EQ_53YHfFTvRFIcZA8NjUe9w25y2v9v06C6-tWqyp3evSP5tn0hhkOmvFbiT1P83fRwaFXdSWRC5FxeglYU6vjc84luMlAMNxOoARP6ImuiHfrTRQwRe7Hs4ruzuQHB6dkjigU/s640/i12c3.jpg
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1qG6OhZYlG1wkhaTBfGb7xsucNzDXNxgSOPbLVfWFOWfJ7uW1hkze1Cil1vEaCSzHzH5Q98R5Wtdh9-ONHS5f8-BJHb_X1BSNMM7J-0M0GFqgKzAlnwxkEoiYcb5cjB_GNu6fZZ5fE3w/s640/i13c.jpg
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2177.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia bertanya, "Siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku?" Jawab Rasulullah saw., "Ibumu!" Tanya, "Kemudian siapa?" Jawab, "Ibumu!" Tanya, "Kemudian siapa?" Jawab, "Kemudian ibumu!" Tanya, "Kemudian siapa?" Jawab, "Kemudian bapamu!"
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0924.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. ziarah ke kubur ibunya, lalu beliau menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian beliau bersabda: "Aku mohon izin kepada Tuhan ku untuk memintakan ampun bagi ibu ku, tetapi tidak diperkenankan-Nya. Kemudian ku mohon izin untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankan-Nya bagi ku. Kerana itu pergilah kalian ke kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kalian kepada maut."
 

Isnin, 4 April 2011

Peringatan buat diri:hati-hati dengan riya’



بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah tuhan yang maha yang memegang hati-hati hambanya, tuhan yang tidak beranak atau di peranakkan. Yang memiliki timur dan barat dan berkuasa dengan megah kerajaanNYa di langit dan di bumi.

Riyak@riak@ri’a atau apa saja pangilan kita guna tapi saya maksudkan benda tu la..riyak. Adakah orang yang beli kereta MyVi di panggil riyak? Berbanding orang yang membeli kereta BMW new series(aku tak ingat series baru)…tentu kita akan kata yang BMW tu la kan..yeke kenapa bukan yang Myvi tuh..sebab kereta murah harga? Simboliknya saya nak menunjukkan yang riyak ini menjadi fitnah kepada orang yang melakukan suatu perkara baik lebih dari orang lain@orang yang melihat@orang yg mendengar.

Kita kena tahu yang sifat berlawanan bagi riyak ialah ikhlas. Secara mudah maksud ikhlas itu tiada sedikit rasa istimewa pada diri,tiada rasa menagih balas,tiada untuk dikenang,tiada ingin untuk dimahsyurkan bagi dirinya dan ia perlakuan yang semata mata hanya kerana Allah S.W.T saja hajatnya.

Riyak itu agak sedikit berlainan dengan sifat berlagak sombong atau angkuh kerana ia adalah rasa hati didalam sanubari orang yang berbuat amal kebajikan dan sangat halus untuk kelihatan sifat orang yang berlaku riya pada mata kasar kita. Cuma lazim kita mendengar orang berkata bila melihat kebaikan amal seseorang seperti solat sunat qabliah, ba’diah. Ada mulut mulut yang berbisik

 “huh menunjuk la tu”
“mentang mentang orang kampong ramai(jemaah)”

Atau bila seorang rakan yang baru pulang dari haji

“pakai ketayap lepas haji ni, saja nak menunjuk kot”
“Orang lain pun pergi haji, kenapa baru sekarang pakai”

Begitulah antara dialog popular yang banyak lagi tapi sengaja tidak dinyata. Ini sebenarnya kesilapan orang kita yang sememangnya cepat menilai dari luaran. Atau secara umumnya sikap manusia yang memang luaran itu menjadi tempat tilik pandangan bagi suatu perkara. Hakikatnya mereka cuba menilik hati orang dengan luaran. Pasti ini bukan perilaku yang tepat yang sejajar dengan Al-Quran & Sunnah

Sepertimana Sabda Baginda Nabi S.A.W yang bermaksud hati manusia yang meniat akan sesuatu itu yang menjadi nilaian bagi Allah sama ada ikhlas atau sebaliknya

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0001.
Disebut juga di dalam Hadis Arbain Imam An-Nawawi
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah"

Hadis ini cukup menegaskan yang kita mesti menjaga niat dalam setiap amal kebaikan kerana dengan niat juga kita akan beroleh ganjaran setara dengan niat itu. Jika tidak maka pasti sia-sialah amal kita.

