بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan yang maha yang memegang hati-hati hambanya, tuhan yang tidak beranak atau di peranakkan. Yang memiliki timur dan barat dan berkuasa dengan megah kerajaanNYa di langit dan di bumi.
Riyak@riak@ri’a atau apa saja pangilan kita guna tapi saya maksudkan benda tu la..riyak. Adakah orang yang beli kereta MyVi di panggil riyak? Berbanding orang yang membeli kereta BMW new series(aku tak ingat series baru)…tentu kita akan kata yang BMW tu la kan..yeke kenapa bukan yang Myvi tuh..sebab kereta murah harga? Simboliknya saya nak menunjukkan yang riyak ini menjadi fitnah kepada orang yang melakukan suatu perkara baik lebih dari orang lain@orang yang melihat@orang yg mendengar.
Kita kena tahu yang sifat berlawanan bagi riyak ialah ikhlas. Secara mudah maksud ikhlas itu tiada sedikit rasa istimewa pada diri,tiada rasa menagih balas,tiada untuk dikenang,tiada ingin untuk dimahsyurkan bagi dirinya dan ia perlakuan yang semata mata hanya kerana Allah S.W.T saja hajatnya.
Riyak itu agak sedikit berlainan dengan sifat berlagak sombong atau angkuh kerana ia adalah rasa hati didalam sanubari orang yang berbuat amal kebajikan dan sangat halus untuk kelihatan sifat orang yang berlaku riya pada mata kasar kita. Cuma lazim kita mendengar orang berkata bila melihat kebaikan amal seseorang seperti solat sunat qabliah, ba’diah. Ada mulut mulut yang berbisik
“huh menunjuk la tu”
“mentang mentang orang kampong ramai(jemaah)”
Atau bila seorang rakan yang baru pulang dari haji
“pakai ketayap lepas haji ni, saja nak menunjuk kot”
“Orang lain pun pergi haji, kenapa baru sekarang pakai”
Begitulah antara dialog popular yang banyak lagi tapi sengaja tidak dinyata. Ini sebenarnya kesilapan orang kita yang sememangnya cepat menilai dari luaran. Atau secara umumnya sikap manusia yang memang luaran itu menjadi tempat tilik pandangan bagi suatu perkara. Hakikatnya mereka cuba menilik hati orang dengan luaran. Pasti ini bukan perilaku yang tepat yang sejajar dengan Al-Quran & Sunnah
Sepertimana Sabda Baginda Nabi S.A.W yang bermaksud hati manusia yang meniat akan sesuatu itu yang menjadi nilaian bagi Allah sama ada ikhlas atau sebaliknya
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0001.
Disebut juga di dalam Hadis Arbain Imam An-Nawawi
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah"
Hadis ini cukup menegaskan yang kita mesti menjaga niat dalam setiap amal kebaikan kerana dengan niat juga kita akan beroleh ganjaran setara dengan niat itu. Jika tidak maka pasti sia-sialah amal kita.
Betapa bahana riyak ini bukan sahaja menjadi sasaran hati orang awam bahkan golongan ilmuan agama juga tidak sunyi dari serangan penyakit ini. Mungkin saya boleh kaitkan yang riyak ini sebenarnya adalah kerana hati kita tidak benar benar ikhlas sebagai hamba Allah dan disebabkan itu ia juga bersangkut paut dengan sikap takbur. Orang yang masih bersarang takbur di hatinya sentiasa merasa diri ada keistimewaan,ada kelebihan seperti merasa suaranya mengalun ayat Quran lebih merdu dari imam, merasa ilmunya lebih kerana kelayakan akademiknya, merasa dia yang lebih ahli dengan suatu bidang kerana ijazah yg berkaitan, lebih elok perilakunya dari rakan serumah yang tidak solat, bila yang sudah menutup aurat sempurna memandang sinis golongan yang masih terbuka dan bermacam keaadan dan situasi yang berputik kerana takbur. Sekalipun rasa itu hanya sebesar molekul atom.
Ini dapat jelaskan kerana dalam jiwa itu ketiadaan rasa kehambaan yang benar sebaliknya masih tersisa takbur di hati. Bila terzahir pada luaran perilaku ini maka kita nampak dengan mata yang si dia itu berlagak@sombong@angkuh dalam percakapan atau perbuatan, bilamana dia tersembunyi jadilah ia rasa riyak yang berharap dilihat baik di sangka baik sekalipun amal@kata-katanya tentang yang baik.
Ibnu ataillah menyebut dalam kalam hikmahnya yang mahsyur itu
Ada kemungkinan masuknya riya’ dalam amal perbuatanmu dari arah yang tidak ada orang yang melihat kepadamu
Penjelasan;
a)Riya’ nyata- beramal di khalayak orang UNTUK dilihat itu riya’ yang terang jelas. Sengaja dipamer bukan niat semata-mata atas nama ibadat. Berharap sesuatu dari pandangan manusia.
b)Riya’ samar-Beramal sendirian pula tidak ada yang ketahui, tetapi kerana merasa diri sudah beramal, segera diri merasa untuk dihormati, jika ada keperluan hendak supaya lekas-lekas orang membantunya, jika membeli hendak harganya dikurangkan, sekiranya ada yang tidak hormat padanya ia mengharap semoga terkena siksa atau balasan Allah.ini semua kerana merasa diri beragama.