Betapa bahana riyak ini bukan sahaja menjadi sasaran hati orang awam bahkan golongan ilmuan agama juga tidak sunyi dari serangan penyakit ini. Mungkin saya boleh kaitkan yang riyak ini sebenarnya adalah kerana hati kita tidak benar benar ikhlas sebagai hamba Allah dan disebabkan itu ia juga bersangkut paut dengan sikap takbur. Orang yang masih bersarang takbur di hatinya sentiasa merasa diri ada keistimewaan,ada kelebihan seperti merasa suaranya mengalun ayat Quran lebih merdu dari imam, merasa ilmunya lebih kerana kelayakan akademiknya, merasa dia yang lebih ahli dengan suatu bidang kerana ijazah yg berkaitan, lebih elok perilakunya dari rakan serumah yang tidak solat, bila yang sudah menutup aurat sempurna memandang sinis golongan yang masih terbuka dan bermacam keaadan dan situasi yang berputik kerana takbur. Sekalipun rasa itu hanya sebesar molekul atom.

Ini dapat jelaskan kerana dalam jiwa itu ketiadaan rasa kehambaan yang benar sebaliknya masih tersisa takbur di hati. Bila terzahir pada luaran perilaku ini maka kita nampak dengan mata yang si dia itu berlagak@sombong@angkuh dalam percakapan atau perbuatan, bilamana dia tersembunyi jadilah ia rasa riyak yang berharap dilihat baik di sangka baik sekalipun amal@kata-katanya tentang yang baik.

Ibnu ataillah menyebut dalam kalam hikmahnya yang mahsyur itu
Ada kemungkinan masuknya riya’ dalam amal perbuatanmu dari arah yang tidak ada orang yang melihat kepadamu 

Penjelasan;
a)Riya’ nyata- beramal di khalayak orang UNTUK dilihat itu riya’ yang terang jelas. Sengaja dipamer bukan niat semata-mata atas nama ibadat. Berharap sesuatu dari pandangan manusia.
b)Riya’ samar-Beramal sendirian pula tidak ada yang ketahui, tetapi kerana merasa diri sudah beramal, segera diri merasa untuk dihormati, jika ada keperluan hendak supaya lekas-lekas orang membantunya, jika membeli hendak harganya dikurangkan, sekiranya ada yang tidak hormat padanya ia mengharap semoga terkena siksa atau balasan Allah.ini semua kerana merasa diri beragama.

Sabda nabi dalam sebuah hadis “syirik itu ada yang lebih samar dari jalannya semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap


Jangan mudah menuduh riya’
Betapa halusnya ia menyusup ke dalam hati kita. Demi Allah jika bukan kerana rahmatnya tidak ada seorang dari kita terlepas dari dosa. Maka marilah kita sama sentiasa bermuhasabah dan berlaku ikhlas sebagai hamba.

Selain itu sifat bersangka baik “husnudzan” juga sangat penting kerana ini yang berlaku dalam keadaan kita tidak ingin mempamer atau menunjuk takut dikata riya’ kita pula menuduh orang riya’ atau menunjuk hanya berdasar pada rasa hati kita yang tidak menyenangi atau mungkin kerana kita tidak beramal sepertinya.
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1559.

Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Zaid bin Al-Hubbab, mewartakan kepada kepada kami Musa bin 'Ubaidah, mewartakan kepadaku Sa'id bin Abu Sa'id, dari Al-Adra' As-Sulamiy, dia berkata: Saya datang malam hari untuk menjaga Nabi SAW., maka tiba-tiba ada seorang lelaki yang bacaan (Al-Qur'an)-nya keras. Lalu Nabi SAW. keluar, maka aku berkata: "Wahai Rasulullah, orang ini berbuat ria’ (pamer). Selanjutnya, Al-Adra' berkata: Lalu dia -seorang lelaki tadi- meninggal dunia di Madinah. Kemudian mereka selesai mengurus jenazahnya, lalu mengusung keranda jenazahnya. Maka Rasulullah SAW. berkata: "Kasihanilah olehmu sekalian akan dia, semoga Allah mengasihaninya. Sebab dia itu mencintai Allah dan Rasul-Nya". Selanjutnya perawi berkata: Dan -ada orang- menggali lobang kubur untuknya, maka Nabi SAW. berkata: "Luaskanlah olehmu sekalian -lobangnya- untuk dia, semoga Allah meluaskannya". Sebagai sahabatnya berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh engkau merasa sedih kerana dia". Beliau menjawab: "Ya, sebab dia itu mencintai Allah dan RasulNya".

Bila diamati isi hadis ini sebaik-baiknya dapat dilihat yang lelaki itu mengaji dengan suara keras@ jelas semasa hayatnya dituduh riya’ oleh sahabat. Akan tetapi baginda Nabi memuliakannya kerana lelaki ini menyintai Allah & Rasulnya dan wajib kita yakin Rasulullah S.A.W  insan istimewa dan apa yang ada pada pengetahuannya itu wajib dipercayai.

Tidak perlulah kita bersusah payah melihat kesilapan orang lain sedangkan kejelekan sendiri tak diteliti. Hanya berserah pada Allah jua amalan dan kebajikan yang dibuat. Tidak ada keuntungan perbuatan itu sebaliknya menambahkan noda hitam dalam hati yang tidak dijaga. sudahla buang masa, tidak rajin ibadat, suka pulak menambah dosa free.

Takut dikata riya’
Ada pula keadaan lain kita ni takut rasa nak buat amal kononya takut orang mengata. Dari elok-elok niat hendak solat sunat ba’diah dibatalkan buat. Sebab ada kawan sebelah nanti mengata

 “ eleh baik pulak solat sunat, perangai sama je gan aku”

Bila hendak duduk di saf hadapan waktu solat takut dikata riya’

“bukan main depan duduk, baik konon…”

Macam-macam situasi yang dilalui, sampaikan nak memulakan salam bila bertembung dengan orang pun jadi berat mulut. Semua kerana hati terlalu memikirkan apa pandangan makhluk pada kita. Penilaian makhluk menjadi lebih besar dari pandangan Allah…bolehkah begini kita dapat membentuk peribadi hamba Allah yang kamil??

Bulatkan hati kita beramal semata-mata kerana Allah dan fahami serta perhalusi keikhlasan kita kerana orang yang takut berbuat amal kebajikan kerana dipanggil riya’ itula dia riya’

ترك العبادة خوفًا من الرياء هو عين الرياء
Yang bermaksud, Tidak menunaikan ibadah kerana takut menjadi riak maka itulah sebenarnya riak.
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Larangan berbangga diri

firman Allah S.W.T yang bermaksud

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى
“maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengatahui tentang orang yang bertakwa”(An-Najm:32)

Nabi Rasullullah S.A.W.
“Allah s.w.t mewahyukan kepada ku ‘rendahkanlah hati kamu agar seseorang tidak berbuat jahat kepada orang lain dan seseorang tidak membanggakan diri atas orang lain’. (sahih muslim dan sunan abu daud)

Dalam hadis yang lain
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2903.
maksudnya :"Mahmud bin ghailan menceritakan kepada kami, Qubaishah memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami, dari Habib bin Syahid dari Abu Mijlaz, ia berkata :"Muawiyah keluar, Abdullah bin Zubair dan Ibnu Sufyan berdiri, maka Muawiyah berkata : duduklah, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang merasa bangga, apabila ada orang-orang berdiri (kerana menghormatinya), maka sediakanlah tempatnya di neraka".Dan di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abu Tsumamah. Hadis ini hasan

banyak dalil yang melarang sikap menunjuk,megah riya’ desebut di dalam Al-Quran mahupun hadis. Tinggal diri kita yang nak memperbaiki sifat kehambaan pada Allah ini untuk mencari dan mendapatkan semula fitrah kejadian asal manusia, sesuatu yang aku kena sentiasa ingat dan berhati-hati.

Kata orang tua-tua
“hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

Wallahu a’lam

TPM-the poor man
نور عزنان مزلن

Sabtu, 19 Mac 2011

MUHASABAH 2





BERSYUKUR DENGAN DUA SYUKUR
كلّ نعمة تصل إلى الإنسان عن طريق إنسان آخر، يجب عليه تجاهها شكران: شكر لله على إنعامه، وشكر للإنسان الذي كان واسطة لوصول هذه النعمة.
Yang bermaksud, Setiap nikmat yang sampai kepada manusia adalah melalui manusia lain. Maka wajib ke atasnya melakukan dua kesyukuran: Syukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat-nikmatNya dan syukur kepada manusia kerana dia menjadi perantara menyampaikan  nikmat itu.