Sabda nabi dalam sebuah hadis “syirik itu ada yang lebih samar dari jalannya semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap”
Jangan mudah menuduh riya’
Betapa halusnya ia menyusup ke dalam hati kita. Demi Allah jika bukan kerana rahmatnya tidak ada seorang dari kita terlepas dari dosa. Maka marilah kita sama sentiasa bermuhasabah dan berlaku ikhlas sebagai hamba.
Selain itu sifat bersangka baik “husnudzan” juga sangat penting kerana ini yang berlaku dalam keadaan kita tidak ingin mempamer atau menunjuk takut dikata riya’ kita pula menuduh orang riya’ atau menunjuk hanya berdasar pada rasa hati kita yang tidak menyenangi atau mungkin kerana kita tidak beramal sepertinya.
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1559.
Mewartakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, mewartakan kepada kami Zaid bin Al-Hubbab, mewartakan kepada kepada kami Musa bin 'Ubaidah, mewartakan kepadaku Sa'id bin Abu Sa'id, dari Al-Adra' As-Sulamiy, dia berkata: Saya datang malam hari untuk menjaga Nabi SAW., maka tiba-tiba ada seorang lelaki yang bacaan (Al-Qur'an)-nya keras. Lalu Nabi SAW. keluar, maka aku berkata: "Wahai Rasulullah, orang ini berbuat ria’ (pamer). Selanjutnya, Al-Adra' berkata: Lalu dia -seorang lelaki tadi- meninggal dunia di Madinah. Kemudian mereka selesai mengurus jenazahnya, lalu mengusung keranda jenazahnya. Maka Rasulullah SAW. berkata: "Kasihanilah olehmu sekalian akan dia, semoga Allah mengasihaninya. Sebab dia itu mencintai Allah dan Rasul-Nya". Selanjutnya perawi berkata: Dan -ada orang- menggali lobang kubur untuknya, maka Nabi SAW. berkata: "Luaskanlah olehmu sekalian -lobangnya- untuk dia, semoga Allah meluaskannya". Sebagai sahabatnya berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh engkau merasa sedih kerana dia". Beliau menjawab: "Ya, sebab dia itu mencintai Allah dan RasulNya".
Bila diamati isi hadis ini sebaik-baiknya dapat dilihat yang lelaki itu mengaji dengan suara keras@ jelas semasa hayatnya dituduh riya’ oleh sahabat. Akan tetapi baginda Nabi memuliakannya kerana lelaki ini menyintai Allah & Rasulnya dan wajib kita yakin Rasulullah S.A.W insan istimewa dan apa yang ada pada pengetahuannya itu wajib dipercayai.
Tidak perlulah kita bersusah payah melihat kesilapan orang lain sedangkan kejelekan sendiri tak diteliti. Hanya berserah pada Allah jua amalan dan kebajikan yang dibuat. Tidak ada keuntungan perbuatan itu sebaliknya menambahkan noda hitam dalam hati yang tidak dijaga. sudahla buang masa, tidak rajin ibadat, suka pulak menambah dosa free.
Takut dikata riya’
Ada pula keadaan lain kita ni takut rasa nak buat amal kononya takut orang mengata. Dari elok-elok niat hendak solat sunat ba’diah dibatalkan buat. Sebab ada kawan sebelah nanti mengata
“ eleh baik pulak solat sunat, perangai sama je gan aku”
Bila hendak duduk di saf hadapan waktu solat takut dikata riya’
“bukan main depan duduk, baik konon…”
Macam-macam situasi yang dilalui, sampaikan nak memulakan salam bila bertembung dengan orang pun jadi berat mulut. Semua kerana hati terlalu memikirkan apa pandangan makhluk pada kita. Penilaian makhluk menjadi lebih besar dari pandangan Allah…bolehkah begini kita dapat membentuk peribadi hamba Allah yang kamil??
Bulatkan hati kita beramal semata-mata kerana Allah dan fahami serta perhalusi keikhlasan kita kerana orang yang takut berbuat amal kebajikan kerana dipanggil riya’ itula dia riya’
ترك العبادة خوفًا من الرياء هو عين الرياء
Yang bermaksud, Tidak menunaikan ibadah kerana takut menjadi riak maka itulah sebenarnya riak.
Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002
Larangan berbangga diri
firman Allah S.W.T yang bermaksud
فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى
“maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengatahui tentang orang yang bertakwa”(An-Najm:32)
Nabi Rasullullah S.A.W.
“Allah s.w.t mewahyukan kepada ku ‘rendahkanlah hati kamu agar seseorang tidak berbuat jahat kepada orang lain dan seseorang tidak membanggakan diri atas orang lain’. (sahih muslim dan sunan abu daud)
Dalam hadis yang lain
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2903.
maksudnya :"Mahmud bin ghailan menceritakan kepada kami, Qubaishah memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami, dari Habib bin Syahid dari Abu Mijlaz, ia berkata :"Muawiyah keluar, Abdullah bin Zubair dan Ibnu Sufyan berdiri, maka Muawiyah berkata : duduklah, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang merasa bangga, apabila ada orang-orang berdiri (kerana menghormatinya), maka sediakanlah tempatnya di neraka".Dan di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abu Tsumamah. Hadis ini hasan
banyak dalil yang melarang sikap menunjuk,megah riya’ desebut di dalam Al-Quran mahupun hadis. Tinggal diri kita yang nak memperbaiki sifat kehambaan pada Allah ini untuk mencari dan mendapatkan semula fitrah kejadian asal manusia, sesuatu yang aku kena sentiasa ingat dan berhati-hati.
Kata orang tua-tua
“hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
Wallahu a’lam
TPM-the
poor man
نور عزنان مزلن