TAKUT MENJADI RIAK
ترك العبادة خوفًا من الرياء هو عين الرياء
Yang bermaksud, Tidak menunaikan ibadah kerana takut menjadi riak maka itulah sebenarnya riak.
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

AKIBAT KEKENYANGAN
قال الشافعي رحمه الله:
الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة.
Yang bermaksud, Kekenyangan membuatkan badan menjadi berat, mengeraskan hati, menghilangkan kebijaksanaan, membuka ruang untuk tidur dan melemahkan diri daripada beribadat.
Dipetik daripada kitab Mawa‘iz al-Imam al-Syafie, Saleh Ahmad al-Syamiy, al-Maktab al-Islamiy






ANAK KUNCI NERAKA & SYURGA


مفتاح جهنّم الغفلة ومفتاح الجنة الذكر والحضور مع الله تعالى
Yang bermaksud, Anak kunci bagi Neraka Jahannam adalah sifat lalai, dan anak kunci Syurga adalah zikir (sentiasa mengingati Allah) dan sentiasa hadir (beribadat) dengan Allah.





ORANG ZALIM

إذا أراد أحد أن يظلمك فهو تحت قهر القهّار، ولا يستطيع أن يفعل شيئا بدون علمه وإذنه وإرادته تبارك وتعالى.
Yang bermaksud, Jika seseorang ingin melakukan kezaliman kepada kamu maka (ketahuilah kamu) bahawa orang tersebut sebenarnya berada di bawah kekuasaan Yang Maha Berkuasa (Allah). Dia tidak mampu melakukan sesuatu pun tanpa Ilmu, Izin dan Kehendak Allah SWT.



IMAN YANG LEMAH 
الإيمان الضعيف سيفه لا يقطع رأس المخالفات. فإذا نظر المؤمن امرأة أجنبية وغض بصره عنها ولكن الصورة بقيت فى قلبه يشتغل بها، هذا من ضعف الإيمان.
 Yang bermaksud, Iman yang lemah, pedangnya tidak mampu memotong punca perkara yang bertentangan dengan Islam. Sekiranya seorang mukmin melihat seorang perempuan ajnabi (bukan mahramnya) kemudian dia menutup matanya tetapi masih terbayang lagi gambaran perempuan tersebut dihatinya dan dia leka dengan perkara tersebut, maka itulah sebahagian daripada tanda iman yang lemah.

 SYARAT BERAMAL
لا بد لقبول العمل من ثلاثة شروط:
1.   أن يكون موافقا للشريعة.
2.   أن يكون مع الإخلاص.
3.   أن يكون مع الإحسان.
وإذا لم نتحقق بهذه الشروط علينا بالاستغفار، لا بد أن نؤدي وظيفتنا ونهتم بأداء شروطها، وأما القبول فهو على الله تعالى. إن قبل فبرحمته، وإن لم يقبل فبعدله.

Yang bermaksud, Supaya amalan kita diterima maka hendaklah memenuhi 3 syarat ini:
1.     Ianya dilakukan mengikut syariat.
2.     Ianya ditunaikan dengan ikhlas.
3.     Ianya dilaksanakan dengan ihsan.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat ini, hendaklah kita beristighfar. Tidak boleh tidak hendaklah kita melaksanakan tugas kita (beribadah) dan  berusaha menunaikan syarat-syaratnya. Sama ada ianya diterima maka itu terpulang kepada Allah Taala. Sekiranya ianya diterima maka itulah rahmatNya dan jika tidak diterima maka itulah keadilanNya. 
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

SIFAT 'UBUDIYYAH



Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ). Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.

Dalam hal ini manusia (Muslim) terbahagi dalam tiga keadaan:
i.                    Mereka yang melakukan ibadah.
ii.                  Mereka yang melakukan maksiat.
iii.                Mereka yang melakukan perkara yang harus (  المباح  )

Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah, mungkin dia mendapat sifat ‘Ubudiyyah, dan mungkin tidak memperolehinya seperti ibadah orang-orang yang lalai. Manakala orang-orang yang melakukan maksiat, dia tidak akan memperolehi sifat ‘Ubudiyyah sehinggalah dia bertaubat. Di sini taubat dikira ibadah yang bersama-samanya sifat ‘Ubudiyyah. Sementara mereka yang melakukan perkara yang harus bergantung kepada niat. Sekiranya dia berniat kepada Allah ketika melakukan perkara yang harus maka ia menjadi ibadah, seandai sebaliknya maka luputlah sifat ‘Ubudiyyah kerana tiadanya ibadah serta ianya dikira adat kebiasaan sahaja.
Oleh Imam al-Nabusiy, dalam kitab Haqa’iqu al-Islam wa Asraruhu, Dar al-Turath al-‘Arabi, 1986. Nama penuh beliau ialah Imam Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy bermazhab Hanafi.

 
TPM-the poor man
نور عزنان مزلن